Sunday, March 1, 2009

cara letak kembali perfume di rak tanpa anda perlu berbuat demikian




itu gambar mimi yana dan saya selepas merayau rayau di jaya jusco, ipoh.

saya, cik siti rosma, dan mimi yana pergi ke watson untuk membeli belah barang barang persendirian.

saya seperti biasa, akan ke bahagian kosmetik untuk check out eyeshadow untuk efek smokey eyes walaupun actually saya tak reti pon pakai eyeshadow.

tapi, saya memang suka pergi ke bahagian kosmetik.

kemudian, sedang saya mencuba lip gloss terbaru keluaran saya-lupa-produk-apa-tah-namanya, cik siti rosma memanggil saya dari belakang sambil buat muka geleng geleng kepala [sila bayangkan emak penyayang yang marah anaknya curi lolipop dari mulut anak orang lain]

saya senyum dan bergerak perlahan lahan. sehinggalah kami sampai ke bahagian perfume. saya dan cik siti rosma ternampak mimi yana sedang belek belek botol perfume.

saya jadi excited bila saya nampak perfume perfume itu, saya ambil satu dan hidu. bau dia tak sedap.

saya ambil lagi satu, dan hidu. bau yang ini pon tak sedap. macam mana lah syarikat tu boleh keluarkan produk yang bau macam ni.

sekarang di tangan saya ada dua botol perfume yang saya malas nak letak balik. kalau letak balik saya takut terjatuh. ouh, saya sangat lah clumsy.

hinggalah,

saya : mekkk! cuba bau ni, bau dia macam chuck bass dalam GG!
mimi yana : ye ke? meh sini nak bau!

saya : mekkk! yang ini bau macam blair waldorf! serius! sebijik yang macam dalam GG!
mimi yana : ye ke? nak bau!

kemudian mimi yana pon mengambil kedua dua botol minyak wangi di tangan saya untuk di hidu.

saya nampak cik siti rosma buat muka yang sama seperti di atas dan senyum separa gelak. saya baru nak berjalan pergi ke section lain, saya dengar mimi yana panggil saya dari belakang,

"belle!!!! chuck bass dengan blair waldorf mana ada bau! tengok cerita dalam laptop bukan boleh bau ponn!!!"

saya cepat cepat hilangkan diri.

kemudian, saya nampak mimi yana sedang susun botol botol minyak wangi itu di atas rak yang sepatutnya dengan cermat.



* GG ialah Gossip Girl. siapa tak tahu dia lame.


.

6 comments:

Rosma said...

mot,
belle memang kurang asam.
kesian hang asyik kena tipu ja.
hang akan tertipu dengan belle selama lebih 3 tahun (like me), then only you'll be immune.
ha ha ha

belle,
u ni memang la..
dari jauh i nampak u dok jinjat2 try lip gloss tu, haish, rasa cam nak baling ja dengan kotak tisu yg i pegang tuh.
and about mimi, u mmg kurang asam.
haish.

Mireya said...

haha.
nak buat macam mana, it's in my gene lah babes.

and bout lip gloss tu, i mmg suke try bnde.
ak ak ak

mimiyana said...

ish. ak taw ak lampi. dat's y sonok nk buli ak an. wuwuwuwu. 3 taon bru bole immune?? xpa la. ak kn tabah m'harungi dugaan ini. redha je la. duk ngn ko je msti kne tipoo. nk tipoo ko x ley. i'm not as talented as u r. cheyyy

p/s: jinjat??? pe 2??? ak ak ak

Mireya said...

heyyy.
mek, mg ckp macam ak ni professional conman je taw.

ak ak ak.
aku tipu, pastu aku gtaw.
bukan kelentong terus.
hee.

jinjat is menjengket jengket.
:)

Rosma said...

jinjat pon tataw???
haishhh...
susah btoy la bila cakap tapi orang tak paham neh..
rasa cam foreigner la plak.
ehemm

Mireya said...

foreigner?
geng dengan jill jum?
ley pinjam rice cooker buat goreng sausage.
yaww!~