Thursday, October 29, 2009

Oi Oi Perempuan!


Saya : Ha! Perempuan, apa mimpi nih call aku petang-petang ni?
Suha : Tak ada apa, saja bosan-bosan duduk kat tingkap.
Saya : Ha, ada nampak apa sampai teringat kat aku nih? hahaha.
Suha : Tak ada apa, aku nampak babi melintas je tadi, terus teringat kat kau HAHAH!
Saya : Kuranggg asssaaaammmm!

Rindu kau lah ngok ngek! Cepat lah balik nak jumpa kau story mory macam-macam. Kuala Selangor kan dah maju kan sekarang kan, dah ada Old Town dah sekarang kan, boleh lah kita lepak sama-sama hahahaha gila perak sial masing-masing jakun Old Town wujud kat Kuala Selangor,

Tapi kan tapi kan siapa nak angkut kau dow? Hahaha tak apa nanti kau belajar lah naik bas biar kasik independent sikit HAHA

nanti kita bukak story pasal masing-masing kayh? kita kan sedih je contact sesama sendiri jeh selalu dah tak ada orang lain nak contact kita haha sial je kesian kita dow.

ARGHH RINDU RINDU RINDU!!

and and to yatie, good luck oke untuk STPM kamu! may dapat semua principal A! eh, ye ke guna principal lagi? ah tak kisah lah yang penting moga yatie dapat cemerlang flying colors! and and not to yatie jeh, semua sekali lah yang ambil STPM! good luck peeps!

oh, suha baju putih yang cun ala-ala pelakon sinetron Indonesia tu HAHHA! and yatie yang comel kaler pinky winky tu. renduu korang laa!

.

Tuesday, October 27, 2009

yayy to the old me, she's coming back!!

it explains.
well, i'm very cool now.
i could see what is ahead of me.
cheering up, head held up high, and HELLO new world!
welcome me, please.
;)

oh that quote i took from tumblr. i couldn't remember whose. and and this is really nothing personal,
i'm just happy that im turning to be the old me.
ohmygod bitch, i miss you so muchh!!!!


Sunday, October 25, 2009

(with all due respect ...ehem..ehem)

untuk Mr Boyfriend, (Rosma's ok)

1. no worry, you've got my approval long long time ago (oke, ni tipu, not that long laa but THE POINT is you have my approval as if my approval is that important kan but still you have my approval la)

2. take a very good care of her oke. she's my bestest bestfriend. siap kau kalau apa-apa jadi! (haha ugut jeh bukan boleh buat apa pun but still!!)

3. have your time with her, no worry i wont steal her from you go eat dinner supper lunch breakfast tea break buka puasa sahur moreh ke apa apa sama sama tak kesah tak kesah SERIOUS.

4. take a very good care of her. pandai pandai la korang kan berharmoni sesama sendiri.

5. Good luck!

6. and and and no worry dah tak ada interfering anymore, tak ada advise advise bodoh or anything and maybe you will have my backs for certain cases, that i assure you. HAHA! sorry babe berpaling tadah.

7. semoga bahagia.

8. take a very good care of her.


The girlfriend, Cik Rosma

1. i love you lah, you're my bestest bestfriend kut even emotional bonding kita macam dah terlajak lajak jadi macam couple HAHA we are so silly but anyway we are RARE SPECIES oke. i love you very much because again you are my bestest bestfriend and no one can replace you! yeah i know people are basically special and unique with their own way and so are you! and you're the only friend that i could tell every single tiny little things even the most silly ones yang macam bodoh bodoh pun i boleh cerita.

2. and sorry for emotional mistake yang stupid stupid such as you know such as what kannnn? LOL

3. thank you for always being there anytime i wanted you to be there.

4. and and and happy everafter dahlingg!


be strong always alwayssss! ;)


p/s : ni bukan bodek ke apa ke but serious la memang from the bottom of my heart haha cewah cewah rasa macam poyo jeh but serious serious memang good luck and promise you tak ada rolling eyes or muka bodoh bodoh dah lepas ni and NOO I'M NOT FAKING ANYTHINGGG! good luck, let's hope it would last oke (wah wah macam tak percaya jeh cakap benda alah ni haha), and happy always oke you two!!


komen disable dulu laahh. sebab macam takut je and macam akan kena marah je and macam tak sedia je later laa kalau ada orang suruh able kan baru able balik (as if macam ada orang nak suruh able kan oh wtf suka hati laa *defensive*)


Saturday, October 24, 2009

Wednesday, October 21, 2009

bimbo forecasting : Mimi Yana ku sayang.


"korang, Ara ajak aku pergi Bandung,"
"Mimi, kau tahu tak sekarang ni kat belah sana banyak gempa bumi, dengan bom lagi, kau nak pergi jugak ke?"
"aku tak tahu laaa" (ini ayat tipikal Mimi Yana, untuk pengetahuan anda semua, Mimi Yana selalu bikin gua panaaassss dengan ayat ni)

Mimi Yana,
kami bukan nak bayang kalau kau mati, tapi cuba bayangkan kalau kau dah tak ada nanti, mesti sunyi je bilik kitorang, yelah, siapa lagi nak datang menyemak bilik ni nak menyendeng-nyendeng macam tak ada bilik sendiri kalau bukan kau kan?

lepas tu, nanti mesti setiap kali kami nampak ikan keli, mesti kami akan nangis. sebab kau kan suka makan ikan keli. Mimi Yana kan suka makan ikan, nanti siapa lagi antara kita yang nak makan ikan kalau bukan Mimi Yana?

nanti jugak, mesti kami rindu nak dengar suara penyek yang disturbing ala-ala bunyi macam nyamuk tengah tengah malam dah lah nyaring tahap oktaf tertinggi memang serius sakit telinga gaban punya lah, kalau Mimi Yana tak ada nanti, siapa nak buat bunyi disturbing nak mampos tu?

Mek, cuba kau bayangkan, nanti siapa nak bising-bising datang bilik kitorang cerita GHI (Gossip Hari Ini) kalau bukan kau? lepas tu kau dah lupa ke, yang kau tu kan FAKER sejati, so siapa nak fake dengan makhluk-makhluk yang tak disukai kalau bukan kau?

yang paling penting, siapa yang aku nak marah-marah kalau bukan kau nanti? nak marah Siti Rosma dah tak boleh dah, sebab dia dah grow up, nanti dia marah aku balik. walaupun sekarang ni kau dah semakin berperasaan, tapi kau tetap my favourite punchbag, darling.



so Mimi Yana, sila jangan pergi Bandung. kalau kau gian sangat-sangat nak shopping sambil melancong, nanti kita pergi pasar malam Taman Maju sama-sama dengan Siti Rosma kita beli baju and tudung banyak-banyak. yelah, kita kan kat negeri orang sekarang, bonus kira melancong jugak lah tu kan?


kau paham kan? kalau kau tak faham nanti aku bagi kau makan penampor. mentang-mentang kau selalu jadi makhluk lampi kau ingat aku nak maafkan ke'lampi'an kau tu, hah perempuan?! aku harap kau paham, aku malas nak terang kan kang ada kaki tangan yang terangkat tak pasal-pasal sebelah kepala kau gugur rambut kena tarik dengan aku.


oke Mimi, i love you.


Thursday, October 15, 2009

Being picky and exclusive.


Ish, semua orang, dengar lah ni, I ada problem ni. I meluat betul lah. I ada banyaaaaaakkkkkk test. Sampai tak terkira banyak nya!! You all boleh bayang tak I ada sampai dua test, dua kuiz, and dua events untuk handle dalam bulan ni? BANYAKK KAN?

Penatlah macam ni. Oh, I really need rest lah you all. Pity me, kan?

Boyfriend I? You all jangan berani nak tanya pasal my boyfriend! Jantan tak guna! Buat penat I je habis banyak duit untuk dia. Belikan dia Levi's lah, JCo lah, Ray Ban lah, apa dia mintak, semua I kasik. Last last apa yang dia beri pada I? Dia lari kat perempuan lain ada lah!

Huh, nasib baik I kaya, jadi tak kisah lah dah spend ribu-ribu dekat dia. Plus, I ada banyak spare part. So, cepat lah luka hati ni sembuh kan? Hehehe. Terima kasih awak, awak tahu awak siapa kan? Sayang awak, Mr Jijo Moji Moji Cayang Baby Bucuk Bucuk. Jijo ni I baru kenal Jumaat lepas, kami sembang dalam myspace. Dah lama tak bukak myspace and bila tengok inbox and nampak mesej dari dia. Kebetulan dia super senior my sepupu, so banyak lah yang we all sembang, last last tukar number and ym semua. Dia sweet sangat. I suka!

Eh eh, kami tak couple lagi tau. You all jangan lah salah faham pulak. Ish, malu lah I macam ni.

Eh, sekejap sekejap ada orang call I ni. Ish, makhluk mana lah call I ni. Kacau je nak buat luahan perasaan pun tak boleh. Bengong.

Oke, dah habis cakap dah. You all tahu tak siapa yang call I tadi? My friend, Nony. Alahh, bukan friend sangat pun. Sibuk sibuk je dia tanya I nak balik Deepavali ke tak? Hello? Dia ingat I sambut Deepavali ke? Kalau I balik pun dia sibuk apa kan?

Actually I tahu sangat, dia nak tumpang I balik lah tu. Konon-konon one way la sangat kan? Perasan! Rumah dia jauhhhh gileh dari rumah I kut, jauh like jauh gileh! Lima belas minit oke dari rumah I, dari I hantar dia, baik I pergi shopping. Tak kuasa I nak tumpangkan dia.

Lagipun memang I tak balik sebab I rasa I nak pergi melancong lah hujung minggu ni. Maybe I nak pergi Langkawi kut. Boleh beli cokelat banyak-banyak kan, you know untuk heal my heart ni. Kadang-kadang I masih teringat my boyfriend you know. Well, it's almost three months we've been together kut, tak kan lah I tak rasa apa-apa kan? Sedih nya.

Jap I nak text Nony cakap kat dia I tak boleh balik Deepavali ni. Sebab I ada event nak handle.

Oke, dah send pun. Pandai-pandai lah you carik transport nak balik sendiri ye Nony oi. My car pun baru service hari tu, I tak nak lah guna dia lagi, nanti rosak pulak.

Well, sambung balik, kat mana kita tadi ye? Oh, I mengadu I penat kan? Memang penat jadi I. Nak kena study teruk-teruk lagi, nak kena dapat pointer cantik, ye lah takut lah nanti kena marah dengan atuk I kalau I dapat sikit je. Eeeeee scary you kena marah dengan may granddaddy, nanti dia jadi monster RAWWWRRR dia marah I. Eh, macam comel je my granddaddy jadi monster. Hikhik.

Ehh jap yeh, ada orang text I. Siapa lagi nih? Kacau lah.

EEHHHHH!!! Nizam lah! Bestnya Nizam text I! Yay yay yay! Nizam mintak nak tumpang I nak balik rumah sekali.

Alah, Nizam no problem lah. Rumah kita kan dekat je. I tak kisah pun you nak tumpang. Bukan jauh sangat pun. Ibaratnya macam Ipoh dengan Teluk Intan, kalau tidur pun tak sempat mimpi dah sampai kan Nizam kan?

Oh, I kenal Nizam ni pun sebab kawan I kawan dengan roommate this one girl yang kawan dengan roommate budak depan bilik diorang and that girl which is roommate budak depan bilik diorang tu couple dengan coursemate budak sebelah bilik Nizam.

Faham tak? Macam tu lah kitorang kenal. Eh kitorang rapat tau, selalu keluar sama-sama. So far, adalah dalam dua kali kitorang keluar sama-sama. Hari tu I sesat, I nak pergi Lumut, tapi terlajak ke Teluk Batik, I tak tahu nak keluar macam mana, Nizam lah yang datang tolong I. Kebetulan pulak dia dah ada kat situ dengan kawan-kawan lelaki dia, ada Joe, Mok, Khairul, Ariff, banyak lah! Semua lelaki. Semua lelaki tu dah kawan dengan I sebab dorang ada sekali time Nizam teman I tu.

and Nizam pun cakap ada lagi 3 orang kawan dia nak tumpang I!! lelaki pulak tu semua! Oh no poblem lah you guys! I tak kisah, I sudi je berbakti.

Eh panjang pulak post kali ni. Oke lah you all, I nak siap kemas barang ni, I tak jadi pergi Langkawi, tiba-tiba rasa rindu nak balik rumah.


p/s : Oh ye, I balik dengan Nizam! YAY!! dengan kawan-kawan lelaki dia sekali pulak tu! DOUBLE SUPER YAYYYY!!


***


if you really know me, you would know that this is sarcasm. if you can't tell it, oh friend, i just couldnt say anything. :)

i am in the mood of sarcasm tahap tertinggi.

and don't get me wrong, I really don't mind about girls befriending with guys because we live dalam dunia yang ada two sexes kan? But, there's one species yang suka sangat nak get overexcited dengan the male species. kalau get overexcited dengan lelaki handsome je tak apa lah jugak, ini dengan lelaki yang sah sah laki orang ada bini dua anak empat belas yang anak paling kecik pun baru umur dua minggu and obviously cucu dia sebaya dengan anak ketujuh dia pun still nak melayan lagi?

Ceh, exclusive la sikit.



Tuesday, October 13, 2009

bila anda dah cool, orang lain bercerita pasal anda, bukan anda bercerita pasal diri anda.


hello losers semuuaaa!

awak nak tahu tak? rumah saya sangat cantik. dah lah cantik, rumah saya besar pulak tu, aquarium pun besar macam swimming pool, swimming pool pulak, besar macam tasik,
punyalah cantik rumah saya.
saya tahu rumah korang tak ada macam tu.
saya ni memang dilahirkan bertuah, saya tak kata saya ni cantik/kacak, tapi saya tahu anda rasa saya cantik/kacak kan?
pakwe/makwe saya pulak, jangan cakap lah, handsome/lawa nak mampos. mesti lah kan, kalau tak tak berkelas lah nak couple dengan saya,
saya ni high taste tahu.
tapi saya rimas lah. banyak betul orang nak minat saya. add gtalk saya lah, ym lah, skype, facebook, myspace, friendster, tagged, semualah
borrriiiinnngggg saya layan mereka ni semua.
hello? tak ada life ke?
kalau anda semua nak tahu, kalau tak, saya pakai hyundai tau, tapi sebab saya cakap dekat mak bapak saya yang saya nak merendah diri and low profile,
jadi mak bapak saya bagi saya pakai swift.
hyundai tu pun kalau saya tak mintak, mak saya nak suruh saya bawak BMW dia,
ayah saya pulak suruh saya pakai Nissan Fairlady Z dia.
ishh kalau saya pakai nanti nampak riak pulak kan?
tapi saya ni tak lah sempurna mana, dulu saya ni terjebak dengan perkara tak senonoh jugak, kalau awak semua nak tahu, saya ni dulu mat/minah rempit,
selalu keluar malam, lepak ramai ramai tepi tembok.
kalau bukak game selalu main tujuh enam ratus lah paling cikai pun. tak main lah setakat dua tiga rat, itu budak-budak punya game
tapi itu dulu lah, sekarang saya dah insaf.
moyang saya sayang gila dekat saya, sama dengan atok, nenek, nenek saudara sebelah pak su saya, opah belah atuk ayah, mak cik sepupu saya yang dekat Jepun tu, semua sayang dekat saya, nak buat macam mana saya seorang je yang masih dekat sekolah, yang lain semua dah sambung belajar dekat overseas.
lagi satu, saya dulu dekat sekolah, sebut je nama XY, siapa tak kenal?
saya ni otai tahu. setakat bertumbuk dengan budak-budak tu apalah sangat. kena tampar denagn warden tu benda kecik je, keluar masuk bilik pengetua pun macam makanan ruji je. kalau tak masuk sehari macam tak sah.
pergh hebat kan saya?
saya sekarang pakai iPhone, well saya pakai latest gadget je,
kalau awak nampak saya pakai barang murah, tu mesti sebab orang kasik, ataupun sebab tersalah beli.
saya mana ada benda-benda buruk ni
saya punya barang semua yang bagus-bagus je
saya kalau bawak motor/kereta/lori/basikal,
saya tak reti bawak perlahan,
entahlah, tak biasa lah.
yelah, saya kan dulu rempit.
oh dulu saya ambil ice tau, tau tak ice tu apa?
tak tahu?
ice tu drugs la, tak cool lah korang tak tahu ice,
dulu lah, sebab saya nak study, saya ambil lah ice.
eh awak tahu tak saya top scorer sekolah dulu? saya selalu naik pentas sebab dapat subjek terbaik lah, pemidato sekolah lah, atlet harapan lah, semua saya yang sapu.
dulu saya dapat biasiswa Bank Negara, tapi saya tolak sebab mak bapak saya kaya sangat. baik saya guna duit mak dan ayah saya.
kalau tak, sekarang saya dah ada dekat Belanda, tinggal dengan makcik saya, tapi mak saya kata nanti siapa nak teman dia shopping dekat Milan nanti?
so, saya pun tak jadi lah pergi sana ...

bla bla bla bla bla bla
yadda yadda yadda yadda


***

boring kan dengan orang macam ni?
semua pasal dia, semua baik.
orang lain kaya, dia pun kaya.
orang lain ada balak/awek hensem/lawa,
dia pun ada jugak.
dah lah ulang banyak-banyak kali.
aish.

dah lah.

yelah, kau perfect, best, idola ramai, disayangi seluruh isi bumi,
yayyy!
hail to you!
yayyy!

durh!


BORIINNGGGGGG!!!!

.

Sunday, October 11, 2009

sudah lah i tak larat nak kecik hati dengan you all you all semua lagi tahu tak??!! (part 1)


Siti Rosma : Babe, i keluar tau. Farah nak buat kunci pendua bilik dia.
Saya : (dengan the very kecik hati nya sampai hati kau tak ajak aku keluar FINE FINE!!) err oke.

tak berapa lama kemudian,

Siti Rosma : babe, kereta i break down. sorry we're so gonna stuck here for a few moments.
saya : (HAHAHAHA! PADAN MUKA SIAPA SURUH TAK AJAK AKU) oh really? so how?
Siti Rosma : i dont know maybe its gonna be a lil late since kitorang kena tunggu the guy to settle the problems whatsoever
Saya : oh okay so you all da makan ke belum? nak makan sama-sama tak?
Siti Rosma : boleh jugak. kita makan sama sama okayy??? tapi kalau kitorang lambat you makan la dulu
Saya : (urghhhhhh kena tunggu korang balik nak makan sama sama lah pulak dah lah aku kena tinggal CILAKAK DAMN DAMN DAMN) oh takpe tak lapar pun i tunggu you okay kita makan sama sama lagipun i ada meeting pukul empat nanti lepas meeting kita makan sama sama yeh? (OH DAMN sekarang baru PUKUL DUA kut tak pasal pasal aku kena tunggu korang dah lah aku kena tinggal bengong punya perempuan perempuan DAMN DAMN DAMN kalau aku mati kebulur ke perut masuk angin ke siap lah korang aku muntah atas katil korang sekor sekor)

tiba-tiba tergerak rasa hati nak call Siti Rosma ye lah konon-konon nak tunjuk concern la kan ceh sedangkan tak tahu betapa keciknya hati rasa macam nak nangis ni dah lah kena tinggal dalam bilik sorang sorang oh JADAH JADAH.

and Siti Rosma tak angkat call. APA HAL ??

Siti Rosma : sorry babe i tak answer your call, tengah settle some stuffs dengan guy yang handle kereta nih.
saya : kereta you rosak pasal apa sebenarnya nih?
Siti Rosma : i dont know. i pun tak tahu pasal apa
saya : P (oh ini nama boyfriend dia tapi tak boleh publish nama maybe later biarlah rahsia sekejap kan kan kan kan kan? btw using initial letter is SOOOOO GOSSIP GIRL!) ada kat situ tak?
Siti Rosma : ada ada, he helped me dengan mechanics ni. i tak tahu apa yang rosak.
Saya : oh kalau macam tu you makan je lah dengan dia you know just to pay him back kan, dia tolong you kut biar i makan dengan the girls (cehh konon konon baik lah kan rela berkorban bagi dia chance dengan boyfriend dia sedangkan aku kebulur dalam bilik tak tahu nak makan dengan siapa bengong bengong bengong dah lah dah janji nak makan sama sama tambah DAMN!)
Siti Rosma : eh takpe takpe kita makan sama sama okeyy
Saya : err oke. (aku dah bagi chance kau tak nak pulak makan dengan dia tyme aku nak kau makan dengan aku bukan dengan dia kau tak nak pulak dengar kan? MACAM NAK MAKAN PENAMPAR JE PEREMPUAN NI)

lepas saya balik meeting, saya terus masuk dalam bilik and buat kerja yang tak sepatutnya and mind you, waktu tu dah pukul 4 setengah kut and saya tak makan lagi since dari pagi DAMN KAN? semua pasal perempuan perempuan ni cehh nasihat saya SILA JANGAN NAK BERKORBAN konon konon baik. oh SISTERHOOD SISTERHOOD jugak lah tapi jangan melampau nanti karang perut masuk angin ke gastrik ke apa ke mati ke sebab lapar siapa nak jawab tu? tu dah kira menzalimi diri sendiri tu.


oke cerita ini bersambung nanti saya cerita kat post lain. eh pompuan pompuan, aku tak puas hati banyak perkara lagi nih. wait and see banyak luahan perasaan lagi.


huh! GHYTBNSGDYDXN!!!

.

Wednesday, October 7, 2009

bila perempuan lempang kamu sebab kamu cuba bayar dia kerana ingat dia seorang ho kamu balas,


it's like a man walking with a police uniform on, and someone ran to him asking him to help catch a snatcher and the man replied,

"dude, if i'm wearing this uniform, that doesn't mean that i am a cop though,"


oh, that is just, so ... geniusly self-explanatory.



oh, bila lah aku nak insaf and wear my clothes properly covering my aurat?
Astghfirullah.



cilok dari sini, but i did some changes ;)

Thursday, October 1, 2009

back on track. ready for a sprint. AS IF! pffttt


true,
it's beautiful.


memang ada satu tempat untuk lu dalam hati gua. gua tak mahu dah letak harapan tinggi tinggi.
gua dah buat apa gua rasa gua patut buat.
gua rasa lu pun tahu.

for the time being, tempat untuk lu memang gua tak provide untuk orang lain.
tempat lu special punya la wa cakap.
bila bila lu rasa nak singgah dalam hati gua, lu bagitahu je.
belum sempat lu lamar gua, gua lamar lu dulu.
HAHA.


lu happy selalu

oh, terima kasih untuk semua lagu tu.
gua dapat kenal lu dekat lagi.
;)


okay. lepas ni harap-harap saya dah tak post benda benda jiwang dah sebab bila baca balik post lama lama macam geli anak tekak meremang bulu roma dan segala perasaan yang macam ala ala goosebumps pun ada.
HAHA
sorry saya tak boleh control my feelings lah! :P

tapi sekarang saya dah kool. ;)

perkara simple yang kadangkala kita tak perasan.

warning : post panjang. and TOTALLY INTRAPERSONAL. jangan nak buat-buat tahu kalau anda tak tahu.


basic rules in life :

1. jangan pernah sesekali merampas seseorang yang ;

- pernah menjadi boyfriend / girlfriend (kawan especially kawan baik) anda
- diminati oleh kawan (again, especially kawan baik) anda

and of course, bila anda menjadi the ones who knows all the dirts and stuffs. jangan pura-pura tak tahu and cakap,

"oh, i thought you and him/her have nothing! ingatkan korang main-main je!"
oh, itu sangatlah kepala hotak.

2. jangan memberi harapan kepada orang.

kalau anda tak suka dengan seseorang, ataupun anda tak mahu ada apa-apa pun dengan orang terbabit (i mean, RELATIONSHIPS) sila lah bagitahu.

truth hurts, yes. tapi it's better than giving hope and crashing it. lebih baik orang yang anda nak elakkan tu tahu apa yang ada dalam fikiran anda yang anda tak mahu dia dalam hidup anda because you never know what all those hopes mean for them.


saya pernah rasa semua perkara berkaitan jiwa raga, rasa sayang semua ni tak kekal lama sebab saya tak pernah rasa benda ni. but it had occured to me yang perasaan ni memang mengganggu kalau kita tak pandai handle.

people, especially GUYS out there, sila lah faham bahawa perempuan ni makhluk yang sangat fragile. our feelings easily get hurt. kalau lelaki tinggi suara sikit pun perempuan akan terasa dan boleh menangis especially kalau lelaki tu someone yang special to them.

and GUYS, kalau anda tak rasa nak ada something with a girl, ataupun you would just want to remain friends with them, sila bagitahu straight to them. jangan main-main, flirt, or melayan. cakap je ;

"i just want to be friends with you. if one day we are meant to be together, it would happens. but for the time being, i only wanted not more than just friends"

it sound harsh, tapi itu je yang terbaik. berterus terang. jangan risau of the feelings that would get hurt, sebab the pain of truths tak seteruk the pain of the hopes yang korang beri.

i hope you GUYS would understand that.

and as for GIRLS, sila lah ada sedikit perasaan SISTERHOOD. if you never heard of it, here's the rules of sisterhood ;

girlfriends are like sisters. we don't back stab each other, we don't cross lines, and we don't envy.

it's common sense anyway. tak kan tak tahu?

if you know your friend is falling for a guy, automatically the guy is out of our reach. oh please learn to sacrifice and if the guy is hitting on you, tell it to the friend. CONFRONT.

and here we go back to the idea of TELLING THE TRUTH.

and the TELLING THE TRUTH are not only meant for a guy, girls pun. kalau suka dengan lelaki tu show it properly. let them know. tapi kalau tak suka, and wanted to be just friends, bagitahu jugak. jangan bagi harapan palsu. tak baik.

post ni saya tulis sebab geram dengan orang yang suka nak mainkan perasaan orang and pentingkan diri sendiri. fikirlah tentang kebahagiaan orang lain sama. especially kalau itu kawan kita, lagi-lagi kawan baik sendiri.

and untuk orang yang suka bagi harapan palsu. TOLONGLAH. kau dah tahu mamat/minah tu suka dekat kau, kau jangan la layan lebih lebih kalau kau tak nak ada apa-apa dengan dia. kalau suka balik, cakap lah suka. kalau tak suka, cakap je tak suka.

habis cerita. haish. common sense la wey. you tak suka orang mainkan you, you jangan mainkan orang.

oh yes, i understand feelings are really a thing that is out of your control. kalau tak boleh tahan perasaan nak suka sangat dengan balak/awek/the crush kawan kau tu, cakap la dekat dia. TELLING THE TRUTH. the rest, biar kawan kau fikir nak handle kau macam mana. kalau boleh, confront tiga-tiga sekali. settle habis semua sekali.

and remember ;

friends care for each other not just for the benefits they get, but it would be because of the love they share. and, friends don't back stab. and they do not talk bad about each other too.

oh sorry post panjang lebar and point berterabur sebab serius i wrote this after some stuffs happened.

bye.