1. saya menghabiskan masa
2. saya berazam untuk berkahwen dan tak mahu sambung belajar. azam saya yang ini tak tercapai. Tuhan masih sayangkan saya. :)
3. saya dapat tahu dia telah gay. saya keliru. saya rasa itu tipu. tapi, macam benar.
february
1. saya bermesra dengan cina salon belakang rumah saya. dia rebonding rambut saya tanpa potongan harga. jiran saya kata saya nampak pelik dengan rambut baru. saya kata "peduli apa kau?"
2. saya hampir dapat melupakan dia. :)
3. saya semakin rapat dengan aweks saya yang cantik dan manis manis.
march
1. saya merancang untuk melarikan diri dari rumah sekiranya result SPM saya hancur. saya batalkan rancangan saya itu dan bersenang lenang di rumah kerana ibu saya happy dengan keputusan saya walau beliau ada bebel sedikit. :)
2. saya minta JPA untuk ambil saya jadi pelajar pergigian sebab saya rasa JPA sangat adventurous dari MARA. saya juga mintak PETRONAS ambil saya belajar di UTP untuk jadi budak eletrik atau gadis mesin.
3. saya berkapel tanpa rela dengan incik pink saya, SE Z610i. dan saya bahagia, beliau pandai jaga diri sendiri. :)
4. beramah mesra dengan penemuduga JPA. saya cakap
april
1. saya jadi sebahagian kanak kanak
2. ibu dan ayah saya bising sebab tak mohon matrix penang instead of kuala pilah. mereka kata, "kuala pilah jauh sangat. penang lagi dekat." semua orang, saya tinggal di selangor. harap maklum.
3. awek awek saya buat sleepover di rumah. tidur pukul 3 pagi layan salman khan dengan karisma kapoor.
may
1. ibu saya dikecewakan oleh JPA. sebab saya tak ada peluang untuk jadi dokter gigi yang belajar di seberang
2. tapi saya dapat jadi gadis mesin di UTP. yang lebih cool dari jadi doktor gigi JPA. :p
june
1. habiskan masa masa terakhir dengan aweks. mereka dapat early admittion.
2. teare buat sleepover pertama beliau di rumah saya.
3. jumpa kekaseh teare yang kacak! tapi dia pemalu, sangat sangat. sangat sangat. note : sangat sangat.
july
1. saya secara rasminya jadi budak UTP. oh ya, saya suka. :)
2. saya mula kenal dengan cik tiqa dan cik rosma dengan lebih rapat dan ketat.
3. pertama kali dalam hidup saya dapat satu kelas dengan banyak banyak lelaki. 90%!
4. saya baru sedar yang saya tak minat lelaki sangat.
5. saya mula confused dengan status seksualiti saya.
6. hook up dengan mr lappy top[less], presario c700. saya cinta kamu! cium banyak banyak. muah muah muah. XD
august
1. semakin rapat dengan kawan kawan sekelas. mereka gila. saya suka!
2. belajar shopping sendiri. ibu saya sudah tidak sudi nak temankan saya kerana saya di Perak dann beliau di Selangor. tambahan, bershopping dengan ibu akan buat duit elaun saya jimat 50% dan duit beliau kurang 60%. :)
3. saya baru tahu saya di tengah tengah. antara perempuan dan tidak. dalam cara berpakaian. saya bukan khunsa.
september
1. saya menyambut Ramadhan di perantauan buat pertama kalinya.
2. bazar ramadhan di sri iskandar sangat mengecewakan.
3. sambut hari jadi dengan berjalan jalan ke teluk batik dan lumut. yaw!
oktober
1. i had my first real crush. senyap senyap. tapi saya rasa he's not that exciting. tak suka dah.
2. rapat dengan seorang kawan. dia lagi gila dan lagi cool. suka suka! gelak gelak.
3. saya baru tahu saya dan incek trigonometry ada kimia bersama. :)
november
1. kawan saya bergaduh dengan balak kawan baik saya. tapi, saya terperangkap di tengah tengah dan dipersalahkan juga, sedikit.
2. rindu dengan kawan saya bila dia sudah tak mahu tegur saya lepas gaduh.
3. gaduh jugak. tak mahu cakap lebih lebih. *saya mafia, yaw!*
4. berkenalan dengan aweks baru. mereka gila!
5. gila blog ;p
6. someone is hitting on me very very very hard. sempat dating dua kali. lepas tu he freaked out. now he's gone. bye bye. :P
7. final exam.
8. holsss. yayyyy!!
december
1. saya bergumbira dengan darlings saya!
2. first time ym dengan my crush. saya rasa ym dengan dia sama seperti ym dengan diri sendiri. dan itu sungguh tidak menyeronokkan. saya juga baru tahu dia seorang yang baek. and i'm not into well behaved lads. note : dia tidur awal.
3. kenal dengan orang yang sangat cool. baru saya tahu dulu saya sangat judgemental.
4. saya berbaek kembali dengan kawan saya. :)
selamat tinggal dua ribu lapan.
terima kasih Allah kerana beri saya peluang menjalani hidup di tahun 2008 dengan selamat. :)
oh Tuhan, biar masa berhenti seketika. saya mahu terus menjadi belasan tahun. :(
semoga tahun dua ribu sembilan menjanjikan yang manis manis sahaja. :)
amin.
.
5 comments:
siapa ya yang cool bulan disember tu? hee~
belle!
jgn tggal daku..
hukhukhuk..
dentyne pun tak tau ke?
HAHA! sedihnye kau ni :P
Semoga dengan kedatangan tahun 2009akan meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada ALLAH.
Dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dengan RAHMATNYA dan sentiasa dalam lindungan dan KEREDHAANNYA...ameen
mighty jacksparrow :
haha. you know who la kan?
sayakah??:
hee. dun wori.
i'm not leaving yet.
LOL :p
dyod lalala:
lupa mehh. kompius.
hahaha. :P
ko_kenal :
amin.
:)
Post a Comment