Tuesday, May 19, 2009

saya bukan peminat Man U tapi saya gedik nak masuk pertandingan yang bagi hadiah jersi Man U.




encik boleh klik pada sini untuk pergi ke blog tersebut untuk menyertai pertandingan ini. kalau nak copy paste link kat poster tu pun boleh. jum! MERIAH!


syarat pertandingan kena guna cerita atau memori sebenar yang terjadi pada DIRI SENDIRI. sama ada lucu, lucah, atau sedih.

saya guna entri lama saya yang saya tulis hujung tahun lepas. ini kisah benar tentang kasih sayang saya dengan ayah. :)

entri tersebut boleh dibaca di sini

tapi, saya paste balik di sini for the sake of the contest. SILA BAGI SAYA MENANG WAHAI TUAN PUNYA BLOG!!!

ini entri tersebut ;

***

ayah,

ayah ingat tak,
kita sama sama tengok cerita Chandramukhi yang Jyothika berlakon dengan Rajhnikanth tu? kita sama sama suka cerita tu kan? ayah sampai tiru gaya Rajhnikanth waktu dia jadi maharaja tu. ibu pon gelak tengok ayah.

ayah ingat tak,
ayah sampai tertidur tengok cerita yang pasal orang jahat pukul pukul orang tu. even efek bunyi dia terlajak, ayah tak kesah. ayah tengok sorang-sorang tak cakap dengan orang pon. bila akak keluar bilik, tengok tengok ayah dah lena.

ayah ingat tak,
kita sama sama gelak dengan ibu dan adik waktu tengok cerita Thenali. waktu tu, Kamal Hassan kena pukul dengan orang jahat dekat perut. Kamal Hassan dah lah tengah mabuk, tak pasal pasal dia muntah kat muka orang jahat tu. kita gelak gila gila waktu babak tu.

ayah ingat tak,
kita sama sama tidur lambat sebab tengok cerita yang pasal tsunami tu. alah, yang Kamal Hassan berlakon sampai tiga belas watak tu. yang dia jadi nenek, dia jadi orang pakistan, dia jadi Bush. haa, cerita tu lah ayah.

ayah ingat tak,
kalau akak tengah tengok tv dengan ibu, mesti ayah datang join. lepas tu ayah cerita ending cerita tu kat kami. tapi, kami tak marah, sebab kami memang suka bila ayah bagi tahu ending. tak payah nak saspen saspen. lepas tu, ayah mesti cerita siapa orang jahat, siapa heroine, siapa hero, kenapa dia jadi jahat, semua tu lah. sebab ayah dah tengok cerita tu dulu.

ayah ingat tak,
setiap kali hero pukul orang jahat sampai melambung-lambung, ayah mesti cakap, "bohong lah,". tapi ayah tengok jugak. sebab ayah nak tahu cerita dia habis macam mana.


ayah tahu kan,
kita sama sama suka benda yang sama.

ayah tahu kan,
tu je lah masa yang selalu kita dapat luangkan sama sama. waktu tengok tv. sebab ayah selalu sebokk dengan kerja.


ayah tahu kan.


kan?








kan?








kalau tahu, kenapa ayah buat macam ni?
sampai hati ayah buat akak macam ni. akak dah lah jarang balik. bila balik, jadi macam ni pulak.

akak sedih. :(















ayah,

subscribe la balik channel 951 Astro Box Office for Tamil movies tu. nanti kita boleh tengok orang jahat kena belasah dengan hero macam dulu dulu.



boleh ye ayah.


pleassseeeeeeee.




astro jahat. elok elok tamil movies tu ade kat ABO 952, pergi tukar ke 951 pulak! kan ayah dah tak nak subscribe. sebab bazir duet katanya. kamu jahat astro!

***

boleh menang tak? oke lah, konon-konon saya tak letak harapan. [dengan mata berkaca]

.

6 comments:

mustapha syuhada said...

ha'ah..cite tuh best..still gelak smpai skrang..hehehe..boleh menang punya lah..YOSH!!

joegrimjow said...

hihi
da updateee

Mireya said...

hehe tengs!

abbad said...

heh,datz funny
i dunnoe how i got loz here
btw, nice post
:)

Mireya said...

HAHA.
tengs yaw!

joegrimjow said...

hahahahahahahahahaha
da bace sampai abes daaa
kekekeeee
pandai kamo yee!