Thursday, July 28, 2011

Ayam Karma (Bukan ayam masak kurma hokeh)

.
Waktu 15 haribulan haritu saya ada show dekat Taman Budaya Kuala Lumpur, well uols artis lah katakan, sibuklah menyundal atas pentas kan, jadi MAK AYAM siap, kena berkokok bagai, kau ada ?

Kitorang bertolak dari UTP ni ke KL tu adalah dalam pukul 5 pagi, naik ETS kan, wajiblah datang on time kalau tak leburlah 29 ringgit yang dilaburkan ituuhh pitams duit banyak tu boleh buat makan nan cheese tandoori 5 hari tau.

Then, (malas sebenarnya nak cerita details panjang panjang macam lah ada orang nak amek port sangat) petang tu kami diarahkan untuk menyundal kat Central Market. Menyundal sambil pakai kostum kauu, ye tuan tuan SAMBIL PAKAI KOSTUM.

Kau tahu tak aku ni orang kampung duduk dekat sawah padi hari hari kerja tolong bagi lembu kerbau makan mandikan kambing bersihkan reban ayam bagai so semestinya bila jejak Kuala Lumpur yang metropolitan lagi mega itu haruslah aku memakai pakaian yang meletopz ala diva kan, kata batak KL, tapi ..

Aku pulak datang dari jauh kena pakai kostum ayam jalan kat tengah tengah KL. PITAMS.

Ni gambar peminat I dari jauh uols, datang dari Dubur Dubai (padahal entah dari mana pun aku tak tahu)


Kau tengok kasut apa aku pakai. Wedges nok, kau ada pakai kostum ayam lepas tu pakai kasut tinggi tinggi ?
Macam aku cakap tadi, aku ni kan datang dari kampung di mana lembu adalah binatang peliharaan manakala ayam pulak ibarat Chihuahua dan kambing adalah teman bersembang paling masyuk, makanya kalau datang KL aku pakai lah wedges sebab nak feeling diva. Kat kampung pakai wedges kang orang kampung belikan aku kain kapan sebab ingat aku buang tebiat apa gila pakai wedges bagai nak pergi beli pekasam kat kedai Mat Sabun belakang rumah ? Semangat kau kann.

Dah semangat pakai wedges sekali kauuuuu. KOSTUM AYAM. Takpe aku percaya lepas Tajima fever habis, orang akan start pakai kostum sebagai the next in-thing. At least aku mendahului trend gittew. Ahaks.

Zizi ada potensi nak jadi pedophile. Kau tengok dia buat sexual harassment guna ekor kangaroo kat budak tu. Aku syak ngigau gak budak tu malam tu.

Budak yang sama. Dia nampak je aku datang terus kau peluk kaki bapak tak nak lepas. Apa muka aku ni ada iras mak tiri ke noks ?
Dah penat menjaja dan melacur kat Central Market tu, kitorang gerak balik ke Taman Budaya all the way sambil pakai baju tu. Ha cantik sangatlah. Berapa kali orang ingat aku ni maskot baru Nando's. 

Malam tu pulak kena buat full run-full dress rehearsal. Melacur dengan berhemah di atas pentas gitu. Ni mek suka nok, bagi banyak kali pun mek tak kisah.

hah tengok muka lepas make up, feeling ratu siap.
Aku rasa lah kan kalau time ni orang nampak aku jalan jalan pakai macam ni mahu dorang culik aku jadi badut dekat majlis hari jadi anak diorang, tak pun kalau ada syarikat nak carik badut, amek je aku dengan mekap dengan costume semua dah lengkap bagai kann tapi nanti malam malam anak kau meracau racau jangan nak ugut bunuh aku pulak yelah muka mek gini bole buat uols nightmare hokehhhh.

Tiba tiba aku rasa muka aku jadi ayam tu macam cantik lah pulak. HIHI

Kau tengoklah muka tu. Lipstik yang orang pakai kat muka, aku kena pakai kat hidung. Jadi ayam noks, nak tak nak perlulah. Dah habis full run semua dah kena komen, kena maki, kena puji, kena taji, kena semuaa makanya tibalah masa untuk berehat dan kembali ke motel untuk mencari pelanngan kat Jalan Sultan tu untuk "berihat-rihat".

Aku pun semangatlah tenyeh wet tissue kat muka nak buang make up semua. Tonyoh macam buang najis bayi kat punggung. Tonyoh lembut lembut ye kang terkopak kulit aku siapa nak jawab ? Aku dah lah tak ada insurans sesia je menderita.

Sampai part hidung dengan pipi (tempat yang penuh lipstik) hah kau. TAK MAU TANGGAL LAH PULAAAKKK. Mampos. Aku dengan tak berputus asa tonyoh lagi dengan dua tiga empat helai tisu sekali gus. TAK NAK TANGGAL JUGAK. Kali ni aku tonyoh macam tak ingat dunia dah. Tanggal kulit pun tanggal lah aku peduli apa.

Hasilnyaaa ...

Sebelum, muka macam Ratu Cantik Ayam Pencen.
Kau tengok, mata Cleopatra siap noks!



Selepas, macam muka mangsa simbah asid,
Tengok tompok tompok merah tu ? Bibir pun merah macam kena sengat tebuan, merah tak hingat.

Dah lah lepas tu pergi makan kat McD Jalan Tun HS Lee. Paham paham je lah muka macam dah jadi mangsa  salah guan produk kecantikan dengan muka tompok macam kena ruam kat badan bayi je, badan bayi tak apa lah smooth amat muka aku ni ? Bontot kuali pun kalah.

Selama ni aku ingat kulit aku agak kuali lah tapi malam tu dia cerah gitu ala ala kena simbah spotlight haa nampaklah 'rashes' tu visible yang teramat ye.

Since petang tadi aku dah konfiden menyundal kat Pasar Seni dengan kostum ayam, makanya aku pun konfiden je lah dengan muka mangsa simbah asid ni gi makan then tiba tiba ada group minah salleh ni usha pelik je then dia tap kawan dia then bisik bisik then kawan dia pun tengok aku then bisik bisik lagi then pegang pegang muka.

SAH SAH LAH MENGATA MUKA AKU.

Tak pasal pasal aku dapat simpati percuma entah apa dia ngutuk pun aku tak tahu. Mesti kata macam ni,

"Ni mesti dia nak putihkan kulit kan, tak sedar kulit rentung ada hati nak kulit putih pucat macam kita uols padan muka muka menggelupas merah merah kan kan kan ?"

Sumpah aku rasa dorang kutuk aku.





Tiba tiba aku rasa insaf.

Tu lah kau Mira dulu time kau mengutuk orang pakai baju color clash kau tak pikir tah tah rumah dia baru terbakar dia dah tak ada baju kau sedap je mengata dia tak ada taste in fashion kan ? HAMEK KAU SEKALI KENA UMPAT DEPAN DEPAN.

Ok sumpah mek insaf.



Boi.
.


5 comments:

Nasz said...

naik ets g kl pn guna costume ke??

Mireya said...

eh tak. haha dekat CM sampai Taman Budaya je kena pakai kostum.

Asyraf Maskan said...

Gituuuu katenyeeeeee hahahahha

The other summer finn of shinnecock said...

Jangan pitams kakak. Bukan senang nak pakai wejes dengan kostume ehehe.

Mireya said...

acab : aah, gituu leerrrr

gummy : tu lah. jangan risau, sesungguhnya saya sebenarnya sedang bersyukur. hewhew