Monday, August 31, 2009

patriot yang terlewat.



oh, SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN YANG KE-52, MALAYSIA.
semoga kau kekal merdeka aman, dan makmur hendaknya.

dan

semoga agenda One Malaysia tercapai. hapuskanlah apa yang patut untuk buat agenda ni jadi kenyataan.

lose something to gain something, aite?


rawak ; rasa sangat sedih sebab tertinggal buku New Malaysia Essays 1 dekat rumah. damn! tak habis baca lagi kot!


Saturday, August 29, 2009

Rawak yang dua belas.


1.
hidup sebagai budak asasi sangat syurga compare to menjadi budak undergraduates. kepada busak asasi, sila hargai waktu asasi anda dengan bermacam perkara berfaedah seperti enjoy ke Ipoh hampir setiap Sabtu ke meronggeng dengan kawan-kawan sampai breakfast esok pagi dan merayau ke tempat-tempat rare macam pergi gerbang malam ke Genting ke merayau pergi Pangkor pada hari yang esoknya ada kelas pukul sebelas pagi ke sebab bila dah masuk undergraduates korang macam ibarat bermimpi je lah nak buat benda-benda ni semua.

2.
sebagai buktinya kau tengoklah aku ni nak update blog pun seminggu sekali woah sedih nak nangis.

3.
kalau korang sanggup mintak lah extend asasi korang tu dengan repeat dalam dua tiga paper ke.

4.
kekasih saya dah beranak. dapat empat ekor anak. sorry to say, tapi anak-anak Nemo tiga ekor muka macam anak beruk baru lahir sebab sumpah muka diorang sangat tak tahu nak describe macam mana tapi ada lah agak-agak penyek macam parsi tu sikit kan don't worry nanti i update later yeh you alls.

5.
Nemo dengan Kenit bergaduh sebab Kenit meroyan anak-anak dia kitorang dah jual bagi dekat orang lain and bakul tempat anak dia pernah duduk tu kami bagi Nemo pulak guna so bak kata ibu saya Kenit provok Nemo kata bakul tu dia punya so Nemo yang letih dengar Kenit asyik provok tu naik hangin dah la betina tu baru beranak kan terus serang Kenit habis terberak tercirit terkencing Kenit depan TV haa baru kau tahu kau carik pasal dengan siapa! siapa suruh kacau betina ganas yang baru lepas beranak. there you go Nemo!

6.
Anak-anak Nemo are all booked sebab bulu dia sumpah panjang and sangat banyak bila tengok tak nampak macam anak kucing macam anak beruk eh kan dah bagitahu tadi tapi lupa nak cakap seekor still ada warna oren tak faham macam mana oren punya kaler masih boleh sesat sedangkan mak bapak warna kelabu macam nak hitam.

7.
Anak Kenit yang nama Fluffy yang kami bela ni sangat hyperactive macam terencat pun ada gak dah lah betina tak faham kenpa dia jadi hyper sebab betina-betina yang kami bela macam Nemo and Kenit sopan bagai macam ala diraja gitu sekali dapat anak perangai tak behave langsung ni mesti ikut perangai bapak dia si Tam yang tak senonoh tu.

8.
Tam cuma balik rumah sebab nak berak sepanjang hari dia merayau je kerjanya carik betina dasar kabaret eh lagi satu balik rumah sebab nak makan.

9.
saya dah lama tak buang air besar agaknya sistem terganggu sikit sebab tak biasa bulan puasa kan oke tapi sekarang macam dah oke kut entahlah kita tengok lah sendiri nanti kan.

10.
saya bantai beli lima buku waktu book fair hari itu entah bila nak baca pun tak tahu tapi sekarang tengah on the way nak habiskan buku New Malaysian Essays 1 wah buku ini sangat berbaloi oke sangat best siapa nak pinjam sila bagitahu sebab pengarang dia salah seorangnya adalah Amir Muhammad yang best tu siapa tak tahu korang kodi tapi buku ni memang best saya beli RM 10 je HAHA saya sangat untung dan bertuah.

11.
sekarang saya ada di rumah sebab saja nak balik sambut merdeka and merasa nak berbuka puasa kat rumah sebab kalau tak lepas ni tak boleh balik dah ye lah kan kata busy kan nanti kalau balik pun time tu dah Syawal tak merasa Ramadhan la kalau tak balik rumah sekarang kan.

12.
oke saya perlu bergerak ke tandas pukul sepuluh ni ada cerita best kat ntv7 macam ala ala rare je so sebagai poser saya wajib tengok.


see ya later mate!


.

Friday, August 21, 2009

tak sabar nak jadi baik dan penyabar.


JOM BUAT IBADAH BANYAK-BANYAK! :)

insyAllah.



ahlan wa sahlan,
ya HABIBI RAMADAN!
:)

Alhamdulillah, bertemu lagi kita akhirnya.


.

Thursday, August 20, 2009

kalau buah, memang lah buruk kat luar, buruk kat dalam. manusia?

"when i see a girl, i will look at her physical attractiveness first. well, it's typical for a guy."

"perempuan tu seksi gila sial. pakai baju macam tu entah apa nak tunjuk. mesti perangai buruk nak tarik perhatian lelaki."


euw.

patutlah aku tengok kau selalu buat muka bila bersembang dengan perempuan yang tak lawa or under kategori biasa biasa.

aku pernah tengok kau macam nak lari or macam nak habiskan perbualan cepat cepat bila sembang dengan perempuan perempuan macam tu.

kau ingat perempuan biasa ni tak ada personality yang best ke? u just dont know yet. jangan lah main judge semua benda based on physical.

contoh macam kek chocolate moist, hitam nak mampos tapi sedap macam syurga.

cheese cake pon even warna krim and nampak lembut, makan banyak sikit dah cepat rasa muak.

benci sial tengok kau asyik nak menyendeng dekat perempuan yang attractive je.

aku nasihatkan kau dapatkanlah balanced social life. aku memang tak akan cakap direct benda ni dekat kau sebab aku memang bukan type perempuan yang kau suka buat kawan sebab aku tak lembut and tak lawa mana pun.

and tak suka wehh dengan lelaki lelaki yang judgemental gila nak mampos. bukan semua orang yang nampak sosial or macam perangai buruk dari luar semuanya perangai macam sundal.

yang pakai sopan pun kadang kadang perangai lagi bitchy sial punya nampak lelaki senyum ayu nak mampus sama sama perempuan buat muka nak terberak.

selagi kau tak kenal perempuan tu macam mana, sila jangan suka suka hati nak judge macam macam.

karma tu wujud wehh.

aku bukan nak doa kau bukan-bukan, tapi kau buat macam tu nanti kalau Tuhan balas balik macam mana?

macam ;

nanti kau mesti dapat bini tak lawa.

or

dapat bini yang nampak baik sopan ayu segala tapi kerja merenyam dengan jantan.


nak?



nauzubillah.



.

Wednesday, August 19, 2009

kalau hutang ahlong mesti saya dah selamat ke alam barzakh.

tadi belek-belek draft post-post lama tak pasal-pasal jumpa tag ni yang dulu hiqmah ada bagi masa bulan March hari tu HAHAH kenapa tah lupa nak post.

oke hutang kena bayar.

to mimi ; sabar ye, saya nak tunggu Brader Petronas masukkan duit dulu. jadah betul gila lambat. eh eh termaki pulak. maaf ye, saya cepat hilang sabar.


Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan:

kamera DSLR Olympus yang kecik penyek tu, tapi bukan DSLR atau SLR gemuk yang seangkatannya.
telefon bimbit baru yang flip, 3G, ada radio, kamera 10.0 megapixel, and built in memory 16 GB. (tak tahu lah wujud ke tak)

100 000 pound sterling.
THE CRUSH.
free drum lessons sampai pandai.


Alasan terhadap pilihan tersebut:

i loike camera and love taking pictures.
telefon bimbit itu pasti sangat sempurna especially built in memory yang tak boleh blah. boleh simpan lagu banyak banyak and tangkap gambar banyak banyak jugak.
boleh buat menabung dan shopping sakan macam tak ingat apa apa dah.
hehehehehehe
teringin gila nak jadi drummer yang berjaya.


5 Impresi terhadap orang yang diminati:
actually tak berapa faham maksud soalan ni tapi rasanya ciri ciri orang yang diminati kot eh?


patuh perintah Allah, tapi bukan extremist.
seorang yang lawak, tapi pandai balance waktu bukan setiap masa nak buat lawak sampai tak serius langsung.
kalau boleh biar comel gila tapi ganas macam reefa. siot, gila macho kot mamat tu even badan gela kurus kering macam papan dah lah tinggi.
dark, tall, and bidang adalah idaman kalbu.
sama aliran muzik dan dia akan buat saya tidak kekok bile sembang sebab tak perlu cover cover HAHA.


5 Perkara hebat yang pernah dilakukan:
rasa macam tak pernah buat perkara hebat je tapi kejap nak try fikir balik.


menghalau boyfriend yang dah tungguh depan rumah sebab datang tak bagitahu. HAHA ancient memories sial, history nih!
berjaya melepasi dugaan dikejar anjing waktu zaman kanak kanak dulu.
berjaya dapat keputusan yang buat ibu dengan ayah happy dalam hampir setiap peperiksaan.
berjaya mentransform diri sendiri menjadi someone new yang better physically and personally.
menabung dan menghabiskan duit tabung orang lain.


5 Ciptaan yang paling disukai:
(tidak semestinya melibatkan teknologi)

amira nabilla.
my bimbos [dak smkdh, dak beseri, dak utp, korang tahu lah korang siapa]
perempuan cantik.
muzik.
internet.

5 perkara yang dibenci:

orang yang panas baran and asyik nak ikut kepala angin dia je macam orang lain tak ada perasaan sendiri.
perempuan yang suka berlagak baik atau tunjuk cool sedangkan perangai... haish, malas nak kutuk lebih lebih.
lelaki yang berpemikiran judgemental yang kalau tengok perempuan suka nak categorized perempuan tu sundal, jalang, whatever fuck it is.
berat badan sendiri yang terlebih
peraturan, protokol, dan yang seangkatan dengannya.


5 orang yang hendak ditag:

tak payah reramai, ROSMA!

.

Sunday, August 16, 2009

wa kecik hati sikit, siapa nak tolong pujuk hati wa?


ni wa nak story sama lu universiti wa panggil Amy Search buat performance sempena pesta convo universiti. apa lu ingat wa happy sangat la nak tengok Amy nyanyi atas pentas?

wa malas nak cakap banyak bhai, tapi wa panas campur kecik hati sikit bila wa tengok Amy Search keluar pentas nyanyi empat lagu je.

penat wa hafal lagu sikit punya banyak sampai otak wa dah penuh dengan lagu Amy je bila try buat DE pun dah tak boleh tulis huruf lain asyik teringat Fantasia Bulan Madu last-last lagu tu haram dia tak nyanyi.

pe cer bhai?

lagu wajib tuh, bikin wa panas nih, panas! bila wa panas, wa top up lip balm banyak-banyak la kan tak pasal-pasal hilang rock wa tengok Amy Search tapi asyik top up lip balm macam nyah top up lipstick kasik tebal pe cer tapi apa wa kesah macam wa nak ambil pedulik.

ye lah wa nak layan burger satu burger wa wa dah telan habis dah kan, nak makan kerang bakar pulak karang tak manis orang tengok pe hal pompuan ni orang layan Amy Search dia dok kalut kopek kulit kerang kang tercampak kerang tu kena kepala siapa-siapa kang siapa nak jawab? wa tak nak jawab, wa nak makan je.

haish, panas betul wa dia nyanyi lagu yang wa tak boleh nak sing a long sekali nih.

wa bising-bising pasal Amy Search nyanyi lagu sikit macam wa tahu semua lagu dia kan? tapi wa panas hati sebab wa nak sing a long lagu legend Fantasia Bulan Madu sama-sama lu la bhai! panas sial, panasssssss je hati wa!

dah la krew Melodi pun tak ada nak buat kecah maen terjah jadah dia kan, kalau tak wa baru nak buat-buat tumpang lalu belakang kamera kot nanti ada Aziz M Osman ke Yusof Haslam ke Ahmad Idham ke tak pun paling koman Razak Mohaideen ke nampak wa dia kata "wah fotogenik budak ni boleh jadi superstar laku sial aku punya filem" pun cantek gak tapi nak buat macam mana Amy Search tak banyak gosip so Melodi pun tak mau datang.

buat brader Amy, lu lain kali kalau datang, lu nyanyi la banyak-banyak lagu sikit bhai. kalau orang bayar nyanyi empat lagu lu buat la murah hati nyanyi lagu bonus dalam dua tiga lagu buat sedekah sikit. lu ingat tak sakit tekak ke budak-budak jerit panggil lu siap teruja nak ambik gambar dengan lu kan?

ni kecik hati wa ni siapa nak pujuk ni? tak apa esok wa carik orang busking lagu suruh dedicate satu lagu kat wa kasik hati wa sejuk sikit nanti tak ada la kecik hati lagi dah sebab hati wa dah besar dah kan.

dah, dah wa nak gi pujuk hati wa balik. dia dah merajuk teruk dah ni. jadah lah kan rockers nak merajuk tapi apa wa kesah wa manusia ada hati perasaan.




pe cer aku tetibe guna 'wa' ni? elok-elok guna 'saya' macam bajet pompuan melayu terakhir nak poser konon rock plak kan ape cer wey ape cer????

.

Wednesday, August 12, 2009

ibarat pekebun yang tak ada kebun tapi bagi nasihat macam mana nak hasilkan tanaman yang berkualiti.


"Jangan letak harapan tinggi sangat, nanti gayat. Bila jatuh, akan jadi sangat sakit,"

i'm not a big fan of love. saya percaya LOVE, tapi saya tak rasa love would occurs on me. tapi hidup mesti diteruskan, dan saya tetap ada crush dekat orang.

tapi kawan-kawan sekeliling saya ada penuh dengan masalah cinta [oke geli tapi tulis je la kan] dan selalunya saya orang yang mereka cari untuk minta pendapat dan cadangan tentang apa yang patut mereka buat.

boleh faham tak, SAYA TAK ADA BOYFRIEND, TAPI JADI DR LOVE UNTUK ORANG LAIN?

saya memang terharu sebab kawan-kawan masih tanya pendapat saya kan, tapi selalunya apa yang mereka dapat, adalah jawapan yang super pedas dari saya, contohnya macam ayat dekat atas tu bila kawan saya cerita,

"si X tu, aku tak tahu lah apa yang dia fikir, kadang-kadang layan aku macam puteri, tapi tak macam hint untuk move to other stage je,"

saya memang tak reti nak layan LOVE ni sebenarnya.

dan, saya selalu rasa sesiapa yang depressed melampau tentang hal cintan cintun ni, IT'S NONSENSE! go get a life lepas tu baru whine tentang masalah cinta korang ni.

saya pun ada masalah love life jugak even tak de boyfriend kan, masalah tentang budak yang kita minat la, apa la, kan.

ayat kat atas tu, memang menjadi pegangan so that tak akan letak harapan tinggi pada sesiapa pun. sebab kita yang akan terima consequences dia nanti, bukan orang lain. yang sakit pun, kita jugak.

kalau sedih ke, apa ke, pujuk la diri sendiri, cakap lah apa-apa untuk sedapkan hati sendiri kan.
tapi kadang-kadang jangan optimis or positif sangat pasal orang kita minat tu, nanti nampak macam hidup in denial pulak. pandai-pandai la adapt kan, pesimit sikit, optimis sikit.

jangan over.

untuk lelaki ;

kalau korang tak sure tentang perasaan perempuan tu, sila jangan pandai-pandai nak buat assumption sendiri, tanya terus. jangan takut, perempuan tu pun manusia, mana tahu kalau perempuan tu pun suka dengan korang, korang gak yang untung.

jangan pernah takut untuk tanya or luah, sebab perempuan tu manusia gak. paling habis pun, perempuan tu akan tolak korang and bagitau kawan dia. kalau dia jenis tak kepochi, dia diam je. see, no harm trying kan?

and take things slowly, jangan rush, tapi jangan lambat sangat, tak ada progress la macam tu kan. nanti perempuan tu fed up or confuse, dia pun lari.

untuk perempuan ;

bagi hint secara betul.

see, saya ni pandai bagi nasihat je, tapi saya sendiri hancuss. tak reti nak bagi hint, tak reti nak move ke, flirt ke, apa ke, memang tak reti apa-apa lah.

saya reti cakap je.

haish.

darn-da-da-darn-darn-da-da-da-darn-darn [bunyi macam lagu MIA]



waktu mula-mula bukak sem dulu ada kawan yang bising bebel-bebel sebab diorang punya kredit hours sikit punya banyak sampai tujuh belas, kami pulak riak riak kata kami cuma ada tiga belas kredit hours je.


tapi sekarang, yang tiga belas kredit hours ni yang menderita dengan assignments, quiz, tutorials, dan tests yang sumpah menimbun macam gunung Kinabalu.

yang tujuh belas kredit hours tadi lepak je boleh siap tonggeng-tonggeng tidur lepak buat buat busy nak pakai baju apa esok lah sedangkan kami menderita pening kepala tentang macam mana nak siapkan drawing yang suka sangat bikin panas segala.

darn.



sumpah menyesal riak waktu awal sem dulu.

.

Tuesday, August 11, 2009

pengalaman travel yang tidak akan saya lupakan.

sewaktu cuti semester dua bulan yang lepas, saya telah mengambil keputusan untuk melancong seorang diri ke Kedah kerana saya inginkan cabaran melancong berseorangan wah rasanya seperti backpackers yang macho gila!

oke tipu sebenarnya saya memang nak ke Kedah sebab saya perlu ke Perlis untuk ambil sijil SPM yang tersadai dekat sekolah tu dan seterusnya berjumpa dengan makwe-makwe lama dan guru-guru untuk mengetahui gosip info terbaru tentang siapa-siapa yang sepatutnya di ambil tahu.

saya sampai di Kedah pada hari Sabtu. Marleya yang ambil. senang hati betul tengok dia yang sabar menanti rasa macam nak buat jadi menantu tapi sayang i tak de anak.

dan keesokannya, saya keluar ke Pekan Rabu dengan Marleya sebab nak ambil Sheda yang baru sampai dari Baling tu pun lepas puas paksa pujuk dan desak sebab dia takut nak naik bas sorang-sorang ye lah dia hot kut takut kena culik dengan manusia pervert jual ke Siam dah la Siam dengan Alor Setar tak jauh mana.

lepas sesi beramah mesra dan buat-buat terkejut dengan perubahan masing-masing dan mengutuk sesama sendiri secara berdepan, kami maju ke City Plaza shopping mall terhebat yang menjadi pujaan ramai remaja di situ dulu kalau balik rumah Marleya mesti nak keluar sini sebab kompem mesti akan jumpa senior junior atau batch sendiri tengah dating ke atau buat apa-apa yang surprise! surprise!! lepas tu gosip sama-sama haha dasar perempuan tipikal yang kuat menyibuk!

tiba-tiba tengah syok syok pusing Marleya dengan Sheda buat kalut sebab nak print borang untuk mereka masuk ke universiti masing-masing dengan nak handle PTPTN bagai semua kan maka terpaksa lah kami ke CC di situ. City Plaza memang banyak gila CC macam bersepah-sepah je CC dalam tu wah banyak pilihan jangan risau kalau takut CC penuh.

sementara menunggu Marleya menyetelkan hal UiTM beliau, saya pun online ym dengan Sheda walaupun Sheda actually duduk di sebelah saya je yelah kami kan dah terbiasa dengan teknologi sampai rasa malas nak bercakap lagi suka nak eksesais tangan main taip-taip.

lepas tu tiba-tiba Sheda bangun kata dia nak belah kejap sebab nak ambil kawan dia saya pun tak kisah kata oke je sebab Marleya tak setel lagi.

tengah duduk bosan online benda-benda tu semua tiba-tiba saya terbau satu bauan busuk hancing macam bau kencing yang haring tapi dah kering boleh bayang tak busuk macam mana? busuk gila sampai rasanya lebih rela hidu bau getah sekerap lagi dari nak hidu bau busuk tu lepas tu takut la kan kalau-kalau jadi macam cerita hantu yang kat TV tu dia asyik bau busuk sekali tengok ada hantu kat sebelah ke apa kan rupanya bila saya toleh saya nampak seorang budak sekolah saiz tak perlu saya sebut duduk kat meja Sheda duduk tadi.

perghhhhh!! bau dia bai!!!! MENUSUKKK!!

saya toleh pandang Marleya yang duduk kat sebelah kanan saya sambil buat muka terseksa ala ala macam nak mati sebab hidu bau gas beracun waktu tu baru saya tahu rasa makhluk-makhluk yang mati waktu holocaust dulu sebab hidu gas beracun pergh bau kentut lagi sedap di hidu boleh paham tak?

Marleya simpati kat saya yang separuh mati ni sebab saya memang allergik gila dengan bau busuk sebab kompem akan rasa pening atau nak muntah dan dan pergh macam mana boleh survive hidup sampai sekarang pun saya tak tahu la.

tiba tiba YM saya kena buzz dengan Sheda.

Sheda ; ily
saya ; ilyt
saya ; ank kat mana?
Sheda ; kat cc la.

"weh sapa tu?"
"entah aku tak tau"

saya toleh sebelah kiri saya untuk tengok budak sekolah tu, saya tengok skrin komputer dia sebab tadi dia kalut sangat maen game DOTA(kot) macam nak berperang dah la mulut pun bising dok pot pet dengan kawan sebelah dan kawan belakang woah nak sembang dok hujung la dekat dekat pehal nak duk depan pintu sebelah aku pulak tu dah la bising dengan bau tak senang lagi nak aku mati ke hape? itu bisik hati saya yang tengah emo kala itu.

tapi bila saya tengok skrin komputer dia tadi, saya tak nampak DOTA(kot) tapi sebaliknya saya nampak YM SAYA!!

saya mula syak komputer kat CC ni boleh ceroboh YM orang lalu saya takut dan terus me-log-out-kan diri dan segera memujuk Marleya untuk keluar teman saya shopping nasib baik time tu Marleya dah nak setel dah.

saya tanya Sheda,

"ang tadi online kat mana? CC mana? awat tak datang ja kat CC tu tadi?"
"mana da aku online, aku dok dengan Mira [kawan sheda dari matriks] pusing-pusing ja"
"YM ang tu siapa?"
"aku tak log out tadi"


DARNNNN!!!



tak pasal-pasal aku cakap "ilyt" dekat budak sebelah aku yang bau busuk gampang tu.

.

speechless.


sometimes we thought we knew better, but it always turned out that we never knew a thing pun.

we thought we could bring happiness to our beloved, but it turned out we brought them doom.

we knew we want nothing but happiness to the person we care the most, but we just do not realized that we actually are hurting them.

it just happened that we are too ignorance of others, and only think about our own self even we keep claiming that we care,

yes, we care.

but it just don't show somehow.

now the person you loved suffer, and you were there just to watch them pouring down tears, crying all night long thinking whether they are doing the right thing,

and we keep assuring them that it IS the RIGHT thing,

but we don't know the pain inside is so hard to handle, we just know that we are doing the right thing.

was it really the right thing to do?


i know it is the right thing, only when it hurts,

because,

TRUTH HURTS.


and it hurts me the most to watch you fall,
sorry you,

i do feel guilty and responsible for everything,

but,

TANAM BENIH YANG TAK AKAN BERCAMBAH JADI POKOK ADALAH PERBUATAN YANG SIA-SIA,
dan sesungguhnya perbuatan sia-sia is only a waste of time.


i'll agree with any of your decision after this as long as the tears wouldn't be there anymore.
enough the pain you had all this while, i just couldn't bare with any of it anymore.


you know i always love you, babes.



this post is for the girls who know who they are. to both of you, i might not show that i care, but i do really care. it just my words are too harsh to handle and i just dont want to hurt you both no more.

perempuan baik untuk lelaki yang baik, dan selalunya apa yang kita rasa baik untuk diri kita tu, tak semestinya baik untuk kita. ALLAH knows better.

i know i only cakap pandai, but that's what i expert the most.


MINTAK MAAF banyak-banyak.
[i know it was too much of apologize, but i just keep hurting you girls kan? thank you for still be there.]
.



.


Sunday, August 2, 2009

saya sebagai rakyat yang mengamalkan integrasi kaum.


saya pernah cerita dahulu bahawa saya dan SELURUH keluarga saya amatlah meminati filem Tamil. kami sekeluarga akan menonton cerita Tamil bersama-sama, gelak bersama, sedih, marah, dan geram bersama-sama si hero dan heroin serta pelakon-pelakon dalam filem Tamil tersebut.

makanya, setelah asyik terlalu kerap dan asyik sangat menonton cerita Tamil, kami selalu lah tersalah sebut dan tersasul atau tertambah perkataan-perkataan bahasa Malaysia biasa dengan perkataan-perkataan Tamil buatan sendiri.

contohnya macam nak cakap macam, kami akan cakap "macalinggam" ke, macam tu la lebih kurang. [contoh ni buatan saje sesungguhnya keluarga saya tak pernah tukar lagi macam ke macalinggam]

dan, sekiranya anda masih ingat, saya ada beritahu yang kami sekeluarga ada bela seekor kucing hitam yang kami panggil Tam.

suatu hari, Tam keluar. Tam memang tak duduk rumah. sebab dia kan kucing jantan, tak macho oke asyik terperap je dalam rumah so Tam memang akan duduk di luar dan berjalan-jalan walaupun kalau nampak kucing jantan yang lain dia akan bertempiaran lari masuk dalam rumah and pura-pura berani konon nak serang la kan. ceh, kecik-kecik dah pandai berlakon tau kucing ni.

ayah ; Tamburaja! [see, ini la yang saya cakap penambahan perkataan dalam perkataan yang kami guna supaya kelihatan seperti bunyi Tamil]

dan Tam pun pulang ke rumah. dan di waktu selepas selepas itu, Tam memang ayah saya panggil Tamburaja.

kemudian, seminggu selepas itu, sedang saya menjalankan rutin harian di rumah dengan menyidai baju di ampaian tiba-tiba saya terdengar ...



suara 1 ; Tamburaja!
suara 2 ; ya appa!





erk? takkan Tam menyahut kut?


lepas tu, saya nampak ada budak lelaki umur empat tahun lari masuk dalam rumah.


DANK!

patut la dulu waktu ayah saya panggil Tam tu Tamburaja, ada suara budak menyahut! ingatkan suara misteri mana lah kan, rupanya itu nama anak pasangan Indian yang duduk selang dua rumah je dari rumah kami.


ceh, integrasi la sangat kan, nama anak jiran sendiri pun aku tak tahu!

.