Thursday, October 15, 2009

Being picky and exclusive.


Ish, semua orang, dengar lah ni, I ada problem ni. I meluat betul lah. I ada banyaaaaaakkkkkk test. Sampai tak terkira banyak nya!! You all boleh bayang tak I ada sampai dua test, dua kuiz, and dua events untuk handle dalam bulan ni? BANYAKK KAN?

Penatlah macam ni. Oh, I really need rest lah you all. Pity me, kan?

Boyfriend I? You all jangan berani nak tanya pasal my boyfriend! Jantan tak guna! Buat penat I je habis banyak duit untuk dia. Belikan dia Levi's lah, JCo lah, Ray Ban lah, apa dia mintak, semua I kasik. Last last apa yang dia beri pada I? Dia lari kat perempuan lain ada lah!

Huh, nasib baik I kaya, jadi tak kisah lah dah spend ribu-ribu dekat dia. Plus, I ada banyak spare part. So, cepat lah luka hati ni sembuh kan? Hehehe. Terima kasih awak, awak tahu awak siapa kan? Sayang awak, Mr Jijo Moji Moji Cayang Baby Bucuk Bucuk. Jijo ni I baru kenal Jumaat lepas, kami sembang dalam myspace. Dah lama tak bukak myspace and bila tengok inbox and nampak mesej dari dia. Kebetulan dia super senior my sepupu, so banyak lah yang we all sembang, last last tukar number and ym semua. Dia sweet sangat. I suka!

Eh eh, kami tak couple lagi tau. You all jangan lah salah faham pulak. Ish, malu lah I macam ni.

Eh, sekejap sekejap ada orang call I ni. Ish, makhluk mana lah call I ni. Kacau je nak buat luahan perasaan pun tak boleh. Bengong.

Oke, dah habis cakap dah. You all tahu tak siapa yang call I tadi? My friend, Nony. Alahh, bukan friend sangat pun. Sibuk sibuk je dia tanya I nak balik Deepavali ke tak? Hello? Dia ingat I sambut Deepavali ke? Kalau I balik pun dia sibuk apa kan?

Actually I tahu sangat, dia nak tumpang I balik lah tu. Konon-konon one way la sangat kan? Perasan! Rumah dia jauhhhh gileh dari rumah I kut, jauh like jauh gileh! Lima belas minit oke dari rumah I, dari I hantar dia, baik I pergi shopping. Tak kuasa I nak tumpangkan dia.

Lagipun memang I tak balik sebab I rasa I nak pergi melancong lah hujung minggu ni. Maybe I nak pergi Langkawi kut. Boleh beli cokelat banyak-banyak kan, you know untuk heal my heart ni. Kadang-kadang I masih teringat my boyfriend you know. Well, it's almost three months we've been together kut, tak kan lah I tak rasa apa-apa kan? Sedih nya.

Jap I nak text Nony cakap kat dia I tak boleh balik Deepavali ni. Sebab I ada event nak handle.

Oke, dah send pun. Pandai-pandai lah you carik transport nak balik sendiri ye Nony oi. My car pun baru service hari tu, I tak nak lah guna dia lagi, nanti rosak pulak.

Well, sambung balik, kat mana kita tadi ye? Oh, I mengadu I penat kan? Memang penat jadi I. Nak kena study teruk-teruk lagi, nak kena dapat pointer cantik, ye lah takut lah nanti kena marah dengan atuk I kalau I dapat sikit je. Eeeeee scary you kena marah dengan may granddaddy, nanti dia jadi monster RAWWWRRR dia marah I. Eh, macam comel je my granddaddy jadi monster. Hikhik.

Ehh jap yeh, ada orang text I. Siapa lagi nih? Kacau lah.

EEHHHHH!!! Nizam lah! Bestnya Nizam text I! Yay yay yay! Nizam mintak nak tumpang I nak balik rumah sekali.

Alah, Nizam no problem lah. Rumah kita kan dekat je. I tak kisah pun you nak tumpang. Bukan jauh sangat pun. Ibaratnya macam Ipoh dengan Teluk Intan, kalau tidur pun tak sempat mimpi dah sampai kan Nizam kan?

Oh, I kenal Nizam ni pun sebab kawan I kawan dengan roommate this one girl yang kawan dengan roommate budak depan bilik diorang and that girl which is roommate budak depan bilik diorang tu couple dengan coursemate budak sebelah bilik Nizam.

Faham tak? Macam tu lah kitorang kenal. Eh kitorang rapat tau, selalu keluar sama-sama. So far, adalah dalam dua kali kitorang keluar sama-sama. Hari tu I sesat, I nak pergi Lumut, tapi terlajak ke Teluk Batik, I tak tahu nak keluar macam mana, Nizam lah yang datang tolong I. Kebetulan pulak dia dah ada kat situ dengan kawan-kawan lelaki dia, ada Joe, Mok, Khairul, Ariff, banyak lah! Semua lelaki. Semua lelaki tu dah kawan dengan I sebab dorang ada sekali time Nizam teman I tu.

and Nizam pun cakap ada lagi 3 orang kawan dia nak tumpang I!! lelaki pulak tu semua! Oh no poblem lah you guys! I tak kisah, I sudi je berbakti.

Eh panjang pulak post kali ni. Oke lah you all, I nak siap kemas barang ni, I tak jadi pergi Langkawi, tiba-tiba rasa rindu nak balik rumah.


p/s : Oh ye, I balik dengan Nizam! YAY!! dengan kawan-kawan lelaki dia sekali pulak tu! DOUBLE SUPER YAYYYY!!


***


if you really know me, you would know that this is sarcasm. if you can't tell it, oh friend, i just couldnt say anything. :)

i am in the mood of sarcasm tahap tertinggi.

and don't get me wrong, I really don't mind about girls befriending with guys because we live dalam dunia yang ada two sexes kan? But, there's one species yang suka sangat nak get overexcited dengan the male species. kalau get overexcited dengan lelaki handsome je tak apa lah jugak, ini dengan lelaki yang sah sah laki orang ada bini dua anak empat belas yang anak paling kecik pun baru umur dua minggu and obviously cucu dia sebaya dengan anak ketujuh dia pun still nak melayan lagi?

Ceh, exclusive la sikit.



13 comments:

Rosma said...

Siti Rosma likes this, like VERY MUCH!!!!!

Mireya said...

I LOIKE THIS TOO!

mimiyana said...

Syarmimi Liyana like this also!!
sgt sgt sgt sgt sgt sgt like!! ;pp

Mireya said...

wawa : entah lah wawa, i dont know. maybe certain people just easily get overexcited over tiny tiny little things kut. kan?

mimi : i like this too!

B. said...

yes yes yes! count me in! agagagagagga

Mireya said...

hahaha! :P

miss eLyA =) said...

wow scandalous much? haha oh belle,,sarcasm and you are one, baby.. one..

farah_dee said...

ok..setuju :) (somebody forced me to post this comment)haha

Mireya said...

elya : as if you dont know me baby :p

farah : ARGH! BLAH LAA!

Merissa K. said...

LOLS.

i have no idea who you are mocking, but she has to be one sad pathetic case. tapi serious lawak. hahah

Mireya said...

haha. very true. mmg quite sad and pathetic.

durh bila la dy nk sedar pun tak tau.

Me said...

ermm..nak menyibuk leh dak..yayayyaya..saya pun suka post nie..huhuuhu

Mireya said...

haha! yay! ;p