Monday, March 30, 2009

yesterday in selangor, today in kelantan, tomorrow in perak.

nine things that i've learned during my educational shopping trip to kelantan darul naim. ;

  • saya baru tahu bahawasanya ketika berjalan-jalan, untuk menjaga orang tua yang berumur tujuh puluh tahun lebih senang dari menjaga kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun.

  • except that old lady always worry too much about her little annoying granddaughter.

    kanak-kanak perempuan tu gila annoying oke. sangat degil tahap moksha tingkat tinggi. tak dengar cakap and kuat merayap. kalau kena culik pun saya rasa penculik pulang balik. gila susah nak jaga.
  • sewaktu dalam bas ketika mahu pulang dari kelantan, baru saya tahu nenek yang berumur tujuh puluh tahun yang bertudung labuh sangat comel kalau pakai sweater yang ada hood.

  • lagi-lagi bila letak hood tu kat kepala. macam rapper oke. lagi comel dari Eminem.

    sila bayang sendiri. tiada gambar disertakan sekali.
  • dan saya juga baru tahu, seorang nenek lebih rela berkorban sakit belakang, lenguh badan, tak selesa duduk, demi cucu dia tidur lena.

  • sayangnya, cucu dia gila annoying.
  • earth hour di kelantan : SUKSES!

  • my opposite sex in kelantan HOT-HOT belaka.

  • my opposite sex in kelantan HOT-HOT belaka.

  • my opposite sex in kelantan HOT-HOT belaka.

  • ada saya beritahu tak my opposite sex di kelantan HOT-HOT belaka?

  • jate kelate meme hot!

suke la saye gi kelate nun. tino sano molek-molek comey-comey belako. putih, ghoyak pong lembut sokmo. kito hok denga ni ghaso sene jah hati neh. jate sano toksah dok kaba lah. kacak sungguh! suke la saye cuci mate kat sane. tapi sungguh lah, jate kelate hot-hot belako. tapi ibu dah ghoyak doh :

"mu jange nok gelenyah caghik oghe kelate ko, ganu ko, putih, handsome mace mano pong ibu tok sir. susoh ibu nok gi kenduri nyambut ti, jauh."

takpo deh bu. akak cuci mato jah. nok caghi oghe jate hok kampung kat kelate ibu dok bagi. tapi bu, lau jodoh nak uat guano. dok gitu? LOL ;p



nanti nak pergi kelantan lagi. seronok deh cuci mata!

oh oh oh, kelantan tak panas. matahari cacak atas kepala pun tak rasa macam terbakar kulit. tronoh lebih dahsyat kut.


p/s :
1. maaf, entry tiada gambar untuk bukti.
2. maaf, saya tak reti pun loghat kelantan. saja gedik nak guna. sedap oh dialek diorang. suka! suka!
3. maaf, post ini buat saya kelihatan gatal. saya sopan sebenarnya. HAHAHAHA.


.

Thursday, March 26, 2009

saya kolot dan konservatif, saya mengaku.

perhatian : ini pendapat saya. saya ulang, pendapat SAYA.

sedih saya tengok spa q.

saya sungguh lah tak faham kenapa perlu menerapkan budaya inggeris dalam cerita tu?

adakah teori ini, yang saya tak ingat dimana saya baca, tentang penjajah dan bangsa yang dijajah itu betul? teorinya begini ;

satu bangsa yang dijajah akan berasa bangga apabila dapat bercakap dalam
bahasa yang menjajahnya, dan berasa setaraf dengan bangsa yang menjajahnya
apabila hidup dengan cara penjajah itu sendiri.
sekarang baru saya rasa teori ini sungguh betul.

saya rasa perkahwinan yang pakai baju kebaya, dengan lelaki pakai tanjak dan sepersalinan baju melayu lengkap adalah sangat cantik.

tetamu dan pengapit pula pakai baju kurung atau kebaya, dengan pakcik-pakcik pula pakai baju batik, dengan bunga manggar, serta hantaran yang dihias cantik, bersama sama dengan tepak sirih tradisi, sungguh menarik.

tak kisahlah nak buat di tengah padang ke, tengah taman ke, dalam dewan ke, atau dimana-mana sekalipun, ia tetap cantik.

jadi kenapa perlu buat perkahwinan dalam taman ala inggeris dengan tetamu yang hampir kesemuanya pakai tuksedo, bow, dan yang perempuan pula pakai dress, siap berjalan atas red carpet nak pergi ke pelamin.

saya dah berdebar-debar ingatkan ada paderi tunggu di depan. nasib baik tak ada.

tak ada seorang pun yang pakai baju kurung, kebaya pendek, kebaya nyonya, baju kurung moden, atau apa-apa yang seangkatan dengannya. TAK ADA!

pengantin pun pakai dress yang superbly labuh kain berjela-jela di belakang. yang pengantin lelaki dengan tuksedo dan bow.

tolonglah jangan kahwin ala spa q, babak si qistina dengan fahmy tu. budaya kita dah cantik, sopan, dan lebih menarik.

tak ada classy mana pun kahwin macam tu. poser gila nak ikut Barat. percayalah, budaya Melayu itu sendiri memang cantik.

buat scene tu akad nikah dalam rumah pun bagus.

tak payah lah kut kahwin macam ni.


rasanya macam ni lagi cantik.


patutlah semua orang sibuk nak mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

konon-konon risau orang luar bandar tak faham. saya juga duduk luar bandar. saya dah tengok macam mana kawan-kawan yang lain belajar. ada yang dapat tangkap, ada yang tidak, ada yang cepat, ada yang lambat. ada yang langsung tak tahu.

tapi tak pernah lagi saya tengok dapat kosong. benda ni bergantung pada individu, usaha, kena rajin.

tapi saya rasa pokoknya, mereka bukan risaukan bahasa Malaysia, tetapi risau dengan bangsa Melayu itu sendiri. mereka risau bila banyak sangat belajar dalam bahasa Inggeris, mereka risau orang Melayu akan lupa bahasa mereka, dan juga budaya mereka.

lepas tengok spa q, saya bertambah risau.

.
saya sokong PPSMI.
baca blog kawan saya, saya setuju dengan beliau.

Wednesday, March 25, 2009

awak pun sayang saya, cuma awak tak ada blog untuk ekspresikannya.

saya tak pernah sangka yang kita akan jadi serapat ini.

dahulu saya pernah tak suka dengan awak sebab saya ingat awak ni orang yang mulut laser asyik nak kenakan orang, marah marah, dan main laser laser orang dengan perkataan yang pedas pedas.

tapi,
saya silap.

rupa-rupanya, saya lagi laser dari awak, saya yang suka kenakan awak, dan saya juga yang selalu keluarkan kenyataan kenyataan pedas pada awak.

oke, sekarang saya kelihatan jahat.

sungguh saya tak sangka kita akan jadi serapat ini. saya mengaku, saya suka sangat berada di samping awak. sebab awak akan buat saya ada banyak idea untuk bercakap dan bergelak ketawa.

dan selalunya bila kita dah together, kita akan jadi dangerous partner.

saya suka bila kita jadi teammates untuk mengenakan farah, ataupun kadang kadang untuk mengenakan kawan sebilik saya, rosma. waktu tu dapat saya rasakan yang kita memang ditakdirkan bersama.

awak,
kenangan di FESCO, tidak dapat saya lupakan apabila kita berdua duduk di seat paling belakang dalam Chancellor Hall tu. saya tak pernah sangka yang kita sebenarnya tak pernah pedulikan perasaan orang lain bila kita sudah berdua.

kenangan di dalam van avanza juga tak akan saya lupakan apabila kita menjadi anak anak dara yang secara automatik bukanlah perempuan idaman lelaki tipikal.

juga, kenangan di dalam panggung wayang yang kita tak sedar bahawa dalam panggung tersebut ada lebih kurang hampir seratus orang yang terganggu dengan gelak ketawa kita yang tak perasan ada orang lain juga di situ. [mentang-mentanglah kita duduk depan kan].

terima kasih kepada rakan sebilik saya, cik rosma kerana mengenalkan awak dengan saya.

kalau tak, mana saya tahu saya akan berjumpa dengan partner aka teammates saya yang seorang ini.

oh, lupa pula saya, mereka sendiri pun menggelarkan awak sebagai evil twin saya. tapi awak sangat baik, lemah lembut, penyayang, dan sangat pandai buat kerja rumah kalau nak dibandingkan dengan saya.

saya gembira dapat kenal dengan awak. saya sayang awak. saya tahu awak sayang saya juga.

kita berbimbo sama sama oke, awak?

SELAMAT HARI JADI YANG KE LAPAN BELAS TAHUN, MIMI YANA!!!

hey awak yang berbaju pink dalam gambar, saya sayang awak, oke.


lepas ni awak kena rajin rajin makan sayur tau awak. saya tak lupa dengan janji rotten tomato saya tu.

nantikan ketibaannya tahu, awak!

p/s : mek, seronoklah guna awak-saya ni. lepas ni nak guna awak-saya je lah dengan kau. ak ak ak.

tagline kita : "awak percaya saya?" - auw! dah lama tak buat tagline ni kan, awak? :P


.

Sunday, March 22, 2009

buat awak, yang buat hati saya hancur remuk redam patah berkeping keping.

perhatian : post ini mengambil masa yang lama untuk ditulis kerana keremukan hati penulis adalah di skala tahap tinggi. sekarang beliau sudah pulih sepenuhnya.


sampainya hatimu,
membuatku rindu,
dimana janjimu, sumpah setia.
biarlah aku abadikan,
cintaku padamu,
oh kekasih..

saya gembira bila dapat tahu yang awak akan berkahwin. saya mungkin tak akan dapat datang pada hari perkahwinan awak, tapi tak mengapa. saya tahu ketidak hadiran saya tak mungkin akan memberi apa apa kesan pada awak.

awak tahu tak, saya dengan kawan kawan saya sudah sangat excited waktu mahu menghadiri perkahwinan abang beliau. dan saya tak tahu pula hati saya akan dicuri pada hari bersejarah tersebut.

mereka yang semangat nak ke rumah kawan saya

tak sangka hari perkahwinan abang beliau akan menjadi hari bersejarah untuk saya juga.

malam itu, saya semangat tolong buat semua kerja kerja yang septutnya. saya tolong buat bunga telur, saya tolong letak pulut wajik dalam plastik, kalau kat rumah, mesti saya tolong tengok tv je.

penat saya pura pura jadi anak dara yang baik, siap tolong tolong lagi.


waktu kenduri di Pendang, saya tak boleh nak concentrate nak makan nasi. semua sebab awak duduk dekat dekat dengan meja saya. ya, saya tahu awak tak tahu. tapi, kawan kawan saya tahu.








kemudian, ketika kenduri di rumah kawan saya, awak ada di situ juga. awak sungguh rajin tolong sana sini.

sungguh style juga ketika ambil gambar. macam profesional.

saya dah jadi pretty in pink pada hari itu, betapa berbunga bunganya hati saya.





saya tahu, sakit mata tengok makhluk makhluk pink ni.


sehinggalah waktu malam selepas kenduri, kawan saya beritahu saya yang awak akan berkahwin.
lee turut menjadi mangsa luahan perasaan saya sewaktu saya melawat beliau di UNIKL kulim.


saya dah nak praktis pergi pakai inai dah hari tu. mana tahu kan. tapi dengan hati yang remuk, saya tetap pergi pakai inai juga. sebab kawan kawan saya paksa.

yang pasti,ini bukan tangan saya.


ouh, hancurnya hati saya sebab tak dapat pun berkenalan dengan awak lagi. dan lebih sedih, bila saya tak berpeluang beri anak anak awak peluang untuk panggil saya mommy [baca : mo-mee].

sob. sob sob.

"..biarlah aku abadikan,
cintaku padamu,
oh kekasih..."



moral :
jangan nak jatuh cinta dengan orang yang sebaya ayah anda. lagi lagi bila anak dia pun lebih tua dua tahun dari anda, faham?

itu lirik lagu kumpulan rock leleh zaman sembilan puluh-an. kumpulan apa? itu yang kita tak tahu.

.

Monday, March 16, 2009

budak mulut celupar memang tak pernah ambil pengajaran.

lepas baca cerita ni, jangan tanya cerita ni betul ke tak. sumpah saya tak ingat cerita ni, samada orang cerita balik, atau terjadi kat diri sendiri pun saya tak ingat.


*****

ssemua kawan kawan kata cikgu dah habis tanda kertas periksa. kawan kawan semua dah tak tentu arah. masing masing tertanya-tanya and meneka-neka markah sendiri.

"kau mesti dapat yang paling highest kan? kau dah lah terrorist terror,"

"aku rasa aku dapat rendah lah, haish,"


macam macam lagi lah ayat yang keluar dari mulut mereka. semuanya ayat ayat negatif, pasif, dan pesimistik. bukannya nak ada yakin diri. cubalah tingkatkan self-esteem tu sikit, puji diri sendiri sekali sekala ke, kan bagus macam tu. tapi actually,saya pun cakap ayat ayat macam tu jugak.

nanti kalau buat ayat konfiden orang kata riak pulak. kita kan rakyat malaysia. lagipun begini lebih selamat, kalau dapat rendah pon boleh cakap,

"as expected. seriously, as expected,"

well, kelas dah jadi riuh rendah, bising dengan macam macam rintihan dah ni. bila cikgu masuk kelas semua senyap. masing masing berdebar debar.

waktu cikgu masuk kelas, saya keluar sekejap, pergi toilet. saja nak pergi berjalan jalan. sakit punggung oke asyik duduk atas kerusi tu je. so, nak hilangkan sakit punggung, saya perlu berjalan jalan sekejap walupun setakat pergi ke toilet yang kat sebelah kelas tu je.

by the time saya masuk kelas, saya tengok cikgu dah tak ada. bila saya tanya kawan saya, dia kata cikgu ada mesyuarat, jadi dia masuk kelas bagi kertas ujian and suruh buat pembetulan bagi mana mana soalan yang salah. esok dia nak tengok.

saya pun pergi lah ke tempat saya. saya tengok budak sebelah saya tak ada. and saya nampak ada paper atas meja saya.

"HAH??!!!!!!! gila sikit markah aku!!! tak sampai separuh pun! bodoh gila!!! soalan senang macam ni pun aku tak boleh buat? apa ke bodoh sangat aku ni?"

saya terus selak selak lagi muka surat seterusnya.

"hek eleh, aku demam ke hari tu? apa pasal aku tak ingat aku jawab macam ni? OH MY GOD, aku ada insomnia nampaknya. ouh, kasihan mak aku dapat anak bodoh macam aku ni. soalan senang macam ni pun aku tak boleh jawab. ibu, maafkan akak,"

saya terus membebel melalut komplen tak puas hati dengan markah yang sedikit.

"wehh, mira,"

saya dongak atas.

"ni kertas soalan kau, tadi aku pinjam sekejap, tahniah eh dapat highest."

"erkk? habis tu ni kertas siapa?"


saya tengok kertas tu. [nama dirahsiakan]. OMG! saya dongak kepala lagi sekali, saya nampak kawan yang duduk sebelah saya tadi ada di hadapan saya.

"dah lama ke kau kat sini weh?"

"sejak kau balik toilet tadi,"


sepanjang hari tu saya rasa clumsy nak bercakap dengan dia.

.

Sunday, March 15, 2009

saya sibuk lah awak, awak tak ada pasang spare part ke?


ada gaya artis baru balik mahkamah sebab nak rujuk balik dengan laki dorang tak?


saya ada banyak test lah minggu depan. banyak betul chapter nak kena cover. tepu otak untuk minggu ni.

belum cerita lagi pasal eksperimen kimia hari selasa ni yang dengar dengar cerita eksperimen kali ni long report. haish. nampak gelap je masa depan.

sebenarnya ada banyak cerita nak kongsi. cerita tentang hati saya yang jatuh pecah berderai derai remuk redam berkeping keping waktu di kulim pon saya belum cerita lagi.

minggu ni mood tak berapa baek lah. kawan kawan pon kata muka saya monyok. saya pun tak tahu kenapa. tapi memang saya tak berapa ada mood untuk bergembira.

hormonal kot.

haish, penat la mak macam ni nyah.

.

Tuesday, March 10, 2009

okay, saya tak tahu kenapa dengan diri saya sekarang. demit.

i am in a very unstable condition now.

i think i am lovesick with the same guy for about two years. shame on me, i still live in my past.

i wish i could turn back time and didn't make the stupid decision two years back.

ouh, sorry
i sounded like a nineteen years old female who rambling bout her puppy love.
like she doesn't have life and future,
like she wouldn't meet another guys later,
like she knows what was fated for her,

i don't care, it is killing me.

shit,

i fuck love for making me this miserable.

.

Thursday, March 5, 2009

OMG, apa yang kau buat ni, amira??!!!!!

sepatutnya hari ini kelas bermula pada pukul sebelas pagi. dalam banyak banyak jadual saya, saya terpaling tak suka jadual hari khamis.

kelas start pukul sebelas pagi, kelas matematik kejuruteraan. [satu jam]
pukul dua belas tengah hari, makmal multimedia, [dua jam]
pukul dua, tutorial matematik kejuruteraan, [dua jam]
sampai pukul empat.

pukul sebelas pagi, sampai pukul empat petang, ada kelas non-stop. we just love hari khamis, don't we?

tapi hari ini, lebih dahsyat, saya ada replacement makmal fizik pada pukul sembilan sampai pukul sebelas pagi, dan petangnya pula saya ada replacement kuliah kimia pada pukul empat sampai lima.

jadi kelas saya hari ini, dari pukul sembilan pagi sampai pukul lima petang.

ya, saya sangat suka dengan jadual saya.


tadi tengahari makmal multimedia habis awal, pukul satu. jadi, saya pulang ke bilik untuk makan dan sembahyang.

kawan saya dan saya rancang untuk tidak pergi ke tutorial matematik kejuruteraan. sangat sangat lah penat. saya angguk je sebab memang tak larat dah.

semalam saya tidur pukul empat pagi and woke up at seven thirty only to realise yang saya ada kelas yang hectic nine to five. tahniah ye amira!


so, bila dah decide untuk tak pergi tutorial matematik kejuruteraan, saya rancang nak pergi ke replacement kuliah kimia je, pukul empat petang sampai pukul lima.

tadi saya tengok jam, ouh, baru empat setengah.

eff what??????

EMPAT SETENGAH PETANG!!!!!!


jadi, saya di sini, menulis post tentang saya yang cuba menggelapkan masa depan saya.

ibu, ayah, dan penjamin Petronas saya, saya mintak maaf sebab tak tunaikan amanah.

ya Allah, apa yang aku buat ni ya Allah!!!


.

Sunday, March 1, 2009

cara letak kembali perfume di rak tanpa anda perlu berbuat demikian




itu gambar mimi yana dan saya selepas merayau rayau di jaya jusco, ipoh.

saya, cik siti rosma, dan mimi yana pergi ke watson untuk membeli belah barang barang persendirian.

saya seperti biasa, akan ke bahagian kosmetik untuk check out eyeshadow untuk efek smokey eyes walaupun actually saya tak reti pon pakai eyeshadow.

tapi, saya memang suka pergi ke bahagian kosmetik.

kemudian, sedang saya mencuba lip gloss terbaru keluaran saya-lupa-produk-apa-tah-namanya, cik siti rosma memanggil saya dari belakang sambil buat muka geleng geleng kepala [sila bayangkan emak penyayang yang marah anaknya curi lolipop dari mulut anak orang lain]

saya senyum dan bergerak perlahan lahan. sehinggalah kami sampai ke bahagian perfume. saya dan cik siti rosma ternampak mimi yana sedang belek belek botol perfume.

saya jadi excited bila saya nampak perfume perfume itu, saya ambil satu dan hidu. bau dia tak sedap.

saya ambil lagi satu, dan hidu. bau yang ini pon tak sedap. macam mana lah syarikat tu boleh keluarkan produk yang bau macam ni.

sekarang di tangan saya ada dua botol perfume yang saya malas nak letak balik. kalau letak balik saya takut terjatuh. ouh, saya sangat lah clumsy.

hinggalah,

saya : mekkk! cuba bau ni, bau dia macam chuck bass dalam GG!
mimi yana : ye ke? meh sini nak bau!

saya : mekkk! yang ini bau macam blair waldorf! serius! sebijik yang macam dalam GG!
mimi yana : ye ke? nak bau!

kemudian mimi yana pon mengambil kedua dua botol minyak wangi di tangan saya untuk di hidu.

saya nampak cik siti rosma buat muka yang sama seperti di atas dan senyum separa gelak. saya baru nak berjalan pergi ke section lain, saya dengar mimi yana panggil saya dari belakang,

"belle!!!! chuck bass dengan blair waldorf mana ada bau! tengok cerita dalam laptop bukan boleh bau ponn!!!"

saya cepat cepat hilangkan diri.

kemudian, saya nampak mimi yana sedang susun botol botol minyak wangi itu di atas rak yang sepatutnya dengan cermat.



* GG ialah Gossip Girl. siapa tak tahu dia lame.


.