Monday, July 27, 2009

i couldn't stop writing about Siti Rosma ; haha controver-sial!

sebaik sahaja saya dan the favourite pets [baca ; Siti Rosma dan Mimi Yana] tiba di universitas kami yang tercinta, kami telah merancang satu outing ke Manjung

oke, saya tak mahu elaborate lebih-lebih tentang outing kami ke Manjung cuma saya nak bagitahu Razak Mohaideen tak reti buat cerita seram dan pengarahan dia nampak tak bersungguh-sungguh macam oh-janji-muka-kau-lawa-and-boleh-berlakon-sikit-aku-kasi-kau-lepas-janji-orang-datang-tengok-wayang-cerita-aku-and-aku-dapat-duit-juta-juta-sudah sumpah agak kecewa ingatkan dia berubah sikit well nak expect apa kan kalau dah nama dia yang mengarah.

jangan saman saya, saya memang dilahirkan mulut jahat. PLEASE.

saya juga nak beritahu sila jangan bawa saya menonton Harry Potter sebab saya tak suka sebenarnya tengok cerita yang ada unsur magik sci-fi segala jadah especially yang ada banyak-banyak series sampai ada enam tujuh movies sumpah saya akan confuse habis campur aduk semua dan akan banyak tanya sampai anda akan rasa nak lempang well macam lah korang nak bawak i pergi tengok movies kan?

so, selepas sehari outings segala, kami pun pulang dan saya dengan sengajanya meninggalkan kad matrix di dalam kereta Siti Rosma kerana lepas ni nak goda dia untuk pergi ke Seri Selatan makan sotong goreng tepung.

jadi, sampai hari isnin saya lupa nak ambil balik kad matrix saya yang tertinggal di dalam kereta Siti Rosma. dan untuk menambah malang, Siti Rosma pada hari isnin kelas beliau adalah pada pukul LAPAN pagi dan saya, SEBELAS pagi.

dalam pukul sepuluh saya keluar sebab nak kena pergi dewan untuk daftar lecture yang turn out to be dah penuh damn damn damn!

memandangkan tak ada kad matrix, saya pun text Siti Rosma untuk beritahu yang saya ambil kunci spare beliau untuk bukak kereta sebab kunci kereta dia bawak sekali ke kelas sebab dia gantung sekali dengan kunci bilik oke too much infos di situ.

saya ; babe, i amek kunci spare u tau!
rosma ; oke!
saya ; eh, kereta u parking kat mana?? tak nampak pun.

[lama baru balas dan saya dapat call]

rosma ; errr babe, KERETA I, I TENGAH DRIVE.
saya ; aaaaarrrgggghhhh!!! BIMBO nyaaa!!!


ayat favourite saya sekarang ; saya tak tahu apa yang Siti Rosma fikir waktu dia tengah buat benda tu.

dan saya tak perlukan kad matrix tu pun sebenarnya.

.

Sunday, July 26, 2009

i will be missing you.

saya tak pernah rasa kehilangan atau nak rasa sedih sekiranya ada public figure yang meninggal dunia.

macam michael jackson, shukery hashim, saya tak ada rasa kehilangan sangat maybe because i am not a big fan of them kan,

tapi bila allahyarham Yasmin Ahmad meninggal, saya rasa sangat sedih. walaupun saya tak sempat lagj nak menonton Talentime dan Mualaf, tapi saya rasa sangat terkilan dengan pemergian beliau.

no more great movies after this. no more happy families with a super sporting parents, no more cool-real-integration movies after this.

tak ada lagi filem-filem berkualiti yang sungguh sederhana, simple, dan cool.
sedih lah.

saya pun tak tahu, entahlah. i'm just ...




i'm just SO SAD.



al-fatihah to Yasmin Ahmad. RIP and GOD bless.


.

Friday, July 24, 2009

heartless flowery post ; post bunga-bunga tak berjiwa.

i forgot how was it feel to be in love
was it the feeling flying high
or just the nerve to hide
the feelings we shared
and the tears we shed

does in love means
we get distracted by the presence of the particular someone
or was it just an "angan-angan?"

oh my, oh my
love is in the air
but it's the air that i just couldn't breath in

oh my, oh my
what has happened to my feelings?
has it been taken away and keep vanishing
or it's just me too blind to see anything?

.

damn.

.

Thursday, July 23, 2009

dum dum tak


life's never been fair, life's never be kind.
it's for us to choose what best,
to laugh, or to cry,

cause in the end,
we live our own life.
with the past, and the future.

perhaps our pasts were the best memories we ever had,
but don't forget we had the future to decorate,
perhaps the memories were the worst,
but let's make the future be different.

it's our life, our choice.

heaven or hell,
we the one would choose,
to suffer or to 'gembira'

.

Friday, July 17, 2009

saya bias - cuma sayang my only Nemo dan anak baru Kenit!

sumpah nanges kalau ada monyet / lotong / segala makhluk berbulu yang hiperaktif datang serang.
kalau datang mintak makan aku bagi penampar, amacam?
eh tadi kata nangis?
-.-"


akhirnya saya berjaya melangkah kaki ke undergraduate untuk pursue degree in mechanical engineering,
ALHAMDULILLAH!


UTP, i nak datang ni, sambut saya cepat,
i know you miss me!
:P


oh entry ini suka-suka. gambar pun tiada kaitan, tajuk juga, dan isinya. :P
sesiapa ada lagu yuna, random awesome, tolong inform, saya nak!

.

Wednesday, July 15, 2009

kawan baru saya bernama Ha.

Ha dan skandal barunya.


hai kawan, kenalkan kawan baru saya, Ha. bukan He, tapi Ha. ye, Ha. :)

kami sama-sama menuntut di universiti yang sama tapi berlainan kursus. saya pernah nampak Ha merata-rata tapi entahlah, tak terasa nak tegur pun. nak buat macam mana kan, orang vogue selalunya egois. ops! terpecah rahsia.

tapi, sewaktu di STE baru-baru ini, saya telah mendapat satu bilik dengan Ha. saya sungguh tak sangka akhirnya saya dan Ha akan berbual juga.

bagi saya, Ha seorang yang funny dan cantik. walaupun kadang-kadang beliau bersikap agak pelik, tapi Ha memang terbaik!

ayat favourite Ha - "cacat otak.."

jangan tanya saya apa benda itu, saya tak faham bahasa-bahasa begini. :P

di bawah ini, adalah satu rentetan peristiwa yang tak akan saya lupakan sepanjang saya mengenali Ha selama seminggu ;

waktu tu kami baru balik makan dari cafe Agrotek Resort. disebabkan kami tinggal di bilik atas, makanya terpaksalah kami mendaki tangga yang tinggi. nasib baik, sepanjang perjalanan mendaki bukit, kami telah disajikan dengan pemandangan indah pokok-pokok dan bunga-bunga.

Ha ; weh, kau tahu tak daun-daun kat sini banyak yang boleh makan?
saya ; apa kau mengarut ni Ha. mana ada daun boleh makan.
Ha ; iye, daun-daun ni boleh makan kejap aku carik daun mana yang boleh makan.
saya ; yeke? cuba carik.
Ha ; ha!! daun ni boleh makan nih [Ha memetik sehelai daun dan mencuba makan daun tersebut]

diam sejenak.

Ha ; eh salah, daun ni tak boleh makan. bukan daun ni. [sambil membuang daun tersebut]
saya dan mimi ; HAHAHAHA beng la kau ni!
saya ; daun yang boleh makan tu dalam mimpi kau jeh kut! HAHA



see, saya dah cakap kan, Ha seorang yang funny :)

.



Monday, July 13, 2009

saya harap saya dapat capai berat 50 kg sem kali ini.

saya ; ibu, nak kereta.

ibu ; ...

saya ; ibu, dengar sini, akak bukan nak gedik-gedik saja mintak kereta. tapi nanti bila dah masuk undergrad, rumah akak jauh. test nanti buat dekat bangunan yang dekat dengan masjid tu, pastu rumah akak pulak nuuuunn jauh kat dalam sana. lagipun Rosma and yang lain-lain bukan satu course dengan akak. coursemates akak pulak rumah lain-lain. tak akan nak susahkan diorang pulak kan. Tronoh tu panas bu. selalu hujan jugak walaupun panas. bayangkan kalau nak test ke, exam ke, tiba-tiba hujan pulak. tak ke naya tu? kesian kat akak kan? so, ibu, akak nak kereta.

ibu ; akak bawak kereta pun tunggang langgang lagi, nak suruh ibu beli kereta.

saya ; hari tu akak bawak oke je. just need more practice.

ibu ; ibu beli motor macam dalam iklan tu nak tak?

saya ; tak apa lah. akak bukan reti bawak motor pun. [mata berkaca.]


so, jangan tanya saya kenapa saya tak bawak kereta lagi T__T

saya mungkin TAK AKAN DAPAT BAWAK KERETA sepanjang belajar di Tronoh tu melainkan tiba-tiba ada keajaiban seperti tiba-tiba ayah saya menang wang SATU JUTA ke SERATUS RIBU ke tu pun belum tentu saya boleh bawak kereta mungkin takdir saya cuma akan pakai supir je T.T

so, kalau saya tak kurus-kurus jugak sem depan, saya tak tahu lah!

and,

cik Tiqa, minta maaf lah ye tak dapat nak bawak kau naik kereta yang aku bawak, and terpaksalah kita berjalan kaki meredah susah senang ke kelas macam yang kita dah biasa buat sepanjang dua sem lepas T.T


tolong doakan kalau saya ada test atau exam, waktu tu bukan waktu hujan turun, terima kasih.


HUAAAA!!
[menangis meraung meraung kecik hati segala tekanan perasaan melanda]

.

Sunday, July 5, 2009

pengalaman menakutkan saya bershopping bersama Siti Rosma.

sori people, away for another one week atas tuntutan kerja kena pergi STE!
tatap muka ini puas-puas kalau rindu :P

saya dengan Siti Rosma sangat kecik hati dengan Jusco Bandar Perda sebab sampai hati kenapa tak tayang The Last House On The Left dekat situ? KENAPA? KENAPA??? Sunway pun sama jugak!

nasib baik kami sempat menonton cerita Drag Me To Hell yang sangat best dan lawak sesiapa yang nak tengok cerita ni sila jangan tengok sambil makan nanti muntah hijau serius tak tipu nasib baik waktu kami tengok ni kami tak beli pop corn kalau tak mesti keluar header dalam Utusan Malaysia "Dua Kanak-kanak Koma Tersedak Pop Corn di Sunway".

setelah kecewa sebab cerita yang nak ditonton tiada, kami ubah plan untuk bershopping. YAY!

kami ke bahagian Jusco dan saya terserempak dengan sehelai baju yang sumpah sangat kool okeh! baju tu ada gambar perempuan rambut afro tengah duduk dengan style gila babeng! sumpah rasa nak beli!

saya dan Siti Rosma pun belek, belek, belek, dan belek. saya kompius nak ambil kaler kelabu ke, hijau ke, kuning ke, sampailah ;

Salesgirl ; [dengan penuh saspen dan drama] adik, adik, apa ini melekat kertas dengan tudung kawan adik [pointing at me]
Siti Rosma ; [dengan terkejut + bimbo, dan drama] ha? apa dia? apa dia?

saya tengok salesgirl tu kemudiang sambung balik hijau ke, kuning ke, kelabu? masih kompius.

Siti Rosma ; babe!! tengok nih!

Siti Rosma bagi saya sekeping kertas yang sangat sticky.
"hai tolong call or sms nombor ini 017-******* alex bye chubby"
oke sumpah sangat takut ye kawan-kawan rasa macam diperhatikan oleh perogol bersiri je.
kami pusing kiri kanan tengok ada sesiapa yang suspicious tak sebab sangat takut lagi-lagi teringat cerita Drag Me To Hell [sebenarnya tak ada kaitan pun]

setelah yakin semua selamat, dan atas idea kawan saya, kami pun melarikan diri bergerak ke section hadapan,




ke bahagian terdapatnya Triumph, Wacoal, dan Sloggi. [kalau tak tahu, tanya incek Google]





dan saya tak sempat beli baju kool. T.T


.

Friday, July 3, 2009

confession of a bimbo ; bimbo dari kecik!

waktu itu, saya dan rakan-rakan baru sahaja habis peperiksaan besar di sekolah agama kami. peperiksaan ini namanya PSRA [Penilaian Sekolah Rendah Agama]. PSRA ni sama je macam UPSR, cuma UPSR duniawi sikit, PSRA pulak, more to ukhrawi belajar Bahasa Arab, Fiqh, Akidah, Akhlaq, and Tajwid!

jadi, bagi pelajar-pelajar darjah enam yang sudah habis periksa, kami kena datang sekolah juga sebab sekolah ada balance beberapa hari lagi. lagipun, tak berapa lama lagi kami akan dapat tahu keputusan periksa PSRA kami tu dan memandangkan tahun hadapannya masing-masing akan masuk ke tingkatan satu dan mungkin tak akan berjumpa satu sama lain lagi, maka peluang untuk bermesra dan berkenalan haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya.

saya tak berapa rapat sangat sebenarnya dengan rakan-rakan dalam kelas saya sebab kami berlainan sekolah pagi [sekolah kebangsaan] saya sekolah SKTK [sekolah rendah yang paling kecil dalam daerah tu tapi MELETOP!] dan mereka Sekolah Jalan Bomba. so, memang agak besar jurang sebab kami memang klik dengan geng-geng sekolah pagi masing-masing je.

tapi suatu hari tu, kami semua di kumpulkan di surau sekolah sebab kelas kami semua digunakan untuk peperiksaan akhir tahun budak-budak darjah lima hingga ke darjah satu. jadi bila duduk dalam surau tu, saya mula lah nak rapat dan berkenalan dengan rakan-rakan yang lain sebab klik-klik [kecik-kecik lagi dah pandai buat clan sendiri] saya tak datang sekolah.

saya memang rajin pergi sekolah sebab kalau ponteng nanti kena sebat dengan ayah huhu plus school is cool! [sebenarnya tengah pujuk hati]

saya pun merapatkan diri dengan seorang budak perempuan kelas saya yang sangat saya admire, dia ni pun ada klik jugak. tak tahu macam mana tiba-tiba je saya boleh rapat dengan mereka sedangkan sebelum ni just tegur senyum-senyum jeh =.="

Budak Perempuan 1 ; korang ada dengar IKIM tak?
Budak Perempuan 2 ; ada! aku suka! banyak lagu nasyid dalam tu.
Budak Perempuan yang Saya Minat ; betul. aku suka dengar lagu nasyid, sedap. lagi-lagi dari IN-TEAM.

[saya diam je sebab saya waktu tu cuma dengar ERA]

Budak Perempuan 3 ; lagu IN-TEAM, aku suka lagu Kasih Kekasih, sedap!
Budak Perempuan 2 ; tu bukan dah lama ke?
Budak Perempuan 3 ; tak apa lah, janji sedap.
Budak Perempuan yang Saya Minat ; korang pernah dengar lagu Ainul Mardhiah?
Budak perempuan 1 ; pernah! lagu tu sedap sangat, ada lirik dia tak?

[waktu nih saya ingat nak masuk line bagi tahu tajuk lagu yang saya suka pulak]

saya ; korang suka tak dengar lagu Mak Minah?

waktu tu tiba-tiba semua mata pandang ke arah saya, dan perbincangan kami sunyi seketika dari sebarang komen.

dan budak perempuan yang saya minat itu pun terdiam sama.



apa ke jadahnya orang tengah cerita pasal lagu nasyid kau pergi cerita pasal lagu Triple Noize, Mak Minah pulak nih Mira?


DAMN!


kecik-kecik lagi dah bimbo.


.

Wednesday, July 1, 2009

sayang saya, hanya untuk you sahaja, JANJI!


lima sebab utama kenapa saya tak suka pada Kenit ;

1. dia seekor kucing yang baek.
2. dia pandai ambil hati ibu saya.
3. saya rasa dia fake.
4. dia seekor kucing yang baek.
5. dia seekor kucing yang baek.

saya memang allergi sikit dekat makhluk-makhluk baik ni sebab kadang-kadang rasa mereka semua ini annoying, dan sangat fake, macam Kenit.

saya masih syak yang Kenit sebenarnya yang muntah dan berak merata-rata serta kencing tak tentu hala di sekitar rumah yang mengakibatkan Nemo terpaksa take the blame.

pity you, sayangs.

well, Sabtu lepas, bersaksikan Siti Rosma yang kebetulan ada di rumah saya, Kenit telah selamat memBERANAKkan LIMA EKOR ANAK KUCING.

comel? tak. anak-anak Nemo dulu lagi comel walaupun semua tiga ekor anak Nemo mati selepas tak sampai sehari dilahirkan.

kenapa? sebab Nemo ibu yang zalim, anak nak menyusu dia pergi tendang dan lari, saya pun tak faham -.-"

peristiwa Kenit beranak memang membuktikan beliau ialah seekor kucing yang baik, sebab dia langsung tak bunyi apa-apa waktu beranak tu. senyap sunyi then kemudian tahu-tahu je dah ada anak kucing lima ekor.

memang baik.


well, this is Kenit di zaman virgin-nya dulu.

Kenit selepas menjadi tak dara ibu.

ini lah jantan yang bertanggungjawab membuntingkan Kenit. TAM
umur tak sampai setahun dah pandai buntingkan betina virgin orang!


ini LIMA EKOR anak-anak mereka, dua ekor hitam macam bapaknya, dua putih macam emaknya [okeh sekarang rasa macam pure jawa], and seekor oren macam ..


OREN!!!!?????????


macam mana boleh ada warna oren pada anak kucing yang dilahirkan oleh kucing putih yang mempunyai bapak yang HITAM LEGAM?

sungguhlah saya tak faham. mungkin kucing betina ada lima ovum yang membenarkan lima sperma masuk kan, tapi masih tak faham macam mana ada warna oren dalam baka kali ini?!

Kenit tak pernah keluar rumah sebab untuk pengetahuan ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian, dengar bunyi enjin motor pun dia dah macam nak skit jantung lepas tu bertempiaran lari masuk rumah macam nampak monster vs alien.

atau, adakah DNA kucing memang ada macam-macam warna yang memungkinkan dua kucing putih melepak mengawan dan mendapatkan anak berwarna hitam berkilat macam Salem dalam Sabrina the Teenage Witch?

oke sumpah tak faham.

mungkinkah ada kucing oren invincible yang selama ini berak dan kencing merata-rata serta muntah ikut suka yang mengakibatkan Nemo yang terpaksa take the blame?

oke, mengarut.


well, kami sekeluarga tak decide pun nak bagi nama apa pada anak-anak Kenit yang lima ekor tu kan sebab kebanyakannya dah di-BOOKED orang. HAHAHAH.

and, we are giving them for free! sebab tak kuasa nak jual memandangkan si Tam dan Kenit tu pun bukan kami beli, orang bagi jugak, Nemo pun sama.

kami memang LUCKY!



anyways, walau apa pun yang terjadi, Nemo sayangs, you jangan risau, i sayang pada you seorang sahaja okeh. walaupun Kenit beranak sepuluh ekor anak yang muka macam you pun, i tetap sayang dekat you jugak!


anyways, now i know i am biased. GAHAHAH :P

.