Thursday, December 18, 2008

siapa kata saya tak boleh jadi ibu yang baekk??

ini amir, saya amira. :P


yang berdiri itu bernama firdaus, yang perempuan ini bernama ainaa, dan jejaka in pink itu aiman. :)


hello amir, saya amira! *wink*


ini ainaa dengan adekk beliau, emelda. :)


oke oke.
ini semua cuma gambar anak-anak saudara saya. bukan gambar anak-anak saya bersama kanak-kanak.

baeklah. saya mengaku. saya tak kurang suka dengan kanak-kanak. sebab :

mereka sering melalak, meraung, menangis tak tentu hala. di tengah malam buta atau sesudah subuh.

balik comot-comot dengan baju melekit gula-gula.

kadang-kadang busuk bau peluh campur dengan air longkang dengan lecakk.

sampai tak tahu beza air masak tumpah atau air liur yang asyik meleleh kat mulut mereka.

lepas itu menjerit-jerit mintak mainan orang, tak sedar mainan itu orang punya, bukan mereka punya.

jumpa buku, terus nak conteng dengan crayon, konon-konon nak melukis. bila orang marah ambik buku orang, dia menangis meraung melampau.

kalau jumpa majalah pulakk kerja nak koyak je. kadang-kadang buku teks orang pun mereka rembat.

kalau mintak air kat rumah orang, nak air manis manis je. kadang-kadang melampau nak air gas, tak mahu air masak. lepas tu nak isi penuh penuh. bila dah minum, bukan nak habeskan, maen tinggal je.

jumpa make-up orang, semua nak try. bedak orang, eyeshadow, lipbalm. kadang kadang sampai patah lipstick orang mereka maen.

kalau orang tak mahu layan mereka, menangis. melalak. meraung. saje nak suruh ayah dan ibu mereka marah kita.

kalau orang saja saja nak usik mintak barang-barang mereka, mereka tak mahu kasi. siap jelir jelir lidah lagi. bila barang kita, sebok sebok nak pinjam. nak tengok lah ape lah. bila tak bagi, menangis lagi.


kanak-kanak memang mengada-ngada.


cuba lah mereka baek baek sedikit. senyum lah banyak banyak. bukan senyum waktu nak barang orang.

cuba mereka mintak baek baek. bukan asekk menyendeng dekat kita buat buat muka comel sebab mereka nak mainan kita.

cuba belajar pegang barang-barang tu elok elok sikit. ni tak, bagi pegang gelas kaca pon tak boleh, semua nak kasi pecah. aish!

cuba mereka makan elok elok sedikit. jangan bagi tumpah. rosaklah kapet orang tu nanti.

cuba mereka duduk diam diam. bukan lompat sana, lompat sini. pegang sana, pegang sini. kalau pecah pasu pasu tu semua, siapa nak ganti?

cuba mereka tengok rancangan televisyen yang sedang kita tonton tu diam diam. jangan sebokk sebokk nak amek remote control lepas tu tukar ke channel kartun suka suka hati mereka. ambik tv tu letak dalam bilik karang baru mereka tahu.


tapi, tak boleh nak kutuk kanak-kanak sangat. mereka banyak peminat. nanti banyaklah orang yang backup mereka.

saya jealous dengan kanak-kanak ini. mereka dah lah selalu happy. tak ada masalah nak fikir. tahu maen sahaja. kalau buat salah pun orang tak akan cakap

"ada otak bukan nak fikir! dah besar panjang macam ni pun tak tahu nak buat benda senang macam nie"

orang cuma cakap :

"alah, budak-budak"

tapi kanak-kanak tak boleh buat apa yang kami yang dah besar ni boleh buat. jadi, kita boleh gelakkan mereka ramai-ramai. hahahaha.

oh, saya tahu apa yang kamu fikirkan. jangan bersimpati dengan bakal anak-anak saya nanti. saya pasti, saya akan jadi ibu yang baek. dan anak-anak saya semestinya antara kanak-kanak yang paling beruntung di dunia!

hooray!


ye incik,
saya tahu saya dulu pun kanak-kanak juga.

8 comments:

Ko_Kenal said...

Laaa...Ingatkan nak bantai you cukup-cukup. Macam lar tak ingatkan you punya asal usul.

Tapi bila baca last caption tuuuu..Haaaa tau pun. Cerita yang panjang berjela tu adalah cerita hal you bukannya anak sedara sangat. Betul tak?

Potong setim betul lar...

mireya said...

hahaha.

anak sedara i baek baek belakaa.
hehehe.
mereka tak tergolong dalam kategori kanak2 yang mengada-ngada.
hahaha

tapi,
banyak kanak2 over sekarang niee.
spoilt!
hahaha XD

ceritera diriku... said...

yess.. u can b a gooooooood mother!

i guess... hahhahaha..
yeah...
watch out sume kekanak diluar sna..

mireya said...

hahaha.
yo kids!
watch out!
monster mama mira is here!
ouch!~
:P

deena said...

haha.bell.

kanak-kanak suka aku.
aku pon konfius kenapa.
aku ada fan club kat kelantan.
**fan club ni terdiri drpd adik2 sedare aku.

fuh.bell.aku percaya,ko akan jadi mak yang baek.trust me.
:)

mireya said...

ahakz!
iye lah deena.
ak pon prcy ak akn jdik mak yg baekkk.
hahahahahaha.

kaw ad fanclub?
fullaweeehhh.
deena mmg hebat!

XD

SitiNurIdayu~ said...

well,we used to be kid too,girl..
haha~

mireya said...

haha.
yeah sistah.
i know that.
that's why i said, saya pun dulu kanak-kanak juga.

hahaha
XD