Friday, June 1, 2012

"Dan Aku Memang Penakut ..."

Sesiapa yang kenal aku, memang akan tahu dengan tahap penakut aku yang super duper tinggi. Aku punya penakut, memang tak boleh belah sampai aku rasa, rasa takut aku ni bukan rasa takut yang normal, tapi dah macam penyakit dah. Sebab teruk sangat.

Selalu orang tanya aku, apa yang aku takutkan sangat? Aku pun tak tahu nak jawab apa, hantu? Manusia? Maybe both.

Macam contoh aku di hostel, yang paling kesian mestilah rommate aku, Siti Rosma sebab dia yang terpaksa menanggung beban dan derita akibat sifat penakut aku yang keterlaluan ni. Sebagai contoh, macam orang penakut yang lain, aku akan tidur buka lampu. Tapi, Siti Rosma tak suka tidur dengan lampu terbuka. Sebab dia akan susah nak tidur. And mostly, semua orang yang tidur dengan aku memang tak suka tidur lampu terbuka tapi terpaksa sebab aku ni penakut sangat.

Tapi, bukannya aku tak boleh tidur tutup lampu. Boleh. Cuma, kena pastikan yang aku dah tidur dulu sebelum anda. Kalau anda tidur dulu, memang tak lah aku nak tutup lampu tu. Harapan lah. Cuba tanya sesiapa yang pernah tidur satu bilik dengan aku dulu.

Kalau macam dekat hostel, aku takut dengan hantu. Aku takut dengan benda yang aku sendiri tak tau dan tak nampak. Macam orang kata, manusia ni takut dengan benda yang dia sendiri tak tahu. Serius aku macam tu.

Dah tahu takut, kenapa tak tidur awal? (Eh tiba tiba ada sesi soal jawab)

Honestly, memang aku nak tidur awal. Aku selalu berazam nak tidur awal. Tapi masalahnya, aku ni procrastinator terhebat. Maka, susahlah aku nak tidur awal. Hasilnya, aku tidur lebih lambat dari orang yang sepatutnya tidur lambat.

Dah tu apa kaitan dengan buka lampu waktu tidur?

Kalau aku mengantuk, dan rumet aku kala itu sudah tidur, dan jam sudah pun menunjukkan waktu lebih dari 2 pagi, aku akan biarkan lampu terbuka dan tidur. Itu pun kalau aku berjaya tidurlah (selalu terjadi kalau aku dah mengantuk yang teramat sangat atau aku ada kelas keesokan harinya). Tapi selalunya aku akan tidur selepas pukul empat pagi atau selepas Subuh.

Boleh pulak macam tu, dah kenapa?

Ini, aku tak tahu nak explain macam mana untuk buat aku kelihatan normal. Tapi bagi aku, kalau aku masih tak tidur selepas pukul dua pagi, maka aku sepatutnya terus je berjaga sampai waktu yang aku cakap di atas. Alasan aku, aku nak stay alert and stand guarded. Bagi aku, biar aku takut dalam keadaan berjaga daripada aku takut waktu tengah tidur (pejam mata) sebab aku tak tahu apa terjadi. Lagipun bila tutup mata, keadaan gelap gelita and I am very afraid of the dark. So lebih baik aku berjaga sampai waktu tertentu dah tidur kemudian.

Kenapa pukul 4 atau selepas Subuh?

Sebab logik aku ialah selepas waktu berkenaan, keadaan sudah semakin kurang menakutkan. Ini logik aku. LOGIK AKU.

Anda buat apa sementara tunggu waktu tersebut?

Aku online, atau aku tengok movie. Pernah sekali tu, aku duduk hostel dan aku rasa takut teramat sangat sampai aku tidur sambil pasang ayat Quran kuat kuat dari laptop. Punyalah penakut aku ni.

Tak takut kalau nampak apa apa pulak waktu berjaga tu?

Nauzubillah. Takut, tapi aku lebih takut kalau nampak waktu aku tak bersedia. Seperti ketika hendak bangun terkencing tengah malam.

Itu kalau kat hostel, kalau di rumah mesti boleh tidur awal kan?

Salah. Kat rumah pun sama aku tidur lambat. Sebab aku takut dengan manusia. Aku takut dengan perompak, pencuri. I have a very sensitive ear. Telinga aku senang tangkap bunyi bunyi perlahan sebab tu kalau aku tengah tidur dan ada orang berbisik, aku dah boleh terjaga. Aku sensitif dengan bunyi. Seperti biasa, di mana mana pun aku tetap jadi manusia yang tidur paling lambat, yang mengantuk paling lambat. Bila dah jadi orang terakhir yang tidur, aku jadi paranoid. Tengok jam dah pukul dua, aku bukan takut dengan hantu, tapi aku takut kalau rumah aku jadi target perompak. Walaupun (Alhamdulillah) sebelum ni tak ada kes rompakan waktu malam di taman perumahan aku. Tapi aku tetap takut. Kadang-kadang bila rasa takut aku dah sampai tahap yang keterlaluan, aku akan tidur dengan senjata. Selalunya pisau.(Now I do sound like a mental) Dan aku akan stand guarded sampai pukul 4 atau selepas Subuh.

Logik anda kali ni?

Aku rasa waktu-waktu berkenaan adalah waktu dimana perompak berhenti melakukan aktiviti terkutuk mereka. (Eventhough I've heard cases where they robbed after dawn, but bitch please, I need sleep too).

Buat apa sementara menunggu waktu?

Macam tadi, sama jugak. Online atau tengok TV/movie.

That's your so-called stand guarded lah? Logik anda?

If I heard something, I can respond. I have weapon in my hand. I can protect myself. Or if I heard something suspicious, I can call my mum in another room, or just call the police.

Kenapa takut dengan perompak?

Sebab perompak boleh jadi perogol, dan juga boleh jadi pembunuh. Ingat R&R (robbed & raped / rompak & rogol)

Kalau kat rumah orang lain, takut macam ni jugak ke?

Surprisingly, kalau di rumah orang lain (contoh kalau aku sleep over rumah kawan kawan) aku tak rasa takut macam ni. Kalau balik kampung pun aku tak rasa takut macam ni. Jarang lah untuk aku rasa takut macam aku takut di hostel atau di rumah.


Logik anda?

Tak logik.


So that explains kenapa aku selalu tidur lambat dan menjadi manusia paling penakut dalam dunia. Mungkin aku punya penakut ni macam orang tak beriman, takut yang teruk sampai macam lebih takut dengan makhluk dari takut pada Tuhan, tapi sebenarnya I can't control it. Aku tak ada reason yang kukuh kenapa aku takut sangat. I'm just afraid.

Well, hari ni, aku duduk rumah sewa aku berseorangan. Pertama kali dalam sejarah aku buat macam ni. Dan aku tak tidur lagi dari waktu aku bangun tidur pagi tadi. Dan rumah ni memang jadi macam pesta lampu (bak kata ibu sebab terang benderang aku buka semua lampu dan TV). Kini, aku rasa nak tabik hormat dekat perempuan perempuan yang duduk rumah sewa diorang sorang sorang. Kalau aku duduk rumah sewa sorang-sorang tobat aku cakap aku mati sebab tak cukup tidur. Or I'd just die due to paranoia,


Anyway, do you think my paranoia is normal?


1 comment:

Anonymous said...

sama la... saya pon mcm ni jugak.. dulu lagi teruk.. sekarang dah kurang la.. skang dah boleh la tutup lampu luar pastu jalan rilek.. kalau dulu tutup lampu je pastu terus marathon masuk bilik.. haha.. takpe.. bende ni kite boleh overcome.. saya try lebihkan ibadah n saya letakkan Allah sebagai yang paling berkuasa. so saya anggap hantu2 tu sume tak ada kuasa mcm Allah..