Wednesday, January 11, 2012

Years Passed,

Kalau sepuluh tahun dahulu orang cakap kau ni akan jadi ustaz (atau menjadi alim dan warak) memang aku akan gelak dan tak percaya.

Sekarang, rasa cemburu tengok kau dah berjaya mendapat hidayah-Nya.

Ingat nak send request kat facebook, tapi malu pulak nak bagi kau tengok aku macam ni. Lagipun aku tengok, kau sangat berjaya sekarang. Banding dengan aku, memang tak ada apa. Jauh beza, memang macam langit dan bumi. Aku pun dah tak macam dulu, lain sangat dah.

Apa pun, aku doakan kau panjang umur, murah rezeki, dan sentiasa diberkati Allah selalu. Harapnya kau ingat aku lagi.

Selamat hari jadi.

2 comments:

Anonymous said...

http://lifehacker.com/5747213/how-to-hack-your-brain cuba baca.maybe it can do miracles to you.=)

mireya said...

insyAllah I'll check that out. Thanks Anon :)