Wednesday, February 18, 2009

antara comel dan cantik, saya pilih untuk menjadi yang manis.


gambar favourite buat masa ini.


nampaknya kecomelan saya sudah semakin diiktiraf. ouh, akhirnya manusia sudah tahu menghargai makhluk ciptaan Tuhan yang berharga seperti saya.

ha-ha-ha-ha.
terima kaseh roneza yang sangat cantek. beta terharu dan berbangga. :P

walaupun ianya anugerah dari tahun 2008, saya tetap suka sebab baru 49 hari kita meninggalkan 2008, so tak lah lame sangat kan? :P

rules untuk anugerah ini adalah kena senaraikan 10 fakta tentang diri sendiri.

oke. mari teruskan dengan fakta :

1. personaliti saya sebagai mira adalah serius, sinis, dan poyo. jika sebagai belle adalah gedik, tak sopan, drama queen, attention whore, dan diva. kedua duanya annoying.

2. nama belle diambil bersempena nabilla. sebenarnya ini sebab kawan sekelas saya waktu form 4 tak bagi saya guna nama mira sebab dia dah guna nama mira tu. dan ia melekat sampai sekarang.

3. saya tak suka lelaki panggil saya belle [kecuali kawan rapat]. lainlah kalau anda The Beast atau anda rasa seperti anda ini The Beast macam cerita Beauty and The Beast. kalau anda lelaki, sila panggil saya mira, kalau tak, kau nyah. haha. :P

4. ketika fakta ini sedang di tulis, jiran saya sedang masak makanan yang bau dia sumpah boleh buat anda menangis sebab tak boleh join dia makan sama sama! ouh, jiran, nak sikit~

5. saya boleh meleleh leleh air mata atau bergenang air mata sebab menangis kerana tak dapat makanan yang diidamkan. kalau anda kata anda nak bagi saya pulut kuning dengan ayam gulai bahagian dada, tapi anda bagi saya nasi goreng sejuk dengan ayam kunyit yang dipotong kecil kecil into pieces, anda memang akan nampak hidung dan mata saya jadi kemerahan macam puaka niyang rapik.

6. saya tak boleh bau benda benda busuk sebab itu akan buat saya termuntah. dulu ibu saya cerita, saya pernah jadi budak kurang ajar sebab hampir termuntah waktu bersembang dengan seorang sepupu saya yang baru bangun tidur.

7. saya lebih rela pandang longkang yang berlendir lendir sampah tapi tak busuk daripada bau benda yang busuk contohnya seperti bau telur busuk yang melekat pada baju orang yang kemudiannya dia biar tak basuh selama beberapa hari.

8. kadang kadang saya rasa bau muntah adalah seperti bau makanan bayi.

9. saya selalu rasa yang saya akan jadi isteri kedua kepada mana mana orang kaya yang tua sepuluh tahun dari saya. kadang kadang saya rasa saya akan jadi isteri pertama yang suruh suaminya kahwin lain sebab saya tak boleh beri beliau anak [fakta : saya tak pernah buat ujian sama ada saya mandul ke tak] dan anak anak tiri saya akan sayang saya lebih dari mereka sayang mak mereka. ha-ha-ha-ha. senang cakap, saya rasa saya tak akan hidup bermonogami.

10. keluarga saya ada bela tiga ekor kucing, tiga tiga ekor warna kelabu. tapi saya sayang yang seekor je. sebab dia seperti saya. tak mesra dengan orang luar, tapi gedik bila dah kenal. nemo, amishu nak cium banyak banyak peluk sampai kau lemas.

gemok, ai rendu yu la. nanti balik tidur bilik ai lagi oke? muahx!


.

4 comments:

ronron said...

ur welkem2...^_^

yup,
ur so sweet...
leh wat sweets...h0h0...

Mireya said...

haha.
auuww!~

Ko_Kenal said...

Kau memamng comelllll

Mireya said...

trimas.
haha.
welkam back yaw!~