Thursday, May 28, 2009

be my Sweeney Todd and i'll be your Mrs Lovett.

i guess i just have too much pride and lack of guts.

i have dreamt of having a friendly little chat with you, giving you my warmest smile and having a good time joking with you.

eventhough we actually never talked before.

i have so much ego that i even thought that i was a man.

boy,
as if you know how deeply i have fallen for you.
it is not head over heels anymore. it is as if i have sunk the whole me into you.

i wanted to get to know you.

but i am afraid of putting my ego aside and take off my heels and chasing for you instead.

as if i have the guts and lower down my pride,
i would just want to say

"hi"

with a warmest smile.


but deep down inside,
we both know it would never happened.



T.T as if, as if.


it's great how you responded with the g-talking that we had the day before.
it does make me smile all through the day even my exam papers are just killing me inside.
thank you for being friendly.
thank you for making me alive and humanly again,
thank you for stealing my heart.

thank you, you.

[entri tak ada kena mengena dengan sesiapa. jangan nak buat-buat tahu. kena backhand karang. LOL :P]

.

Wednesday, May 27, 2009

tahap kegatalan saya apabila bercerita tentang kahwin. MEE-AUW!

tak ada idea nak tulis apa. so, saya buat tag cik Jah. ngee~ :D

1, 2, 3, GO!


1. How old are you?
lagi dua tahun, saya dah boleh daftar jadi pengundi untuk mengundi dalam pilihanraya. hoho dah tua dah anak dara ni rupanya.

2. Are you single?
currently, yes. auw! siapa-siapa? :P LOL.

3. At what age do you think you’ll get married?
tunggu lah dah settle semua saya kahwin lah. tapi tak tahu lah pulak kan orang muka garang yang super baik hati dan penyayang macam saya ni akan ada calon. susah nak jumpa orang yang berani zaman sekarang ni [yelah kan, bak kata incek penyangak, manusia akan takut dengan benda yang dia tak tahu]

4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
i've been married to myself since forever.

5. If not, who do you want to marry?
zaman muda-muda dulu, saya rasa macam nak kahwin dengan orang handsome. lepas tu, bila dah besar tengok orang handsome semua tu perangai macam tak guna je. dah lah tak ada duit. so, saya decide nak kahwin dengan orang kaya. tapi banyak yang tua kerepot dan risau pulak dapat anak tak comel handsome cantik sebab gene saya seorang fo sho' tak cukup kan so sekarang saya berserah pada takdir dan harap semoga dapat lelaki yang pandai [tak bermakna pandai atas kertas] dan boleh tanggung saya, muka sedap dipandang dan semestinya sayang saya! HAH HAMEK KAU DESCRIPTION PANJANG GILA.

6. Who will be your bridesmaid or your bestman?
manusia-manusia tu kena cabut undi sebab ramai sangat calon bridesmaid.

7. Do you want a garden/ beach or traditional wedding?
saya ikut cakap ibu dan ayah saya. tapi, ibu saya mesti nak buat tradisional punya. kalau saya, garden wedding fo sho'!

8. Where do you plan to go for honeymoon?
durh, tak pernah fikir pun nak honeymoon dekat mana. maybe pergi tempat yang adventurous kut. maybe buat backpacking pergi negara-negara miskin or negara dunia ketiga so boleh motivasi diri sendiri supaya bersyukur dengan apa yang ada [mampus lah suami saya kena dengar saya mengomel panas kotor busuk banyak lalat geli HAHA tak apa time honeymoon perasaan masih tebal jadi dia mesti ingat saya ni adorable. NGAHAHA] and plus, murah sikit kalau pergi negara-negara macam tu ye lah kan baru kahwin mestilah tengah sengkek duit tak ada boleh jimat sikit kalau nak pergi melancong tempat mahal-mahal nanti balik honeymoon semua cengkung sebab tak cukup duit nak makan kena puasa hari-hari. kalau ada orang sponsor, itu lain cerita lah kan. :P

9. How many guest do you think you’ll invite?
campur kawan-kawan ibu, kawan-kawan ayah, kawan-kawan saya, kawan-kawan adik, sedara mara. pergh ramai gila! tak cukup jari nak kira. neways, apa-apa hal refer bajet dulu. kalau ada orang nak sponsor tak apa lah jugak kan.

10. Will that include your exes?
OF COURSE!! si kurus tu kena pasang khemah kenduri saya. HAHAHA.

11. How many layers of cake do you want?
nak cokelat moist bodoh-bodoh yang gila moist and cokelat dia ala-ala melimpah ruah sampai kalau makan pun melekat dekat gigi tu tiga tingkat!

12. When do you want to get married? Morning or evening?
akad nikah, sila lah buat pagi. sanding? pagi petang siang malam. HAHAHA.

13. Name the song/tune you would like to play at your wedding?
selamat pengantin baru - saloma.
eh, tapi macam bosan je. oke, saya nak lagu yang dinyanyikan oleh encik suami tak kira suara dia bunyi hodoh macam mana pun sebab mesti sangat romantik dan orang mesti akan cakap "woah! suwitnye buat lagu untuk bini!" HAHAHAHAHAHA. tak pun, lagu sizuka-this song is for mira [suka hatilah lame ke tak], lepas tu lagu adam sandler-i want to grow old with you [encik suami kena nyanyi], lagu the way i am-ingrid michaelson, sweet! sweet! lagu lain, ikut lah apa yang 'in' zaman tu nanti, ceh, poser gila.

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon/fork/ knife?
tangan lah. saya tak reti makan guna sudu garfu. bunyi kelentung kelentang. malu oke pengantin makan tak senon!

15. Champagne of red wine?
neslo ais, preferably. tak pun, apple juice. auw! mengancam!

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
days or months or years after the wedding. hey, everyday is honeymoon. HAHA I KNOW I'M LAME. shaddap~

17. Money or household items?
ibu ayah dan saudara mara kena bagi household items. orang lain sila bagi duit ratus-ratus dalam sampul duit tu. dan, ibu dan bapa mertuaku, bagilah hadiah rumah kondo barang sebijik. tak pun, tanah sawah ke tanah kebun ke ladang ke tapi yang penting hadiah tu dalam bentuk asset oke. HAHAHA. mati lah dapat menantu demanding.

18. How many kids would you like to have?
saya nak anak instant! MOMMY! [baca : mo-mee!]

19. Will your record your honeymoon in DVD and CD?
risaunye nak rakam kut nanti orang lain tengok manalah tahu ada benda tak sepatutnya kan,LOL! rakam lah kut, mesti. kalau bergaduh ala-ala nak cerai tu tengok lah balik kan, mesti tak jadi cerai. dol, cakap macam tahu je!

20. I want to know their wedding plan:
budak-budak bimbo cerdas sila buat dan pos ke blog masing-masing. mimi yana dan farah dee sila pos kat blog bimbo cerdas.

lagi satu,

saya nak tag : KAK CHAQ! @ kakak rosma @ Cik Azida. ada bran? :P
[ngeheee ;p]

dan,

kak farah kucing belemoih!


.

Tuesday, May 19, 2009

bagaimana mimi yana boleh jadi belle fanatics [dan siti rosma juga]

favourite pet 1 - siti rosma

saya tengah bercakap dalam telefon, tiba-tiba Siti Rosma buat aksi terkejut sambil memandu dengan tangan terangkat sebelah dan badan hampir tersandar ke tempat duduk.

habis bercakap dalam telefon, kami berbual ,

Siti Rosma : babe, tadi i terkejut.
saya : i nampak. kenapa?
Siti Rosma : i terkejut sebab tiba-tiba radio tu jadi kuat. i tak perasan i tengah kuatkan radio.
saya : BIMBO!!!!


favourite pet 2 - mimi yana

waktu ni saya, Siti Rosma, Mimi Yana dan kawan-kawan lain baru balik makan dari V4. kami singgah sekejap dekat kedai runcit dekat V4 tu. dah habis beli barang, kami keluar sebab dalam kedai ada ramai sangat orang.

Mimi Yana : weh, panas gel!~ [baca : g-elle]
saya : ha'ah sejak akhir-akhir ni memang panas.
Mimi Yana : dah lah dah lama tak hujan.
saya : betul betul. eh, mimi, kau tak tahu ke sekarang kan musim kemarau kat sini.
Mimi Yana : ye ke?

[diam sekejap]

saya : entah, mana lah aku tahu. kau percaya ke?
Mimi Yana : BELLE!!!!!


favourite pet 1 dan favourite pet 2

ini waktu ekspidisi kami ke Lumut. waktu hari terakhir di mana saya tengah lepak dengan mereka di tepi pantai. waktu ni Cik Jah tengah tidur rasanya.

saya : bestnye lah duduk kat tepi pantai ni kan?
Siti Rosma : tahu tak pe.
Mimi Yana : kan best kalau boleh mandi air terjun.
saya : air terjun apa yang ada dekat Cameron Highland tu? Lata Kinjang eh?
Siti Rosma : Lata Kijang lah. mana ada Lata Kinjang.
Mimi Yana : bukan Lata Iskandar ke?
saya : yelah. mana-mana lah. mana aku tahu. aku mana pernah mandi dekat air terjun. Lata-lata ni semua pun mana pernah jejak.

[Mimi Yana dan Siti Rosma dah buat muka annoyed]

saya : aku pernah mandi dekat Lata Mangeshkar je.
Mimi Yana : weh, dekat mana tu?
Siti Rosma : entah, kat mana tu babe? tak pernah dengar pun.

[saya diam sambil dalam hati menangisi kenaifan mereka]

saya : Lata Mangeshkar tu penyanyi Hindustan lah!




kesimpulan :
Siti Rosma dan Mimi Yana ialah favourite pets saya yang sangat adorable. sayang kamu lah perempuan! muah! muah!


iloveyouverymuchbabes!


.

saya bukan peminat Man U tapi saya gedik nak masuk pertandingan yang bagi hadiah jersi Man U.




encik boleh klik pada sini untuk pergi ke blog tersebut untuk menyertai pertandingan ini. kalau nak copy paste link kat poster tu pun boleh. jum! MERIAH!


syarat pertandingan kena guna cerita atau memori sebenar yang terjadi pada DIRI SENDIRI. sama ada lucu, lucah, atau sedih.

saya guna entri lama saya yang saya tulis hujung tahun lepas. ini kisah benar tentang kasih sayang saya dengan ayah. :)

entri tersebut boleh dibaca di sini

tapi, saya paste balik di sini for the sake of the contest. SILA BAGI SAYA MENANG WAHAI TUAN PUNYA BLOG!!!

ini entri tersebut ;

***

ayah,

ayah ingat tak,
kita sama sama tengok cerita Chandramukhi yang Jyothika berlakon dengan Rajhnikanth tu? kita sama sama suka cerita tu kan? ayah sampai tiru gaya Rajhnikanth waktu dia jadi maharaja tu. ibu pon gelak tengok ayah.

ayah ingat tak,
ayah sampai tertidur tengok cerita yang pasal orang jahat pukul pukul orang tu. even efek bunyi dia terlajak, ayah tak kesah. ayah tengok sorang-sorang tak cakap dengan orang pon. bila akak keluar bilik, tengok tengok ayah dah lena.

ayah ingat tak,
kita sama sama gelak dengan ibu dan adik waktu tengok cerita Thenali. waktu tu, Kamal Hassan kena pukul dengan orang jahat dekat perut. Kamal Hassan dah lah tengah mabuk, tak pasal pasal dia muntah kat muka orang jahat tu. kita gelak gila gila waktu babak tu.

ayah ingat tak,
kita sama sama tidur lambat sebab tengok cerita yang pasal tsunami tu. alah, yang Kamal Hassan berlakon sampai tiga belas watak tu. yang dia jadi nenek, dia jadi orang pakistan, dia jadi Bush. haa, cerita tu lah ayah.

ayah ingat tak,
kalau akak tengah tengok tv dengan ibu, mesti ayah datang join. lepas tu ayah cerita ending cerita tu kat kami. tapi, kami tak marah, sebab kami memang suka bila ayah bagi tahu ending. tak payah nak saspen saspen. lepas tu, ayah mesti cerita siapa orang jahat, siapa heroine, siapa hero, kenapa dia jadi jahat, semua tu lah. sebab ayah dah tengok cerita tu dulu.

ayah ingat tak,
setiap kali hero pukul orang jahat sampai melambung-lambung, ayah mesti cakap, "bohong lah,". tapi ayah tengok jugak. sebab ayah nak tahu cerita dia habis macam mana.


ayah tahu kan,
kita sama sama suka benda yang sama.

ayah tahu kan,
tu je lah masa yang selalu kita dapat luangkan sama sama. waktu tengok tv. sebab ayah selalu sebokk dengan kerja.


ayah tahu kan.


kan?








kan?








kalau tahu, kenapa ayah buat macam ni?
sampai hati ayah buat akak macam ni. akak dah lah jarang balik. bila balik, jadi macam ni pulak.

akak sedih. :(















ayah,

subscribe la balik channel 951 Astro Box Office for Tamil movies tu. nanti kita boleh tengok orang jahat kena belasah dengan hero macam dulu dulu.



boleh ye ayah.


pleassseeeeeeee.




astro jahat. elok elok tamil movies tu ade kat ABO 952, pergi tukar ke 951 pulak! kan ayah dah tak nak subscribe. sebab bazir duet katanya. kamu jahat astro!

***

boleh menang tak? oke lah, konon-konon saya tak letak harapan. [dengan mata berkaca]

.

Saturday, May 16, 2009

post ini telah mencalarkan imej naive saya, tapi saya tetap naive!

"fadil, kalau aku buat ayat macam ni, kau marah tak? ayat ni lah ayat paling best yang boleh aku fikir,"

"ayat apa? baca sikit"

"Ahmad Fadzil memerah susu lembu di kandang milik Amira Nabilla. HAHAHA. best kan ayat ni?"

"kurang ajar kau mira! siap kau nanti aku buat ayat lagi teruk dari tu. kau tunggu!"

"kau ingat kau seorang je boleh buat ayat? aku pun boleh kut!"

"oke!"

"oke!"


(gaya cakap "oke!" macam gaya couple bergaduh sebut "fine!". saya budak sekolah luar bandar. waktu kecik-kecik dulu mana reti speaking, fuck pun waktu tu tak tahu benda apa.)

kedua-dua orang pengawas darjah empat dari kelas Empat Merah ini kemudiannya nekad untuk menghantar buku latihan Bahasa Malaysia mereka tanpa mengubah sebarang ayat pun.

seminggu selepas itu,

"Amira Nabilla, Ahmad Fadzil, Adam, sila ke hadapan, SEKARANG!"

oke, saya sudah dapat sense trouble untuk mereka bertiga ini. tapi kenapa BERTIGA? Bukan yang ada masalah cuma dua nama pertama itu je ke?

"kamu tiga orang ini pengawas, baru umur sepuluh tahun, tapi dah pandai buat bukan-bukan!" (siapa fikir benda lain dia notty)

saya duduk di hujung sebelah kiri menghadap kawan-kawan, Ahmad Fadzil duduk di tengah, dan Adam duduk di hujung sebelah kanan, berdekatan dengan meja guru. kami semua diam dan tunduk memandang lantai.

" 'Ahmad Fadzil membilas seluar dalam yang baru dibasuhnya di luar rumah pada hari Ahad yang lalu.' apa ayat macam ni? tatabahasa dah betul dah, tapi kenapa kena guna seluar dalam? tak ada benda lain ke nak guna?

" lagi satu, ' Amira Nabilla memerah baju dalam orang gajinya ketika dia membasuh baju pada minggu lepas. ' kenapa kena guna baju dalam? tak ada benda lain ke?

" baru umur sepuluh tahun dah pandai buat ayat lucah. kamu ni pengawas sepatutnya jadi contoh pada rakan-rakan yang lain, bukan bagi contoh tak baik! kelas, apa yang kita nak buat pada tiga orang yang dihadapan ni? "

"kita rotan dia cikgu!" ada suara sumbang dari belakang kelas bagi cadangan. jangan ingat saya tak tahu suara siapa itu.


" Adam, yang bergaduh buat ayat tak senonoh ni cuma amira dengan fadzil je, kenapa kamu pun nak sibuk-sibuk tulis ayat tak senonoh macam ni juga?"

Adam sengih.

selepas itu, tangan kanan ketiga-tiga orang kami kemerah-merahan dan muka pun jadi merah padam sama warna dengan tangan.

balik ke tempat duduk, kawan-kawan semua tengok guna sebelah mata. ada yang cuba-cuba nak buat high five dengan tangan kanan tapi kena backhand dekat muka dengan tangan kiri. siapa suruh buat lawak bodoh?

sejak itu, kami cuma aplikasi ayat tak senonoh dalam perbualan dan bukan lagi dalam penulisan.

sejak itu, BM saya selalu dapat A, sampai sekarang.

dan sekarang, Adam pula akan jadi cikgu.


buat cikgu Fauziah Hanim, terima kasih sebab rotan kami. kami betul-betul insaf lepas tu sampai tak buat lagi dah ayat tak senonoh dalam karangan. :)


SELAMAT HARI GURU, CIKGU-CIKGU SEMUA!!


sampai sekarang, ibu bapa saya tak tahu tentang kisah ini. shhhh jangan sesiapa pecah rahsia!

.

Tuesday, May 12, 2009

kerana, setiap hari ialah HARI IBU! [when self-absorbed bimbo start writing again]

don't expect this post to be THAT SWEET.

mari berkenalan dengan bimbo yang menyambut Hari Ibu pada petang Ahad yang lepas.


mari saya kenalkan, kepada sesiapa yang tidak mengenali lagi bimbo yang kecewa, [refer post terakhir kesah ke Lumut] inilah dia, cik farah.

mari berkenalan dengan farah, ayat famous beliau ialah ;
"ye arr.. macam ni arr.."

kadang-kadang rasa nak lempang!

yang ini, siapa tak kenal dia nak kena backhand dengan mimi yana. yang ini adalah cik jah yang kini telah memiliki kereta Kembongperutboroi warna perak.

peeewwiiittt true Perak sial!! racist!

oh, cik jah berasal dari negeri sembilan.

anak ayam perempuan paling racist dalam dunia. sebab asyik obses dengan Melaka dia tu je. sikit-sikit Melaka. ayam betol.

oh, cik tiqa ni favourite pet saya yang nombor tiga. :)

favourite pet saya yang nombor dua, mimi yana. siapa tak kenal dia nanti mimi yana hantar sailorwind [skandal mimi yana] suruh kepak-kepakkan korang terbang sampai kutub utara.
baru korang tahu menyesal. sailorwind tu hebat tau kalau main kepak-kepak ni, kalau tak terkepak sampai kutub utara, korang mesti ke kutub selatan.


favourite pet nombor satu, siti rosma alias roommate yang suka kena silent treatment dengan saya.

siti rosma merupakan seorang bimbo sejati. tak percaya, tengok keychain dekat poket tu.

perempuan kesayangan ramai dan menjadi pujaan mimi yana sampai beliau menjadi belle fanatik. muka pun naive, alahai~

saya malu nak cerita pasal perempuan kesayangan ramai ni, rasa rendah diri.



kami telah menyambut Hari Ibu pada hari Ahad yang lepas. Masing-masing sedih sebab tak dapat balik jumpa mak masing-masing maka dengan lagha nya kami ke tasik buat photoshooting.

HAHAHA photoshooting lah sangat kan bajet macam guna DSLR. takpe, sekali sekali kita kena jadi poser. yaw yaw!

so, ini hadiah untuk para ibu semua, maaf lambat tapi,

SETIAP HARI KAN HARI IBU! KAMI SAYANG IBU KAMI SETIAP HARI!!

dalam gambar ni cik tiqa buat muka chicken little. yang paling cantik gambarnya? tentulah yang bawah sekali sebelah kiri tu.

terima kasih belle fanatics, mimi yana yang suka sangat nak snap gambar saya. nanti mimi yana, awak belanja saya makan laksa makcik sayang ye? awak kan tahu saya suka makan laksa. ;)

gambar favourite sebab sangat sentimental value. cantik amat!! oke perasan sebab sendiri edit kan, tapi biarlah i suka nyah!

favourite picture number two. ibu, we are proud to be your daughter!!!!! thank you for everything. kami akan banggakan anda.

NEVER GONNA LET YOU DOWN!

konklusinya ; HAPPY MOTHER'S DAY TO ALL MOMS IN THE WORLD. :)



dibuat beberapa malam sebelum photoshooting waktu duduk sorang-sorang dalam bilik. special untuk ibu saya!!!


ibu, i love you.

maaf, tak boleh letak gambar ibu saya di sini, ibu saya hak milik saya seorang je, tak boleh share. :P

.

Saturday, May 9, 2009

HIATUS : tipu belaka.

.

sebenarnya saya tutup incek lappy topless ni sehari je. lepas tu bukak balik konon-konon sebab nak print call lab, sampai sekarang tak pernah tutup-tutup.

saya nak sambung blogging balik. tapi rarely updates lah kut, as if kan? HAHAHAHAHA.

oh ya, esok hari ibu, tak sabar. :)


oke, tarik balik. komen untuk post ni dah dibolehkan. ngee~ :)
.