Thursday, February 26, 2009

dengan ini, saya undur diri.

amira,

isnin - kuiz matematik kejuruteraan.
selasa - praktikal makmal kimia .
rabu - ujian kimia.
khamis - ujian matematik kejuruteraan.
jumaat - di hospital, kekejangan otak.


dan sekarang kau sebok nak jadi dr love lah sangat sedangkan kau pon bukannya ada boyfriend nak nasehat nasehatkan orang.

pengalaman pon setakat sejemput. cheh.

lain kali kau jauhkan diri lah dari masalah masalah macam ni. pergi duduk dengan kawan kawan yang masih single. yang tak ada secret admirer atau orang yang kau tak tahu dia ada secret admirer, orang yang tak ada boyfriend, atau skandal skandal hangat.

jauhkan diri dari orang yang ada masalah hati dan perasaan.

sebab nasehat nasehat yang kau bagi bukan membantu, sebaliknya menyakitkan hati orang. ye lah, kau kan outspoken lah sangat, kan? dasar mulut jahat.

kalau kau asyik bagi nasehat centa dekat orang, lama lama kawan kawan kau semua lari sebab nasehat kau tak boleh pakai.

jangan emo, dan stay away dari orang orang yang disebutkan di atas. jangan beri nasehat, jangan masuk campur. benda benda centa dan kaseh sayang zaman remaja ni tak sesuai dengan kau.

ye lah, kan cita cita kau nak jadi isteri kedua. mana sesuai untuk masuk kesah kesah remaja macam ni.


so
friends, i back off.

mireya (2/26/2009 1:05:53 AM): ntah
mireya (2/26/2009 1:05:56 AM): huk3
mireya (2/26/2009 1:06:04 AM): im such a lousy fren kn?
mireya (2/26/2009 1:06:07 AM): huk
farah dyana (2/26/2009 1:07:04 AM): hahaha
farah dyana (2/26/2009 1:07:31 AM): u r the jovial-est fren i've ever had
farah dyana (2/26/2009 1:07:33 AM): hahahahaha



thank you.
and sorry cause i've been abusing you without sympathy.
:P

muacks to you girlfriend!


p/s : maybe on hiatus untuk beberapa ketika. we'll see!

Sunday, February 22, 2009

saya tahu nak salahkan siapa kalau lepas ni ada orang mati terbakar.

saya sedang enak bermain dengan incik lappy-top[less] saya. dan ouh, hari ini internet sungguh sopan dan bertamadun.

terima kaseh. :)

kawan kawan yang lain tiada. mimi dan rosma pergi ke Lala Land, Somewhere Over The Rainbow. entah siapa yang mereka jumpa malam ni, itu saya tak tahu.

saya kini sedang teruja dengan urban legend. kesah kesah macam ni best. nasib baek kesah hantu amerika. jadi, saya tak lah takut sangat. sebab saya rasa, hantu amerika tak mungkin akan sampai ke malaysia.

sebab hantu mengikut demografi penduduk. siapa pernah dengar hantu pocong merayau rayau di belakang Trump Tower?

macam tu lah saya rasa bila saya kata drakula mungkin tak akan bertenggek di tepi tingkap anda.

wahh, cakap besar. kena lamar dengan edward cullen si vegetarian vampire tu baru tahu.

sedang saya melayan perasaan sambil ber-ym, dan juga sambil melayan urban legend yang banyak melibatkan kesah manusia saiko tu, tiba tiba ;

KRINGGGGGG! KRRIIINNGGGG! KRRRIIIIINNNNNGGGGGGGGG!!!~~

di susuli dengan,

*knock* *knock* *knock*
bunyi orang ketuk pintu kuat kuat secara gelabah dan tergesa gesa.


OHMYGOD! apakah yang sedang berlaku ini? apakah? apakah? apakah??????

adakah di UTP ada urban legend juga?
ini sungguh menakutkan!!

bila saya amati bunyi loceng tadi, saya rasa itu bunyi loceng kecemasan.

oh tidak,
mungkinkah Ghost Rider kemalangan di atas bumbung hostel lalu menyebabkan kebakaran?


saya kejutkan rosma dan mimi. kami lari lari untuk segera turun ke bawah. dalam hati saya berdoa supaya tiada seorang pun dari penghuni hostel ini mati rentung.

OMG, OMG, kami semua anak anak gadis yang masih belum berkahwin. oh, tuhanku.


kami kemudiannya dikumpulkan, dan dikira bilangannya. setelah membuat perkiraan, ALHAMDULILLAH, semua anak gadis mempunyai peluang dan harapan untuk berkahwin.

semuanya selamat.


"today is just a practise for the Health and Safety Environmental Week, HSE. this firedrill practise is done by the RCSU.....you should be alert anytime you listen to the bell ringing..next time.."


nasib baek tadi saya bukan sedang mimpi berdating dengan incik incik idaman malaya, dan nasib baik saya bukan di Lala Land, jika tidak pasti baju saya sudah koyak koyak dan kulit saya pasti akan bertukar hijau seakan akan rumpai akibat marah.


siapa siapa nak join main pecah kaca pecah gelas?
.

Wednesday, February 18, 2009

antara comel dan cantik, saya pilih untuk menjadi yang manis.


gambar favourite buat masa ini.


nampaknya kecomelan saya sudah semakin diiktiraf. ouh, akhirnya manusia sudah tahu menghargai makhluk ciptaan Tuhan yang berharga seperti saya.

ha-ha-ha-ha.
terima kaseh roneza yang sangat cantek. beta terharu dan berbangga. :P

walaupun ianya anugerah dari tahun 2008, saya tetap suka sebab baru 49 hari kita meninggalkan 2008, so tak lah lame sangat kan? :P

rules untuk anugerah ini adalah kena senaraikan 10 fakta tentang diri sendiri.

oke. mari teruskan dengan fakta :

1. personaliti saya sebagai mira adalah serius, sinis, dan poyo. jika sebagai belle adalah gedik, tak sopan, drama queen, attention whore, dan diva. kedua duanya annoying.

2. nama belle diambil bersempena nabilla. sebenarnya ini sebab kawan sekelas saya waktu form 4 tak bagi saya guna nama mira sebab dia dah guna nama mira tu. dan ia melekat sampai sekarang.

3. saya tak suka lelaki panggil saya belle [kecuali kawan rapat]. lainlah kalau anda The Beast atau anda rasa seperti anda ini The Beast macam cerita Beauty and The Beast. kalau anda lelaki, sila panggil saya mira, kalau tak, kau nyah. haha. :P

4. ketika fakta ini sedang di tulis, jiran saya sedang masak makanan yang bau dia sumpah boleh buat anda menangis sebab tak boleh join dia makan sama sama! ouh, jiran, nak sikit~

5. saya boleh meleleh leleh air mata atau bergenang air mata sebab menangis kerana tak dapat makanan yang diidamkan. kalau anda kata anda nak bagi saya pulut kuning dengan ayam gulai bahagian dada, tapi anda bagi saya nasi goreng sejuk dengan ayam kunyit yang dipotong kecil kecil into pieces, anda memang akan nampak hidung dan mata saya jadi kemerahan macam puaka niyang rapik.

6. saya tak boleh bau benda benda busuk sebab itu akan buat saya termuntah. dulu ibu saya cerita, saya pernah jadi budak kurang ajar sebab hampir termuntah waktu bersembang dengan seorang sepupu saya yang baru bangun tidur.

7. saya lebih rela pandang longkang yang berlendir lendir sampah tapi tak busuk daripada bau benda yang busuk contohnya seperti bau telur busuk yang melekat pada baju orang yang kemudiannya dia biar tak basuh selama beberapa hari.

8. kadang kadang saya rasa bau muntah adalah seperti bau makanan bayi.

9. saya selalu rasa yang saya akan jadi isteri kedua kepada mana mana orang kaya yang tua sepuluh tahun dari saya. kadang kadang saya rasa saya akan jadi isteri pertama yang suruh suaminya kahwin lain sebab saya tak boleh beri beliau anak [fakta : saya tak pernah buat ujian sama ada saya mandul ke tak] dan anak anak tiri saya akan sayang saya lebih dari mereka sayang mak mereka. ha-ha-ha-ha. senang cakap, saya rasa saya tak akan hidup bermonogami.

10. keluarga saya ada bela tiga ekor kucing, tiga tiga ekor warna kelabu. tapi saya sayang yang seekor je. sebab dia seperti saya. tak mesra dengan orang luar, tapi gedik bila dah kenal. nemo, amishu nak cium banyak banyak peluk sampai kau lemas.

gemok, ai rendu yu la. nanti balik tidur bilik ai lagi oke? muahx!


.

Tuesday, February 17, 2009

kalau saya ambil course fesyen mesti sekarang saya sedang happy menjahit.

okay.

mula mula sekali, saya nak beritahu yang saya tak reti menjahit. nak masukkan benang dalam jarum kat mesin jahit pon saya tak reti. jahitan jelujur saya buruk, saya keliru antara sembat dan sembat susup, serta saya tak reti menyulam. zero knowledge in jahit menjahit.

tapi saya suka fesyen, design baju, dan consult image orang.

sebab tu saya suka berangan jadi fashion designer dan ada label sendiri. kalau boleh, saya nak grad dari lim kok wing university. aww~

tapi, saya ada di sini. saya sedang belajar kejuruteraan mekanikal di salah sebuah universiti yang terkenal dengan kehebatan kejuruteraannya. dan saya bersyukur ada di sini.

cuma saya ada masalah dengan eksperimen dan makmal.

saya tak suka eksperimen dan makmal.

saya pernah terfikir untuk jadi cikgu bahasa inggeris sebab tak perlu masuk makmal buat eksperimen.

dan tadi, saya ada eksperimen kimia yang pertama untuk sem ini. dan saya sangat miserable. [menangis dalam hati meraung raung]

saya cuba letak bebola untuk menyedut cecair pada burette. sedangkan bebola itu sepatutnya untuk pipette.

saya kelihatan sangat dungu. malu pada lab demonstrator saya.

dan, report kimia saya pun entah apa apa. graf saya salah. [menangis guling guling dalam imaginari].

tapi, the bright side is, saya discover my english is not that bad. saya boleh bercakap dalam bahasa inggeris dengan baik rupanya. sebelum ini saya tak tahu pon tentang fakta ini.

dan lab partner saya, zaki, merupakan seorang yang baik, bersungguh-sungguh, dan kelakar.

jadi, saya dah kembali ceria sedikit.

hari ini sebenarnya hari yang agak sedih. saya kebasahan sebab hujan lebat. sudahlah pakai baju putih, habis seksi saya hari ini. hidung pon masuk air sebab bernafas dalam hujan.

macam mana lah pelakon hindustan menari nari dalam hujan? tak sakit hidung ke?

haish.

.

Sunday, February 15, 2009

pengalaman duduk di sebelah bimbo : memang menyakitkan hati.

menyesal sungguh aku kata dua tempat kosong kat sebelah aku ni tak ada orang. kalau tak, tak ada lah aku menderita sampai macam ni.

ni tentang minah dua orang yang aku duduk dekat sebelah aku dengan kawan aku. mula mula mereka ni datang dengan geng lah. kalau tak silap aku, enam orang. tapi, diorang ni je tercampak duduk kat atas. yang lagi empat duduk barisan bawah depan barisan kitorang.

mula mula minah dua orang ni okay lagi. lepas tu mula lah. membingit aje kerjanya. bising nak mampos!

perempuan satu,
"weh, spotted! spotted! tangga atas sekali sebelah kiri,"

perempuan dua,
"mana? mana? mana? wahhh!! seriously like seriously??"

lepas tu perempuan dua pergi bagitahu kawan kawan yang kat depan tu. ya Allah! seriously macam kepochi nak mampos. macam mami jarum.

lepas tu masing masing tu dok uhhh ahhh wahhh euwwww and tah apa apa macam lagi bunyi sound effect yang diorang buat sambil sambil dok gossip.

yang tak boleh belah tu, ada perempuan satu dengan perempuan dua ni dok maen apa jadah tah, asyik cakap *"get out of my face, get out of my face" banyak banyak kali sambil buat gaya yang pelik pelik.

perempuan kedua pon buat jugak, tapi dia ni asyik gelak je. entah apa yang lawak tah. aku pon tak paham.

dari awal sampai habis, diorang asyik memekak je. tak duduk diam langsung.

sekejap sekejap buat aksi suparjo macam dalam iklan petronas tu bila tengok persembahan dari indonesia, then asyik berangan nak masuk menari pulak, sekejap komplen kata tarian tak sesuai dengan tajuk lah, apa lah.

nak elok buat sendiri la!

lepas tu, ada satu part tu, budak budak dua orang ni pergi usha budak lelaki yang kat depan kawan aku ni. aku rasa budak lelaki tu kawan kawan diorang gak kot. masalahnya, mereka ni dok bising bising

"OHHH EMM GEEE! OH TEE KAYYY!! OH TEE KAYY!! it's soooo gayyy!"

lepas tu diorang gelak gelak. sedangkan aku tengok budak budak tu tak buat apa pon. next yang aku tahu, diorang tengah gelak gelak.

aku tak kesah sangat kalau diorang nak happy happy gelak gelak, tapi masalahnya, jangan lah cakap kuat sangat sampai kau nak kasik satu dewan dengar apa yang kau cakap.

haish.

kawan kawan yang kat depan pon gagah nak bersembang yang kat atas. bising betol perempuan perempuan ni.

baru ingat nak ngorat.

double haish.

sumpah aku tak nak duduk sebelah atau dekat dekat dengan geng geng bimbo ni dahh!

















inilah yang saya dan mimi rasa perasaan lelaki yang duduk kat sebelah kitorang
semalam waktu FESCO. hehe. maaf ye semua. saya dan mimi memang bersembang kuat sikit. maklumlah, mimi tak ada suara, jadi dia kena jerit sikit. saya pula bila get excited macam tu lah jadinya.

hehe.

*ini aksi regina hall dalam cerita scary movie 1, yang scene dalam wayang tu.

**fesco best, tapi camera work dia disappointing la. ada dua camera kan? tapi kenapa banyak fokus kat satu angle je? and selalu fokus kat satu tempat tu lama lama. suppose tambah satu or dua camera lagi. baru best visual dia.

next time jangan buat lagi lah ye? camera director kena learn from mistakes malam semalam yang sangat banyak tu.

Wednesday, February 11, 2009

kesah rosma dan si kucing oren.

Tahun Baru Cina yang lepas, saya habiskan masa bersama sama kawan perempuan saya menjadi bunga bungaan yang sangat lah bimbo.

kemudian, rosma memberitahu saya bahawa kakak beliau mahu turun ke Tronoh untuk melawat kami di UTP sambil membawa kucing barunya.

kucing kakak rosma namanya Bubbles. atau nama glamornya, Bewls. bagaimana mahu sebut nama glamor kucing kakak rosma? itu tanya beliau sendiri.

saya sendiri pon hampir tergeliat lidah untuk sebut nama glamor kucing itu. jadi, saya lebih suka panggil kucing itu dengan nama penuhnya, Bubbles.

bubbles ialah seekor kucing betina yang berbulu lebat dan kembang. atau dengan erti kata laen, Bubbles ialah kucing parsi betina yang berwarna oren.


inilah bubbles tu. gambar ini saya curi dari blog kakak rosma. peace yaw!

rosma pernah bercerita tentang bubbles kepada saya dahulu. rosma kata beliau sangat sangat suka bermain dengan bubbles. peluk peluk bubbles, lihat bubbles lari lari, ambil gambar dengan bubbles, dan macam macam aktiviti lagi lah bersama dengan bubbles walaupun beliau sebenarnya ada alahan dengan kucing.

saya kemudian bertanya,
"bubbles kalau berak, tahi dia macam mana? ada bau macam busuk tak?"

rosma kata,
"i don't know, i pernah jumpa dia sehari je, lepas tu tak jumpa dah."

mata saya jadi kecik je bila lihat rosma. rosma sengih sengih. ouh baby, you memang suka exaggerate lah.

kemudian, selepas sesi suai kenal dengan bubbles dan kakak rosma dan kawan kakak rosma, iaitu kak fazura farah, kami semua bertolak ke Lumut untuk berfoya foya bersama.

rosma sangat riang kerana dapat bertemu dengan bubbles yang baru dia kenal untuk sehari itu. saya hanya tengok sahaja reaksi rosma yang teruja itu.

bubbles resah di dalam kereta. dia mengiau sana, mengiau sini. pusing sana, pusing sini.

rosma tanya,
"meow meow kenapa meow meow? duk sini meh,"

*jangan pelik, rosma memang suka berbahasa kucing.

rosma terus angkat bubbles duduk di atas riba beliau. ajaibnya, bubbles duduk dengan gembira dan statik di atas pangkuan rosma. gembira tu saya tak pasti, tapi yang saya tahu, bubbles memang statik.

bubbles tengok keluar. kepalanya di dongakkan.

rosma,
"meow meow tengok apa tu meow meow? kenapa tak panjat tingkap kalau nak tengok luar?"

saya,
"selalunya, kucing kalau duduk macam ni maksudnya dia nak buang hajat,"

rosma gelak gelak sebab dia ingat saya nak buat lawak.

tak sampai beberapa saat lepas tu,

AAAARRRRGGGHHHHH ARRRGGGGHHHHH ARRRRGGGGGGHHHHHH!~

saya dan rosma terjerit jerit di belakang kereta dan kakak rosma dan kak farah sedang gelabah di hadapan.

seterusnya, we found ourselves tersadai di tepi jalan.

mulut saya sangat masin. bubbles kencing di atas riba rosma.

untuk pengetahuan, rosma pakai baju baru yang mimi belikan sebagai hadiah hari jadi sewaktu kami keluar ke parade sebagai bunga bungaan.

perjalanan kemudiannya diteruskan selepas sesi cuci mencuci dijalankan dan gelak gelak untuk beberapa minit.

bubbles menyorokkan dirinya di bawah tempat duduk kakak rosma [driver] for the rest of our journey from UTP to Lumut and Lumut to UTP.

rasa bersalah, barangkali.



jadi semua orang, kalau anda nampak kucing duduk dalam posisi sebegini ketika di atas riba anda, atau ketika dalam apa apa jua keadaan, sila tolak kucing itu cepat cepat atau lari jauh jauh.

jika tidak, you'll end up menjadi rosma.


cerita ini kesah benar.

maaf lah saya baru cerita tentang peristiwa tahun baru cina di kala semua orang baru lepas sambut thaipusam.
.

Monday, February 9, 2009

sembilan februari.

dear incik amin yang suka panggil diri sendiri kura kura alias si kurus,

i wish you well. mira harap amin dalam keadaan yang sehat sehat sahaja. happy happy hendaknya, dan sentiasa dalam keadaan ceria.

semoga amin akan diberkati ALLAH selalu, dipanjangkan umur, dan dimurahkan rezeki.

nanti mira belanja amin makan KFC sepuas puas hati amin biar amin gemok jadi macam belon, :P

lepas tu mira belikan amin cokelat fererro rosche yang sedap dan besar banyak banyak atau apa apa cokelat yang amin nak, tapi mira nak fererro rosche jugak, tak kira. kemudian, kita duduk makan cokelat tu sama sama sambil sembang sembang sampai tekak jadi kering,

mira nak bagi amin hadiah teddy bear yang comel tapi harga dia tak mahal sangat sebab mira kedekut. :P

when we both had the time, i'll tunaikan janji ni semua dalam masa satu hari. and plus, tambah satu lagi permintaan. wah, rasa macam pari pari. :P

and and and,
nanti kalau masing masing nak menikah jangan lupa jemput. jangan lupa, amin kena pasang khemah mira.

hahaha.

apa apa pun, amin dah sembilan belas! kasi gemokk sikit oke? :P


dan buat kamu, fatimah saidah alias timax yang kecil dan comel,

selamat hari jadi juga buat kamu. walaupun kamu kecil dan sangat sangat tak nampak seperti sudah sembilan belas tahun, behave like ones okay?

i miss your tiny fingers yang comel comel tu. :P

i miss you too even i don't show it.

wish you well babes. :P


maaf, tiada gambar penyambut hari jadi.

.

Saturday, February 7, 2009

tag, dan perkara yang enam belas.

TAG PERTAMA

tag ini dari rosma dan wawa. :)

saya pernah buat tag ini sebelum ini, tapi, saya akan tetap buat juga. sebab saya suka!

1. What is the relationship of you and him/her?
wawa :kami schoolmate. kami kanak kanak cemerlang yang lahir dari MRSM Beseri yaw!
rosma : kami roommate, dan soulmate. dia kata, bukan saya kata. LOL XD

2. Your impressions towards him/her.
wawa :seorang yang bijak dan low profile. seriously, sangat low profile. tapi, dia kelihatan garang. saya pernah ingat dia benci saya. sumpah wawa, aku tak tipu!
rosma : hahaha. girl next door. sori pong. :P

3. The most memorable things he/she had done for you.
wawa : link blog saya, dan komen komen saya dengan mesra. sedangkan di Beseri dulu rasanya senyum pun tak pernah kot. kan? hehe.
rosma : she'd always be there wherever and whenever i wanted to. ouh, thanks babe!

5. If he/she become your lover, you will..
wawa : gedik gedik dengan dia sepanjang masa. wawa, kau nak jadi yang perempuan ke yang lelaki? agagaga. matilah, kau bukan gay kot. :P
rosma : berkepit dengan dia setiap masa untuk buat ramai lelaki jeles. hey, look at my gf yaw!

6. If he/she become your enemy, you will...
wawa : tak mahu ambil tahu apa apa pun tentang beliau.
rosma : pindah bilik. hahaha.

7. If he/she become your lover, he/she has to improve on his/her
wawa : tak mengapa, saya akan terima dia seadanya. :)
rosma : tak payah ubah apa apa lah.

8. If he/she become your enemy, the reason is...
wawa : sebabnya, sebabnya.. urm, tak dapat fikir sebab. he.
rosma : sebab dia dah meluat dengan saya. pong, jangan tau!

9. The most desirable thing to do on him/her is
wawa : bersembang mesra ibarat dua orang kawan baek yang dah lama tak jumpa. sebab kat Beseri dulu tak pernah sembang rasanya. wawa, correct me if i'm wrong. he.
rosma : jom pergi jauh jauh mana mana tanpa pengetahuan ibu bapa nak? :P

10. The overall impression of him/her is...
wawa : GARANG! [muka sahaja]
rosma : my miss goody goody alias my guardian angel.

11. How do you think the people around you will feel about you?
perempuan sombong yang jahat dan sangat bitch looking. i know.

12. The character of you for yourself is?
perempuan gila yang sangat suka bercakap, gelak tak tentu hala dan beraksi bimbotic.

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
tak serius, pemalas, dan pemalas.

14. The most ideal person that you wanna be is?
saya, yang seperti dalam angan angan saya.

15. For the people who likes you, say something to them
pergi maen jauh jauh [untuk jantina berlawanan]
ye ke? he he *senyum senyum* [sesama jantina]

soalan lain saya tak jawab tahu wawa, rosma. sebab saya tak mahu tag orang. :P

TAG KEDUA.

Once you've been tagged, you have to write a post with sixteen random things, habits or goals about you. At the end, choose six people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave a comment (“You’re tagged!”), and to read your blog, you can’t tag a person who tagged you. Since you can’t tag me, let me know when you've posted your blog, so I can see your weirdness.

dari, incik jack.

pertama.
kadang kadang saya rasa saya seorang lelaki yang terperangkap dalam badan seorang perempuan dan akhirnya terpaksa menerima kenyatan bahawa saya seorang perempuan sebab saya rasa perlakuan saya macam nyah. tak percaya tengok tangan saya yang suka lentik lentik.

kedua.
saya perangai tak macam perempuan kecuali suka melawa dan melaram. saya kalau duduk terkangkang kangkang. haish. buruk benor.

ketiga
saya pernah bercita cita untuk menjadi fashion designer sebab saya suka lukis baju baju dan bayangkan artis artis pakai untuk ke red carpet. tapi, saya tak reti menjahit.

keempat.
saya susah nak minat orang yang berlaenan jantina. lelaki yang saya minat kebanyakannya wujud dalam filem je ataupun selebriti dan artis. saya banyak minat perempuan dari lelaki. i admire beauty.

kelima.
saya cuma ada dua personaliti ; gedik dan annoying, atau serius sombong dan annoying. bila faktorkan, saya seorang yang annoying. jadi, kini saya cuma ada satu personaliti, iaitu annoying.

keenam.
saya sangat suka bercakap. dan susah nak berhenti once i started. kalau diam tu maknanya saya tak ada mood atau tak happy.

ketujuh.
saya cuma tak sopan dan berbahasa kasar pada mereka yang saya rasa selesa dan rapat serta yang saya suka sahaja. maka "bodoh,jantan, perempuan, gila, bangang, bengong," akan terkeluar. kalau saya tak rasa selesa sangat, saya akan cakap sopan sopan dengan kamu. jadi, lagi kasar saya, lagi selesa saya rasa dengan kamu.

kelapan,
saya tak reti ikut peraturan dan tak suka buat persiapan. boleh serabut otak oh. sebab tu saya tak suka eksperimen dan makmal. sebab itu juga saya rasa nak menangis setiap kali lab kimia. huk!

kesembilan,
kalau kamu nampak saya sedang terkumat kamit sebut huruf huruf seperti "BEE!" "EMM-EFF!" "EFF!!" "BEE-ESS!!", ketahuilah, sebenarnya saya sedang mencarut carut dalam kawalan kerana tak mahu kawan kawan saya saket telinga dengar carutan saya.

kesepuluh,
saya senang ketagih dengan sesuatu. kini saya ketagih caffein, nutella [berjaya berhenti], sup tulang, dan blog. hari hari saya lompat blog dan jumpa blog yang buat saya berada di awangan. :)

kesebelas,
saya kurang suka kawan dengan lelaki sebab saya tak tahu macam mana nak berlawak dengan mereka. lawak saya selalunya ada unsur warna biru. karang saya juga yang malu sendiri. he.

kedua belas,
saya gilakan perempuan cantek. tengok perempua cantek lama lama tak pernah buat saya rasa bosan atau cemburu. saya suka sebab saya suka.

ketiga belas,
saya suka dengan lelaki yang berbibir nikotin. seriusly, saya rasa mereka sangat seksi. you know, bibir hitam macam, macam..macam seksi lah!

keempat belas,
saya tak berapa suka warna merah jambu tapi selipar jamban saya, diari saya, bekas pensel saya,handset saya, compact powder saya, purse special saya, dan kebanyakan baju kurung saya semuanya warna merah jambu!

kelima belas,
saya dulu pernah takut dengan semua lelaki yang saya jumpa sebab saya rasa mereka semua adalah perogol. serius!

keenam belas,
saya seorang manusia yang tak akan pernah punctual. saya sangat susah untuk tiba tepat pada masanya atau pun datang awal dari sepatutnya walau macam mana susah saya cuba sekalipun. waktu di tingkatan tiga, saya pernah bangun pukul lima pagi waktu di asrama dahulu sebab tak mahu lambat, tapi akhirnya sayalah manusia yang kena kurung dalam asrama sebab lambat sangat. see. hoish.


rosma - i just wanted to know more. :P
jah - maybe ada kepelikan di situ nanti.
syuhada - try babes!
yatie - sila buat darl. :)
hiqmah - nak tahu. nak tahu. :)

.

Wednesday, February 4, 2009

party buasir kanak kanak liar.


sebelum party, ada pertandingan tiupan belon yang dianjurkan oleh mereka yang saya konfius yang mana.

tiada pemenang. semua pengalah.



birthday girl punya riak muka bila lihat lelaki dan perempuan berkumpul di hadapan tandas sambil pegang kek.

katanya terkejut. inilah terkejut gaya baru, kawan kawan.

saya pun mula mula konfius. saya hampir jerit pada mereka semua :
"heyy, hari jadi saya bulan sembilan lah!"

kemudian saya teringat, kami sama sama rancang untuk birthday party birthday girl.

hoish. naseb baek. kalau tak, malu setahun.



birthday girl gembira potong kek yang sudah tersejat sambil diperhatikan si baju belang.

kami tak ada tempat untuk letak kek kerana makcik cafe bagi alasan freezer dia penuh sayur. tak apa, kami tahu anda kedekut. kami tak marah.

nasib baek kek tak basi, kalau tak pasti kami semua kena dirrhea.

sebut je dirrhea, tiba tiba terbayang bau busuk.



saya tiada nombor telefon gadis bersama belon merah jambu.



semua yang terlibat dalam pembikinan parti ini.
doakan kami menang pilihan raya ya semua orang.



kami berasa marah ketika makan kek yang sudah tersejat.

kami baling birthday girl dengan tepung dengan harapan beliau bertukar menjadi "hulk-kiah". dan akan menghuru harakan cafe.

tapi, beliau happy. kami kecewa. dan tambah kecik hati. hoish.



saya yang kecik hati kerana birthday girl tak bertukar menjadi hulk-kiah.

birthday girl tunjuk jerawat beliau yang dilumuri tepung. kawan kawan, nanti zoom gambar ni. kita tengok jerawat dia sama sama.



birthday girl : ini lah muka aiii waktu pakai bedak sejuk sambil gosip gosip dengan mereka.

[bunyi cengkerik, nyamuk lalu lalang, dan lalat terbang merata rata]

skandal skandal birthday girl yang berlima : really? auww! ouchh! [dengan gaya yang mimi tahu bagaimana]

mereka sungguh pandai timing dan beraksi bimbotic.



pada mulanya, kami ingin tinggalkan cafe dengan keadaan berlumuran darah tepung.

kemudian, kami rasa tak sampai hati. apatah lagi mengenangkan kemungkinan ada cctv di situ yang memungkinkan kami akan kena campak lombong kalau ditangkap dan dituduh mengamalkan vandalisme.

sebagai diva, saya dan mimi sukarela untuk buat kerja kebajikan.

lihatlah, kami rasa seperti nicole dan carmen electra yang sedang berposing. *konon konon loya lah ye?*




kawan kawan, untuk hari jadi saya nanti, saya tak mahukan kek cokelat moist, atau kek sepan, atau kek tersejat seperti di atas.

saya mahu pulut kuning. dan ayam masak gulai.

saya serius. tak maen maen.

oh ya, kredit gambar diambil oleh miss donny [nama sebenar beliau diminta untuk dirahsiakan.]
.

Tuesday, February 3, 2009

ibu, i'm sooo sorry,

ibu, akak mintak maaf. akak dah give up.

akak tak kuat. akak menyerah kalah cepat sangat.

akak dah tak sanggup lagi. bukan salah ibu, sebab akak yang nak sangat buat benda ni. dan ibu, sebagai ibu yang baek, ibu sentiasa sokong akak dari belakang.

terima kaseh ibu.

tapi ibu, akak rasa akak dah tak boleh teruskan lah. akak rasa ia sudah sangat menyakitkan, dan akak dah rasa tak selesa.

akak dah tak mahukannya. akak menyesal ibu.

akak menyesal.


akak menyesal sebab tak mahu dengar cakap ibu.


ibu, mintak maaf. akak dah tak mahukannya.

akak mintak maaf sangat sangat pada ibu sebab terpaksa buat macam ni. mintak maaf sebab dah bazirkan duit ibu, dan duit ayah juga.

akak tak sanggup lagi.

akak dah tak mahu dah.


please ibu, please.


ibu,











bila akak balik nanti kita pergi buang subang kat telinga akak ni sama sama.


boleh ye ibu?
plisshhh. :)



menyesal betul sebab gedik gedik nak tindik telinga time dah tua tua ni. telinga ni degil tak mahu terima subang ni sampai sekarang.

ibu, you were right.

.

Monday, February 2, 2009

me, as a successfully miserable doormat.

you pissed off, so do me [sounds like sodomy.lol lol lol], and so do everybody.

it's so funny that we had a fight over little thing like this. guess we both never grown up, or just yet.

but, please note that, i'm not the kind who judge people if i don't know them. if you think that we've known each other for so long, you should have known that.

i never thought anything bad bout you because if i wanted to, there's a lot of things that i could think of to make you deserve any title that i'm so damn it sure that you're not gonna like it.

oke, i hope we're both matured enough to not to drag this problem to be personal.

this is the nth time i've been in this situation. having all the blame, all the hatred, all the shit, all the spit, all on me.

yeah, and i'm kinda get use to it.

as what karma always told us, that someday, the offender will be proven wrong, and the innocent will be proven right. but, it usually does not happened to me.

guess, i am just having a plain bad luck after all.

sigh.

whatever it is, i am looking forward to apologize for maybe a zillionth times for the mistakes that i've never did.

my apologize does seems worthless now, i could see that.

and with open heart, i could act like usual, as nothing happened. and i really could forgive you, or anybody.

usually i forget first before forgiving. well, good girls did that. :)

don't ask your friends bout what they would think of me, or my words. i already have bad reputation. and usually ex-prisoner would get all the blame, and don't try to deny that dear, you know that. i know you do.

so, just chill. we're soo gonna meet each other, and may be doing group project together for the few next years. hell, it's soo gonna be a really looong looong time.

friend? :)

and do remember, i don't play revenge. it is not on my speed dial.



***
thank you for listening to a whined of a silly problem of a not-so-little-but-about-to-be-grown-up girl, mister. :P

thank you, again. :)


***
lepas ini nampaknya saya kena keluar berburu untuk mencari boyfriend. susahlah tak ada orang nak mengadu. bear bukan boleh bercakap, buku pon tak boleh beri respond. blog terlalu terbuka, kawan kawan pula ada masalah mereka sendiri.

kenal tak mana mana operator, atau kaunselor yang masih single? saya broke, tak mampu hire kaunselor sendiri. kalau ada kaunselor untuk jadi kekaseh, boleh buat sesi terapi dan kaunseling secara percuma.

yayyy :)
.

Sunday, February 1, 2009

sometimes books can be judge by it's cover, but people, please don't.

sumber inspirasi : farah dan mimi, sewaktu sesi "kita" pukul 4.30 - 5.00 pagi tadi. tapi, ini bukan kesah mereka.

***

"seriously, you do look like a bitch. no wonder there's no guy out there willing to have you as their girlfriend."

and, it's soo DOUBLE-U-TEE-EFF.

"and plus, as you can see by yourself, the way you dress, the way you talk, the way you laugh, all that, none of that show your dignity."

again. double DOUBLE-U-TEE-EFF.

"i will be no surprised if one day we met and you become a spinster, because i believe that no guys would like to take you as their wife."

jaw dropped open.

"you're a bitch. nuff said."

smiled. :)

flash back, please.

she, the one who talked bout being a bitch, bout being a spinster, is the one who always been caught up looking proud to be surrounded by a bunch of guys. and she stood in the middle, laughing, and giggling like a proud woman.

oh yes, you're soo angel baby. yes, you are.

you're talking bout the way everybody dressed. let's see what are you're wearing then.

oh, you're wearing all covered clothes. plus, it is loose too. oh yes, at first, i admire the way you dressed, darling. i admire you. seriously, i do feel like wearing it someday, soon.

but when looking at you smiling suggestively, flirtatiously, to the guy who walked in front of you, and talk softly, so-called-politely-soft-tone voice. with dammit low low seductive tone of yours,

i thought, what the heck is wrong with this girl?

cause i've seen you laughing, shouting, loudly with all of you girl-friends, but why when it comes to a guy you suddenly changing mode from active to silent?

hell yes, you do think you act properly. with all the innocent face of yours plus your goody goody appeareance, you do make everyone believe that you're such a girl next door.

but hell, you don't.

i know, there are a lot of girls like you out there. yes, there are. but please, when you are trying to show to the world that you're such a miss goody goody, please don't act like a cheap sluts who did cheapshot seduction, who always willingly to help a bunch of guys copying her work rather than explaining to a girl friend bout law of inertia.

ouh, please, please, please.

i don't care bout others, or you looking at me by the way i dressed. because seriously, i am not that good. yes, i am no angel, baby.

but you, wearing those goody goody outfit, please act like ones. please, ouh please.

jangan cemarkan reputasi perempuan perempuan baik.

i mean, the reputation that those girls got when they wear nice loose, all covered outfits.

don't wear like ones if you ain't them, babes. please.

i hope you get what am i trying to say here.

i rather be a spinster than marrying a jerk. because i know, you would.

and that goes to you too guys. those who think that you were cool enough to judge a girl by the way they look, the way they dressed, the way they talked, the way they mingle.

judge us only when you have the chance to get to know us.

because, the girl that you thought as good as an angle, may as sick as the girls that you thought as sluts.

and perhaps the girls that you thought as sluts, is zillion times better than your perfect,polite,so-called nice girls.

don't judge before you have the chance to get to know people.

***

cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa. dead or live, to be born, or to be dead.

serius. sumpah.

.