Saturday, January 17, 2009

tips mencapub yang boleh buat kamu kena lempang.

kanak kanak, mencapub adalah gabungan perkataan "mencari publisiti"

sepatutnya ada video untuk entry ini, tapi saya tak reti ceraikan video dari tape.


saya terserempak dengan video rakaman minggu merdeka tahun 2007 di mrsm beseri. kelas senior dan junior kena bergabung untuk buat persembahan.

persembahan kami jatuh pada hari isnin, tapi kami baru tahu tentang perkara ini waktu hari sabtu malam. jadi kami buat tentang tips tips mencapub.

kami came out dengan idea tips tips mencapub sebab tak sempat nak fikir apa apa. lagipun, legasi diligent memang terkenal dengan kuat mencapub.

jadi ini adalah antara tips tips yang dapat kami fikirkan ;

tips-tips mencapub :

pertama
ketika di dewan peperiksaan, pastikan tiada pengawas peperiksaan yang berdekatan dengan anda. kemudian bangun, dan jeritkan "arggghh! tensionnya!". kemudian duduk dan lakukan peperiksaan seperti biasa.
sesuai dilakukan ketika peperiksaan addmath.

kedua.
ketika berada di dalam kelas. pastikan pada waktu itu tiada guru yang bertugas. pergi ke hadapan kelas dan ajak rakan rakan anda untuk buat senamrobik. pastikan anda berwajah ceria dan bertenaga.

ketiga.
sewaktu perhimpunan rasmi, semasa pengetua sedang berucap dan di kala murid-murid lain sedang memberi tumpuan atau pun sedang tidur, anda bangun dan menyatakan persetujuan anda terhadap apa yang diucapkan beliau walaupun anda tidak tahu apa yang sedang beliau perkatakan.

keempat.
sewaktu majlis anugerah pengetua, dan semasa rakan rakan anda sedang menerima anugerah pengetua atas kecemerlangan mereka, anda yang tidak mendapat sebarang anugerah ini, bangun naik ke pentas, ambil mikrofon dari pengerusi majlis, dan berikan ucapan terima kasih seperti anda baru sahaja memenangi anugerah oskar.

kelima.
sewaktu prep malam, sila pergi ke tengah tengah court di blok akademik dan jeritkan "action kamennn!!~" sekuat hati anda dan masuk semula ke kelas seperti tiada apa yang berlaku.

keenam.
sewaktu semua orang sedang menjamah makanan di DS, anda bangun dari tempat duduk anda dan ucapkan perasaan terharu anda dan betapa anda berterima kasih atas makanan anda hari ini dengan mata yang berkaca. linangan air mata pon canteekkk juga.

ketujuh.
sewaktu menghantar dobi, bantulah makcik dobi membasuh baju baju dengan menuangkan baju baju tersebut ke dalam mesin basuh. angkatlah baldi baldi rakan anda sekali untuk di bawa masuk ke dalam. gunakan nada seperti nordin ahmad sekiranya makcik dobi cuba menghalang kamu dari berbuat demikian.

kelapan.
ketika semua orang sedang memberikan perhatian di morning call, buat buat lah seperti sedang terkena sawan. ketika semua orang sedang gelabah, bangun dan dengar kembali ucapan guru/warden seperti tiada apa yang terjadi.


sebenarnya ada sebelas tips mencapub, tapi saya suka yang lapan ini sahaja. :)





kami tak menang pun.













sebab kami tak tahu bahawa persembahan perlulah bertemakan moral dan unsur keinsafan mahupun ketuhanan yang tinggi.


.

10 comments:

LyanaHamka said...

whoa~!
best2..
exp num 2 ngn num 7
hahaha...
tak t'fikir pulak nak buat cam2.

oho..
lupe. skolah saya skema.
*woops*
hehe

Mireya said...

hahaha.
bile dah gelabah, mencapub 101 ponn boleh jd idea taww.

agagaga.

:P

Anonymous said...

hmmm.. pengalaman sndri kah..???

Mireya said...

haha.

no enough courage lah klu nak buat semua tuuu.

tapi, hope one day dpt uat slh stuu.

:P

nurfaizah.hasim said...

ak pernah terbuat slh satu...
hahaha..

Mireya said...

hahaha.
yang mana satu tuuu?
:p

miss eLyA =) said...

haha niiiice...

tapi aku dah wat mcm2 bende lagi extreme heh heh.. bukan nk mencapub but just for fun lol

from ur list, no. 1, 2 and 5..

hwahwahwa and hell yeah it is FUN!! lol

Mireya said...

hahaha.
mmg best!

respekk gile la elyaaa buat bnde2 tuu sume.

Unknown said...

i remembered this!
ahaha

Mireya said...

hahaha.
yayyyy! epan engat!