Sunday, August 29, 2010

The Changing Phase.


Okay, I have a confession.

I think, I got a realization. Maybe dah sampai seru dan hidayah kepada saya untuk berubah.

Last semester break, saya macam bermuhasabah dengan sangat banyak. Tengok balik, selak satu persatu apa yang saya dah buat, apa yang saya dah cakap.

Sadly, when I went through the good deeds that I've done, it's safe to say that it was countable compared to my wrongdoings.

Maksudnya, kalau saya mati waktu tu, saya mungkin akan diingati sebagai sinner, sebagai orang jahat, orang yang banyak menyusahkan orang, orang yang kasar tak berbudi bahasa, orang yang suka bercerita tentang orang, orang yang lebih banyak kesalahannya berbanding kebaikan mereka.

Antara adab melawat jenazah adalah kita hendaklah hanya berkata perkara yang baik tentang si mati. Tapi, kalau saya mati, saya rasa orang yang melawat saya mungkin tak akan ada benda nak dicakapkan sebab saya macam tak ada kebaikan, so sama ada time saya mati nanti, orang yang melawat saya tu hanya akan diam sahaja, atau mereka akan dapat dosa sebab berkata tentang keburukan saya.

Sebab dah tak ada benda baik untuk dikisahkan tentang saya.

And I don't want that to happen.

Bila dah banyak dosa berbanding pahala, apa yang saya nak jawab pada malaikat Munkar dan Nakir nanti ? Mampu ke saya nak jawab kembali ? Mampu ke jasad dan roh saya menerima siksaan atas dosa dosa dan kesalahan yang saya dah buat semasa saya hidup ? Mampu ke amalan-amalan baik saya yang tak seberapa ini menyelamatkan saya dari azab kubur ?

Dan kalau azab kubur pun tak mampu saya tanggung, bayangkan azab di akhirat nanti. Mampu ke ? Saya yakin sangat tak mampu. Nauzubillah.

Jadi, sementara maut masih belum menjemput, sementara masih ada nafas ni, saya rasa saya tekad untuk berubah. Saya percaya masih ada room for improvement, dan saya percaya insyAllah, pintu taubat masih terbuka. Jadi, saya akan berubah.

I believe if you try searching the word 'fuck' in my blog, you'd find a numerous posts containing the word fuck. Betapa kuatnya saya ni mencarut. Jadi, no, sekarang kalau boleh saya tak nak mencarut, saya cuba untuk tidak mencarut. Mungkin susah, sebab saya dah biasa kan, tapi nak buat macam mana, saya nak ending yang bahagia, sebab saya tak mampu tanggung azab neraka.

Saya juga tak nak menangkan ego saya. Ego buat saya hilang kawan, and gain a lot of enemies. Buat apa menangkan ego if hate is the only thing I've ever gained. So, there, goodbye.

Saya akan cuba jadi a better person. Sebab bagi saya, buat apa menjadi diri sendiri kalau diri sendiri itu adalah seorang manusia yang terpesong, yang hidup dipalit dosa, yang hanya membuat kita jauh dari cinta-Nya, kan ?

Saya bukan nak jadi hipokrit, but I want to improve myself. It's not I want to be ustazah ke, atau nak playing angel, tapi bagi saya benda benda jahat, being bitch ni semua tak worth it. The fun would not last. Saya bukan nak jadi likeable pun, tapi biar lah sekurang-kurangnya saya mencuba untuk tidak menyakiti hati sesiapa. Saya nak jadi hamba Allah yang baik.

Everybody have a past, so am I. And you could read about my pasts dalam blog ni, the rude words I used, the things that I did, saya harap saya boleh berubah to the better. Saya nak jadi hamba Allah yang baik, saya nak jadi anak yang solehah, saya tak nak ibu bapa saya dianggap gagal membesarkan saya menjadi manusia yang baik.

Bila tengok banyak perkara yang memperlekehkan agama ni, semua buat saya takut, would I be one of them ? Nauzubillah. Adakah saya cukup kuat nak lawan semua dugaan tu ?

Andai di masa hadaan, saya kembali kepada perilaku yang buruk, janganlah memandang hina kepada saya, tapi bantulah menarik saya kembali untuk kembali dekat pada-Nya.

Bantu saya untuk berubah kepada yang lebih baik. Bersama-samalah kita improve diri kita. InsyaAllah room for improvement itu masih ada. Allah sentiasa mengundang kita kepada-Nya.


:)

2 comments:

Anon said...

the real you is much different kan,blogger? i know you. alhamdulillah :)

Mireya said...

i just want to be better :)