Mula-mula saya ingat nak skip je topik ni sebab saya tak tahu apa yang saya rasa kuat terhadap (direct translation kau!) tapi kemudian saya dapat ilham. Saya dah tahu nak tulis pasal apa, if anyone asks me what is the thing I feel strongly about, I'll definitely would answer, ART.
Yes, seni. To narrow it down, saya nak cerita pasal my passion, THEATER or TEATER dalam bahasa Malaysia.
Saya tak ingat the exact date I fall in love with theater, tapi saya mula ikut perkembangan dan cerita-cerita mengenai teater di Malaysia sejak dari sekolah rendah. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh minat sangat dengan teater, padahal saya tak pernah pun tengok orang berlakon teater secara live, kalau ada pun teater kanak-kanak kat RTM dulu, tu pun tak macam teater sangat.
Saya mula berlakon waktu darjah enam, waktu tu cikgu suruh budak-budak darjah enam buat persembahan untuk hari penyampaian hadiah di sekolah, jadi saya dan kawan-kawan pun setuju to take part in the drama. Penat nak carik orang nak berlakon, sebab most of the students ni timid, and malu-malu semuanya, biasalah sekolah luar bandar kan, takut nak berlakon sebab takut kena ejek dengan kawan-kawan.
Waktu tu saya jadi pengarah, penulis skrip, dan sebagai tukang cerita. Saya tak berlakon sebab saya terlibat dengan persembahan lain jugak jadi sebab malas nak tukar baju banyak-banyak kali, saya ambil keputusan untuk tak berlakon. Persembahan kami boleh dikatakan ok lah, suam suam kuku je pun, sebab penonton tak dapat dengar kami berlakon, mic tak cukup. Sedih kan? Nak buat macam mana, sekolah luar bandar. Itu untuk sekolah sessi pagi, sessi petang pun saya involve jugak, tapi sebagai pengarah dan penulis skrip je. Saya tak berlakon sebab ramai sangat yang nak berlakon. Sesi petang ni budak-budak dia jenis daring, sebab tu seronok, diorang jenis kool dan selamba walaupun luar bandar. Kiranya mereka ni budak luar bandar yang perangai agak bandar lah.
Lepas tu, waktu sekolah menengah, cikgu Bahasa Inggeris saya lagi sekali offer saya dan kawan-kawan untuk berlakon dalam pertandingan drama Inggeris peringkat daerah. Saya pun setuju je. Kali ni saya berlakon. Memandangkan kami buat cerita Cinderella versi Malaya, saya telah terpilih menjadi mak tiri Cinderella. Sedih. Mentang-mentanglah time tu aku gemuk dan hitam, terpaksa lah aku menjadi mak tiri kan? Cis. Diskriminasi sungguh. Kami tak menang pun, sebab tu kali pertama kami masuk tambahan kami peserta termuda waktu tu, kami je kumpulan pelajar Tingkatan 2, sekolah lain semua dari Tingkatan 4 tapi kami belajar banyak. Kagum tengok sekolah lain berlakon hebat macam tak sangka yang mereka tu pelajar.
Untuk tahun hadapannya, kami masuk lagi pertandingan drama Bahasa Inggeris. Kali ni saya tulis skrip dan menjadi pengarah dan juga pelakon. Okay sedikit pulun dan G-Pang disini, tapi biarlah takde orang bising punnn. Saya jadi mak yang gila.(Mak lagi?!) Seronok okay jadi orang gila. Drama ni sepuluh minit je, tak lama pun. Tapi kami kalah lagi sebab masih ada orang lain yang lebih hebat. Lagipun semua timid je. Berlatih pun sesama sendiri je, semua kami buat sendiri. Tapi walaupun tak menang, sekurang-kurangnya kami seronok dan bangga jugak lah sebab hasil kerja sendiri kan.
Waktu saya tingkatan 4, saya tak sempat masuk pertandingan drama bahasa Inggeris ni sebab saya pindah sekolah. Masuk MRSM. Saya tak tahu beberapa hari selepas saya mendaftar MRSM tu ada ujibakat untuk pertandingan English Drama Team untuk minggu bahasa MRSM se-Malaysia Zon Utara. Rasa rugi sangat-sangat sebab tak dapat masuk. Waktu tengok mereka berlatih tu, hati membuak-buak dengan perasaan cemburu. Tapi nak buat macam mana, bukan rezeki saya lah nampaknya kan.
Selepas tu lama saya tinggalkan dunia lakonan (ecewah cakap bajet retis uols!) sebab mana ada teater kat rumah saya yang luar bandar tuuu takde kerja pulak lah aku nak tunggu SPM lepas tu berlakon kannnn muka tak komersial noks, memang tak lah nak dapat berlakon kannn?
Dulu saya akan ikut semua cerita teater dalam surat khabar. Nampaknya akan ada pementasan kat mana-mana mula lah rasa excited, lepas tu sedih balik sebab memang harapan je lah aku nak pergi tengok. LUAR BANDAR okay, JAUHHH sangat Kuala Lumpur time tu, nak menapak naik bus nak carik KLPAC celah mana lagi silap-silap sampai je orang tengah buat curtain call, tak ke sesia namanya?
Jadi terpaksa lah saya memendam harapan walaupun sedeh.
Lepas tu habis je SPM, saya doa banyak-banyak supaya saya dapat masuk UM ke, UPM, UKM, UIA, UiTM, or UNIKL MIAT, MFI, GMI, Lim Kok Wing, Help University, or mana-mana je lah university asalkan dorang terletak kat KL sebab apa? Sebab supaya senang saya nak turun tengok teater kat KLPAC, Bangsar Actor's Studio, DFP, IB, Annexe, atau di mana-mana Universiti, dan dewan yang ada kat Kuala Lumpur tu. KL tu ibarat hub teater Malaysia. Orang nak buat teater je, semua akan turun KL, ada kau dengar orang nak buat teater kat Tanjong Karang? atau dekat Merapoh? Tak ada kan? Semua kat KL.
Waktu tu saya rasa syurga sangat kalau saya dapat universiti kat KL sebab senang nak gerak. Saya sampai berangan yang saya turun tengok teater sorang-sorang siap dah sediakan bajet sebulan berapa puluh nak belanja untuk tengok teater. Then saya dapat UIA walaupun macam berat hati, tapi agak syok lah sebab dapat jugak lah merasa dekat untuk tengok teater.
Kemudian surat dari UTP pun sampai.
Maka, saya rasa agak kecewa yang agak bukan kepalang jugak lah sebab hancurlah harapan saya untuk menonton teater over the weekend sebab saya tau scene teater kat Perak alias Tronoh ni mana ada sangat. Suam-suam je pun. Dapat pulak tu universiti kejuruteraan, memang saya nampak harapan tipis lah untuk teater. Saya rasa saya memang terpaksa kuburkan impian saya untuk teater. Saya rasa saya dan teater tak ada jodoh.
Sampai lah saya dapat tahu pasal Tronoh Theater Shop.
And the rest, saya cerita lain kali lah. Tapi it's amazing kan? Saya cuma nak tengok teater je, tapi kuasa Tuhan, saya dapat jadi one of the production team. Teater betul betul bagi saya satisfaction yang saya tak dapat di tempat lain. Walaupun penat, dan terpaksa korbankan banyak masa untuk memastikan sesebuah teater tu berjalan lancar, tapi saya rasa semuanya berbaloi.
"Passion alone is not enough, you need to sacrifice, give your commitment, and be committed"
Alhamdulillah, saya dikelilingi orang-orang yang best, keluarga dan rakan-rakan semuanya understanding dan supportive, jadi saya makin seronok dan galak. Tambahan saya rasa tak mungkin saya dapat jadi pelakon teater sepenuh masa pun, lagipun saya tak sehebat Jit Murad, Adman Salleh, Melissa Saila, Marlia Musa, Dr Shark (saje bodek). Karakter pun saya tak pandai nak dinamikkan, memang beranganlah kan?
Jadi sementara saya ada masa untuk buat apa yang saya suka, yang saya passionate about, baik saya gunakan sebaik-baiknya kan?
So, what is something you feel strongly about?
.
No comments:
Post a Comment