Thursday, July 21, 2011

What if,

.
Macam mana ye kalau orang yang paling rapat dengan kita, orang yang kita cerita semua benda, orang yang kita tau akan ada untuk kita bila-bila masa kita perlukan dia, tiba-tiba dah tak ada.

Tiba-tiba kita dapat berita dia dah kembali ke rahmatullah, tiba-tiba kita dapat panggilan memberitahu yang dia dah meninggal.

Macam mana ?

Macam mana kalau orang itu satu-satunya orang dalam dunia kita. Satu-satunya manusia yang wujud dalam kitaran seharian hidup kita. Dia bukan hanya kawan baik, teman istimewa, tapi orang yang kita rasa macam keluarga, macam separuh daripada kita.

Dan tiba-tiba Allah ambil dia daripada kita. Unprepared.

Apa akan jadi pada kita ?

Saya tak tahu apa akan jadi pada saya. Mungkin saya jadi gila, mungkin saya akan tabah, mungkin saya akan menangis tak berhenti sehingga buta, mungkin saya akan ambil kunci kereta dan bawa kereta jauh jauh sambil menangis, mungkin saya akan berjalan kaki tengah-tengah malam ke masjid, ambil wuduk dan menangis sambil baca yasin untuk disedekahkan pada arwah, mungkin saya akan jatuh sakit, mungkin saya akan diam dan tak bercakap selama sebulan, mungkin saya akan hilang pedoman, mungkin ... banyak lagi yang akan saya lakukan.

Tapi, saya pasti akan takut untuk buka hati saya dan rapat dengan sesiapa lagi selepas ini, sebab saya takut dia akan ditarik dari hidup saya. Saya pasti akan jadi manusia bitter yang takut untuk kenal dan berseronok dan rapat dengan orang sebab saya takut saya akan hilang mereka.

Saya sebenarnya sangat takut kalau saya hilang orang dalam hidup saya.




Saya harap saya tak akan hilang sesiapa dalam hidup ini, saya harap saya tak akan pernah rasa apa yang dilalui manusia manusia yang hilang orang yang paling significant dalam hidup mereka, saya doa tak jadi macam tu.

Sebab saya tahu saya tak kuat.



Al-fatihah.


.

2 comments:

amnomnomnom said...

mana lagi menakutkan, kehilangan nyawa orang tersayang atau kehilangan nyawa kita sendiri?

Mireya said...

kehilangan orang tersayang.