Guna aku pulak lah.
Urm..buku. Tajuk ni susah sikit sebab dah lama sangat tak membaca buku. Yes, people aku is bimbo yang sudah tidak cerdas anymore, sudah jadi shallow sebab dah lama sangat tak baca buku. So, topik ni jadi susah sikit.
Tapi, worry not! I remember this one book that I bought during bookfair in UTP. Time ni bookfair UTP best lagi, tak macam sekarang, bosan dan mandom. Dulu punya perghh rasa nak habiskan duit scholar beli semua buku kat situ! Punya laaahhh banyak! Dah lah banyak, murah pulak tu. Memang membara nafsu di dada, tapi kena tahan lah karang tak makan sebulan.
So the book entitled, "Dunia Ini Sederhana Kecil" by Bahruddin Bekri keluaran PTS One Sdn. Bhd.
HA? WHOOO??
Okay honestly, I don't know this guy. Never heard of him pun tapi aku tertarik dengan tajuk buku ni. It sounds catchy and yes people, I DO JUDGE A BOOK BY ITS COVER and so far buku buku yang telah aku judged, tak pernah mengecewakan.
Buku ni, urm... Okay honestly, aku selalu look down on Malaysian writers, no offense tapi buku buku novel kat Malaysia ni sama je macam filem and drama swasta yang ada kat TV sekarang. Cakap semua nak melambung, nak hebat, nak mega. Cerita nak billion billion, buat bisnes nak dekat tempat hebat sampai kadang-kadang tak logik pun ada tapi belasah lahh nak support punya pasal kan? Bak kata diorang lah,
"Siapa nak support produk buatan Malaysia kalau bukan rakyat Malaysia sendiri?"
Ok sorry dah melalut.
So, buku ni kisahnya pasal Syamir yang baru habis belajar dekat salah sebuah universiti tempatan dengan CGPA or PNGK yang agak suam suam kuku. Tambahan course yang dia belajar ni pun course yang famous, as in course yang ramai orang ambik, and even the 4.0 flatters pun susah nak dapat kerja inikan pulak si suam kuku macam Syamir ni. Ada satu ayat dari interviewer Syamir lebih kurang macam ni,
"Awak ni, dah lah belajar course senang, tapi pointer 2.0 lebih je. Nak kata pointer sikit sebab aktif kokurikulum, tak banyak pun penglibatan awak dalam kokurikulum. Awak buat apa kat universiti tu sebenarnya?"
SENTAP KAU!! Aku rasa macam kena kat batang hidung sendiri je bila dia cakap macam ni walaupun course aku sekarang ni konon-konon paling susah dalam dunia, tapi tu bukan alasan untuk aku dapat pointer yang suam-suam kuku kan. Kalau kena sedas macam ni memang aku terkulat-kulat lah depan interviewer tu silap-silap habis kotak tisu dia aku kerjakan, dengan tisu-tisu tandas sekali aku curik sebab nak nangis.
So dalam perjalanan Syamir ni nak carik kerja, banyak perkara yang terjadi pada dia, dan orang-orang sekeliling dia. Semuanya bermula dengan satu perhentian bas. Cerita ni kalau korang baca, TOLONG JANGAN JUDGE macam yang saya buat kat atas tu. Jangan question logik ke tak logik cerita ni. Memetik skrip "Jangan Bunuh Rama-Rama",
"Logik tak ada di sini."
Logik memang tak ada dalam buku ni. Tapi tak bermaksud buku ni tak relevan. Buku ni banyak sangat falsafah dan mesej tersirat untuk kita faham. Plus, buku ni kelakar. Memang aku gelak kuat baca buku ni. Bukan senang aku nak menunjukkan ekspresi ketika membaca buku kecuali baca buku teks memang berkerut dahi sampai kena pakai krim anti wrinkles untuk hilangkan balik kedutan di dahi kalau baca novel memang tak lah aku gigih nak tunjuk ekspresi tapi novel nii memang aku gelak kuat. SUMPAH.
Aku tak reti nak buat review sebenarnya, so aku copy paste je lah sinopsis buku ni yang aku jumpa kat blog ni (klik!).
Sinopsis :
Perhentian bas bukannya apa-apa. Tempat persinggahan sebelum masing-masing menuju ke lokasi berbeza. Di perhentian bas itu, mereka bertemu. Lelaki muka berminyak. Lelaki gempal yang bermain gitar. Perempuan manis berlesung pipit. Perempuan pemalu bercermin mata. Perempuan garang yang memakai sepit rambut beruang berwarna merah jambu. Kucing yang tidak diketahui siapa tuannya. Pakcik penggemar burung. Tanpa dirancang, terjadi cerita menarik antara mereka.
"Aku cakap dengan kopi di dalam gelas aku. Orang bukan tidak sayang, cuma orang tidak nampak dan lupa."
Ni antara ayat-ayat best dalam buku ni (yang juga aku ambil dari blog terbabit):
Kata perempuan berlesung pipit;
"Cinta itu umpama menunggu bas. Kita perlu memilih bas yang tepat pada masa yang sesuai. Sekiranya tidak,kita tidak akan selesa meneruskan perjalanan kita. Sebab itu,saya masih menggunakan kereta"
Kata Ridzuan pula;
"Aku cakap dengan kopi dalam gelas aku. Orang bukan sayang, cuma orang tidak nampak dan lupa."
Kata ibu:
"Hidup manusia ini seperti roda. Kadangkala di atas kadangkala di bawah . Tidak penting kamu berada di atas ataupun di bawah, yang penting kamu sebenarnya bergolek di mana? Sama ada jalanna itu berlumpur, berduri, ataupun kamu bergolek di padang-padang rumput yang indah."
Tapi ada satu part dalam buku tu yang aku suka. Antara sebab aku suka buku ni adalah buku ni cerita pasal perempuan yang mengorat laki. Waktu aku baca buku ni pulak kebetulan I was in that situation (yes people, memang aku daring tak bertempat sebab mengorat dulu well dari melepas baik cuba nasib kan?) so buku ni aku rasa sangat dekat and aku rasa seronok sebab penulis ni fikir out of the box. Tak sangka akan ada lelaki yang fikir macam ni waktu perempuan mengorat.
It is part where seorang lelaki ni named Jid mengadu yang ada perempuan beritahu yang she likes him and want him to be hers (Kelas kau nok!).
Okay back to the story, Jid tak tahu nak terima ke tak sebab dia takut dia tak boleh bahagiakan perempuan tu and he was afraid that he would hurt her or kecewakan dia. Plus, he needs to do some pengorbanan that he was afraid that he couldn't do. And watak utama buku ni, Syamir bagi nasihat yang I think all guys should think of too, it goes like this ;
"... mengapa awak tidak jadi seperti yang dia mahu? Bagi saya, perempuan itu sebenarnya sudah melakukan pengorbanan yang terbesar dengan awak. Dia menyatakan cintanya pada awak, tetapi adakah dia beritahu yang dia diperli oleh kawan-kawannya kerana memilih awak? Mungkin juga dia dihina malah dipulaukan oleh teman-temannya. Hanya kerana dia memilih awak. Jadi apa salahnya awak berkorban untuk dia? Buang pakaian-pakaian perempuan awak ..."
The point is, lelaki should learn to sacrifice. Oh yes, Jid ni lelaki lembut or actually almost a mak nyah tapi ada badan yang buff macam Malik Noor.
Anyhow why I love this book is mostly because it does not only have story to tell, tapi jugak banyak cerita tentang isu semasa.
Nyah, liwat, MLM, direct selling, tipu menipu, parents, marriage, friendship, greediness. Semua sekali. Seriously kalau guna buku ini untuk KOMSAS form five banyak point budak-budak boleh dapat untuk tema sahaja. SERIOUS SUMPAH.
So people, I know I sucks big time sebab aku tak rasa review aku ni buat korang rasa nak beli buku ni but I LOVE THIS BOOK. Kalau korang jumpa buku ni, give it a try. I think you're gonna love it!
Enjoice!
.
No comments:
Post a Comment