Wednesday, April 15, 2009

kita break up oke, saya sedang broke ni [ya, brokenhearted juga]

saya tak mahu putus asa, tapi saya tidak tahu lagi bagaimana caranya untuk saya memahami kamu.

saya tak faham kamu, dan kamu tak faham saya. saya berusaha merapatkan diri dan bermesra dengan kamu. tak lupa juga, saya cuba sedaya upaya untuk melayan kamu dengan baik.

cinta kita secara terpaksa, tapi saya belajar menerima.

cinta memang akan ada banyak ujian, dan saya dah lepas ujian pertama dengan jayanya. akhirnya awak dapat juga tempat di hati saya, setelah banyak kali mencuba.

tapi, saya tak sangka itu semua cuma pura-pura. awak dah pijak, lempar, remuk, bakar, patah, dan hancurkan hati saya sehancur-hancurnya.

sampai hati awak.


sudahlah, hujung sem ini saya akan pastikan kita akhirkan segala-galanya. jangan risau, memori kita akan saya simpan.



saya tak sabar tunggu waktu itu, sayang.





untuk : skandal-skandal ku, [incek chemiya, mistress fizikah, roman pICISan, tuan jurutera matematik, dan lady bee-ai]

oleh ; bimbo cerdas yang naif.

tarikh ; 15 april 2009
masa ; selepas ujian kimia yang mendebarkan.



tandatangan,
[surat ini menggunakan cetakan komputer, tiada tandatangan yang diperlukan]


.

2 comments:

nurfaizah.hasim said...

saya juga dh putus chenta ngn encik chemystress...
huaaaaaa...

Mireya said...

ehhh jah.
jangan putus cinta lagi,
kalau dah putus, cepat cepat sambung balik.
berapa minggu je lagi. kita kena sabar!

moralnya ; BERTABAHLAH!