Monday, December 22, 2008

enough is enough!

first time i nampak you dekat rumah, i dah jatuh hati. semua sebab ayah dengan ibu. sebab mereka bawak you balik rumah.

waktu tu, i tengok je you. i fascinated sangat. tapi i diam diam je. i tak berani lagi dengan you. you pun macam takut takut je dengan i. biasalah, waktu tu kan, kita baru lagi kenal.

makin lama, ibu dengan ayah makin sayang dekat you. mereka dah anggap you macam anak mereka sendiri. kita pun dah makin mesra.

kadang-kadang i teman you makan.
kadang-kadang you pulak teman i makan.

bahagia betul kita waktu tu kan?

tapi, lepas tu, kita terpisah sekejap. sebab i kena duduk asrama. bila i balik rumah, you dah tak mesra macam dulu dah. kadang-kadang you marah i bila i pergi dekat you.

i tak faham lah. dulu kita ok je. kenapa you jadi macam tu?

sejak tu, i merajuk dengan you. i tak nak kawan dengan you dah. kalau nak pergi dekat dekat dengan you pun, i fikir dua tiga kali dulu. i tak mahu kena marah lagi. you pun dah macam tak kesah dah dengan i. i sedih lah you. :(

tapi, tiba tiba you berubah. you jadi baekk dengan i. you dah tak marah marah i dah. you jadi manja dengan i lagi ada lah. i terkejut. tapi i sukaa.

ingat tak waktu i baru habis spm tuu?

ingat kan?

you datang tidur dengan i dalam bilik i. i terkejut sangat. tapi, i tak kesah. kita tidur sama-sama. happy happy :)

pagi-pagi mesti you kejutkan i. you cium pipi i. suruh i bangun. you memang sweet la sayang. i sukaa sangat sangat. serious i suka!

lepas tu, kadang-kadang, kalau waktu i tidur lambat, and feel not sleepy yet, mesti you datang kat i. buat muka sedih. i tahu, nak ajak tidur lah tu.

you gatal tau, sayang.

i pulak tak sampai hati tengok you tunggu i online dekat depan pintu bilik adek nih. menyampah tengok muka you yang mengada-ngada tu. last last i ikot je. i bawak you masuk dalam bilik i. kita tidur sama sama lagi.

buat kesekian kalinya.

tapi tu semua dulu. hanya tinggal kenangan.

lepas i masuk universiti, you dah macam merajuk dengan i. you jadi macam dulu balik. merajuk. marah marah. garang tak tentu hala.

you tahu kan i takut dengan you, bila you garang garang macam tu. ibu dengan ayah pun cakap, you dah berubah. bila i tanya, bukan you nak jawab. you diam je. you pandang tempat lain.

sedih hati i. hancur. remuk. redam. :(

you tahu tak, dalam handphone i nih, penuh dengan gambar you je. video video kita je yang ada dalam handphone i.

gambar i peluk you.
gambar you dengan i.
gambar you dengan my mr bear.

i seorang je ke yang sayang dekat you?
yang suka kat you?
yang teringat kat you?

YOU????

tapi, akhir-akhir nie, you jadi baek balik dengan i. i pun tak paham dengan you. hari tu, tiba-tiba je you nak tidur dengan i.

i masuk bilik, then you pun ikut masuk bilik jugakk.

you buat i kompius betul lah. tapi, sebab i sayang kan you. i tak kesah. i bagi jugak you tidur dekat bilik i. even geram dengan you, tapi, sayang punya pasal kan?

esok pagi nya, baru i tahu kenapa you tidur bilik i.

you nak selamatkan diri dari kena marah dengan ibu and ayah rupanya!

you gunakan i!




sudah!

jangan gunakan muka comel you tu pada i lagi!
you muntah atas karpet, lepas tu, you masuk tidur dengan i ye?
kiss kiss i konon.

i tak kan tertipu dengan muka tak bersalah you lagi!

nemo, enough is enough!

.

13 comments:

Mohamad Nazmi Zaidi said...

u were used. nice.

Mireya said...

oleh seekor kucing.

yes, very very nice.

hahah. :P

mustapha syuhada said...

hahaha..serius lawak post ni..x tahan gelak..~weehee~

deena said...

haha.yg ni best!

double thumbs up!
:)

dyod said...

deena;
aku bg triple!

haha
suka buat saspen! :D

mimiyana said...

from 1-10 i rate it 11
bole kaa???
;p peace

Rosma said...

hahahaha...
abeh romantik la kamu!
scene obscene pon ada..hahahha

Ko_Kenal said...

You are really something Bella... The story line, as always has element of suspense but anti-climaxed at the ending. This one is not like the usual Tamil movie that my father used to watch.

If your Nemo knows how to talk, I am sure she will say, "I love you so very much Bella".

Mireya said...

syud :
hahaha.
i thought this is the most boring ones.

hahaha.
tenkiu.tenkiu. :P


deena don :
hahaha.
terharu.terharu.
masyehhh.

:P

Mireya said...

dyod :
hahaha.
saspen ituu best. :P

trimas dearest!
;P

mimi :

haha.
unikk kot.
hahaha.
boleh3.

masyehhhh :P

Mireya said...

rosma :

weel, u know la kan i dengan nemo tu mcm mane.

hahaha. :P


ko_kenal :

oh, terima kasehhh!


well, uols. uols mmg suke kasik i riakk tau.

hahahaha. *gelak besar-besaran. :P

Anonymous said...

huh memang menarik
saspen dan geli at first haha
ko mmg bley wat buku!!

Mireya said...

hahah.
buat buku la sgt~

heheheh.
trimas dearest! :P